Marina Mahathir Melayu yang mudah lupa?



Tindakan Marina menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 menyebabkan Tun Mahathir terkedu dan Marina juga boleh dianggap paling sengkek dalam keluarga Tun Mahathir kerana telah turut dikatakan menerima upah RM50 untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0..


Bukan aku kata.. tapi Rais Yatim kata.. tak percaya sila baca di SINI.

Dan kerana tindakannya mempertahankan perhimpunan BERSIH 2.0 dan mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin UMNO/BN yang menyamakan Perhimpunan BERSIH 2.0 dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini beliau disifatkan oleh Roslan Kassim sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata pula..


Marina Melayu yang mudah lupa - Perkasa

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor.

Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja.

"Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya.

"Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa.

"Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini.

Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya.

"Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority.

"Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya.

"Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
akula
August 21, 2011 at 12:35 PM delete

Salam semua,


Sy kurang pasti & faham apa yg dimaksudkan oleh Ruslan Kassim terhadap dakwaan bahawa Pn Marina sbg seorang Melayu Mudah Lupa...

dan...

dikaitkan pula dgn desakan agar beliau mengisytiharkan harta di dalam mahupun di luar negara..??


Bukan ker,harta2 tuh Tun M yg bagi kt anak-beranak diaorang??


..entah lah...

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 12:39 PM delete

Melayu mudah lupa adalah milik mutlak UMNO & seangkatannya sebab mereka tak ada otak.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 1:01 PM delete

cuba ingat,
ruslan kasim pun seorang yang mudah lupa apabila menyertai pkr kemudian mendapat sedikit habuan dengan beberapa kawannya yg lain dari najib beliau telah menjadi kanggaroo.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 1:16 PM delete

aku lansung tak respect roslan kasim ni dulu bermatian mempertahankan anwar tp bila x thn dugaan dan dpt pulak habuan sanggup jilat air ludah nya kembali termasuklah beberapa kerat rakan2 nya yg jadi katak utk melompat kmdn tibai balik anwar..org mcm ni aku nak hormat pi lahhhh tp memang mcm tu lah org berpolitik muka memang tebal mcm tembok cakap apa pun mrk tak kisah.

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 3:15 PM delete

orang yang takda maruah macam ruslan kassim ni lebih hina daripada anjing

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 4:55 PM delete

kalau marina ada agenda peribadi, ruslan pun ada agenda peribadi masuk perkasa.. dlm amnot dia tak leh hidup. nasihat aku satu supaya ruslan jual baju ujan warna kuning utk budak budak .. aku masih simpan satu dr dua yg aku beli..

mahathir masa hussien dulu pun dia mcm marina jugak.. mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi.

apahal nak cabar marina istihar harta dia bukan ahli politik.. suruh lah mb, mp dan katak katak istihar harta...

aku tak lupa du ruslan lah yg kutuk kutuk mahathir tu zalim.. ruslan lupa dia melayu dan melayu dia yg suka mudah lupa.. suka sgt laaaa..

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 5:00 PM delete

Aku yakin sbg anak perempuan tentu Marina sanjung bapa dia Mahtahir.

Jd Ruslan tak payah lah nak kasi tahu yg Mahathir tu sape kpd Marina.

aku petik salah satu kata kata ruslan ' sebiji butir pasir pun sy tak ambil semasa sy dlm amno'

Reply
avatar
Anonymous
August 22, 2011 at 9:58 AM delete

jangan la di layan ruslan kassim yang hanya mementingkan neraka ni. . biarkan dia dengan cita2 ke neraka tu. .
yang pasti kami menghormati pendirian cik puan marina

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive