Kisah disebalik permohonan maaf Kompas.

Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.


Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
August 23, 2011 at 11:17 AM delete

askm..Bila tuan nak ulas hal JAIS vs Gereja

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 11:36 AM delete

Salam. Bila nak komen pasai PAS Kedah menipu rakyat?

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 11:56 AM delete

kalau pas buat apa pun semua depa ni kata elok. yg buruk xdak kat depa. ulas sat tengok isu KUIN di kedah. anda terkejut beruk nanti. kroni bergaji besar didalam KUIN...Ostat azizan

Reply
avatar
August 23, 2011 at 12:57 PM delete

ehem3..tetiba ja..komplot?strategi?waAllahu a'lam

Entri Terhangat!! :
Justin bieber Break ??
Justin Bieber Disemadikan.....!!

Reply
avatar
Aku benci kejahilan UMNO
August 23, 2011 at 1:00 PM delete

Ghapla sungguh,

Macamlah akhbar-akhbar pro BN nak cerita kebaikan pentadbiran kerajaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat, dan mencerita keburukan yang Kerajaan BN lakukan.

Bodoh betul pemilik dusun rambutan yang sanggup nak tunggu GLC Negeri Kedah ambil buah mereka dengan harga yang murah, sedangkan mereka boleh menjual harga buah rambutan dengan harga yang lebih tinggi. UMNO ni reti meniaga ka tak? Tak logik betul, UMNO nak menjayakan perancangan kerajaan negeri yang ditadbir oleh musuh mereka. Hampa makan soq (bersahur) dengan pil kuda ka? Dah lakloq sangat aku tengok. Kenapa tak panggil agensi kerajaan BN yang dipanggil FAMA untuk bantu pasarkan rambutan?

Bila UMNO nak bincang perkara-perkara yang dibincangkan oleh Najib dengan Pope? Sepatutnya Najib lebih tahu perkara murtad ini sebab dia jumpa sendiri dengan Pope. Kenapa Najib tak warning je Pope suruh dia arahkan semua mubaligh Kristian patuhi Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 4:48 PM delete

buat 2 anon kt atas yang masa lahir x nak mampos - klu setakat korang baca utusan, berita hairan dan tv3 suku pastu datang mintak penjelasan. lupakan sajalah. jgn cepat melatah terutama isu agama..aku tak nampak org2 UMNO yang betul2 faham dan amalkan islam dgn cara sebenar - mintak blogger penganut pas bg satu nama - oopps lupa Zul Kulum..baru bukak buku jumpa pasai saidina umar tak sembahyang dalam gereja terus buat kesimpulan orang islam tidak dibenarkan masuk gereja..ada dia bgtau sebab musabab saidina umar tak sembahyang kt dalam gereja waktu itu? trus buat kesimpulan sendiri mcm diri dia sahabat nabi..korang ngan geng2 yang lompat parti ni sama ja..tak dak pendirian dan pengkhianat bangsa sendiri

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive