Khir Toyo kata Tiga Menteri UMNO, BODOH?

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri dari UMNO yag BODOH, sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Itulah antara budaya yang ada dalam UMNO, bila sedang berkuasa mereka akan dijilat semahunya kentut yang berbau bangkai dikatakan wangi.. tapi bila dah tersungkur akan dipijak semahunya pula biar mampus cepat sikit! Begitu juga nasib Koh Tsu Koon..


Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Kebodohan pemimpin

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
hoN ramO
August 24, 2011 at 12:58 AM delete

kalau tak salah aku adik seorang menteri tu ditangkap kes dadah d Sabah dgn jumlah yg besar & blh membwa hukuman mati tapi menteri tuuu pusing sana pusing sini lapas la adik dia tuuu.
mcm cerita d atas Khir Toyo blh didapati bersalah kalau menteri tu pusing sana pusing sini.
So... Khir Toyo umum aja mau masuk PR, amacam!
Peringatan pd menteri tu, dunia lu blh lepas laaa, akhirat mana mau lari? mcm mana mau pusing?

Reply
avatar
bz
August 24, 2011 at 5:10 AM delete

Bukan saja tiga pemimpin UMNO tu yang
bodoh tapi dengan hang dan puakx
hang yang BENGONG.Ini zaman INTERNET.
DULU KINI DAN SELAMANYA rela
diperbengongkan!!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 7:54 AM delete

3 menteri saja yg sedang berkonspirasi nak pejarakan khir toyo??? biar betul. hanya 3??
khir oooi hang silap, dalam kepimpinan umno selangor semua mau hang masuk jail. supaya kekayaan selangor dapat kat depa. sejak bila pemimpin umno peduli rakyat? ini kan pula hang. Tok sah dok nuat terkejut konon lah ooi. khir toyo....selamat beriystirehat di penjara sg buluh.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 7:58 AM delete

Khir kata "Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? "
Hello khir, hang pinjam ayat anwar ke?? bila dah kena batang hidung sendiri baru nak sedar betapa haprak, jijik dan busuknya sistem kehakiman di malaysia ni! najib bini rosmah dah pegang teloq semua hakim di malaysia lah oooi. kalau hakim boleh berlaku tak adil kat anwar...khir toyo ni senang sgt nak sumbat dia dlm penjara.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 8:20 AM delete

kahkahkahkah khir toyo baru ko tau beza langit dgn bumi ye...dulu ko dicium dijilat dihisap skrg ko nih dah jauh lebih hina drp anjing kahkahkahkah amik ko khir toyo...ko nih bagi 3 menteri tu dh umpama najis berat yg x buleh disamak lagi dah...baru ko sedar ye? tu ko masih dlm umno..kalau ko dipecat mcm nuar tu aku tak tau le apa jadi dkat ko...kena bom dgn rosmah la gamaknya...baru terjaga ye khir toyo? apa kesudahan ko nanti? apa nasib bini ko zaharah tu ye..bila nk melancong free lagi? kahkahkahkah makcik jgn sombong la...laki ko dah nak kena dah tu kahkahkahkah padan muka ko zaharak kecik...kecik dunia ni ye...lagi kecik sel penjara...patut ko pun kena sumbat sekali kahkahkahkah...ni sekor lagi si koh tsu koon bila lagi?

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 8:41 AM delete

Rakyat akan percaya pada sistem kehakiman jika dan hanya jika AG Guni Pak Tahi, IGP, Najib Altantuya, Rais Yatim, Rahim Tambi Chik, Mamak Kutty, Musa Hassan, Kerismuddin, Taib Mahmud, Musa Aman dan....... disumbatkan ke dalam penjara Sg. Buluh.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 9:02 AM delete

rintihan toyol jawa....
orang kaya mana duduk dalam penjara....woit...duit banyak nak buat apa? beli seekor patung perempuan buat teman kalau nak pancut-pancut...
kah...kah...kah

bila memimpin keadilan didahulukan....

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 9:41 AM delete

Padan muka hang. Kena sendiri baru tahu. Tak kesian hang lah kakaka!!!!

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 10:48 AM delete

aku dok tunggu komen pecacai tak kunjung tiba..mana pergi penganut pas, anak kg pertama, stranger, clown etc..bila kena batang hidung sendiri x kelihatan plak..apa punya pendirian mcm lalang haktuuih

Reply
avatar
August 24, 2011 at 12:43 PM delete

anon yg asyik kutuk pr pon da tataw pe die cakap tgk mb kesayangan die masuk jail,muahahahaha.anon2,xde telor tol la nk gado tp xletak nama

Bangunan Yang Mampu Menahan Gegaran 8.0 Skala Richter

Reply
avatar
August 24, 2011 at 2:02 PM delete

Ia akan didakwa atas beberapa sebab.

1. Kerana ia sememangnya melakukan kesalahan.
2. Untuk mengembalikan nama baik dan menarik pengundi di Selangor untuk menerima umno.
3. Untuk memastikan persaingan antara pimpinan Umno Selangor kurang untuk merebut kuasa MB seandai Umno kembali berkuasa.

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah
.

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 7:24 PM delete

Woit...gila ke toyol ni?
Ada banglo mewah nak tinggal dalam penjara .....
kah...kah...kah

Inilah contoh melayu baik dan berjaya dalam pelajaran pilih penjara......
Elok anugerah berus jamban.....
kah...kah...kah

Reply
avatar
Anonymous
August 24, 2011 at 9:51 PM delete

musibah DSAI memberi semangat pada rakyat bangun. Musibah K Toyo memberikan peluang untok dia kembali bertaubat. Dia maseh muda , maseh ada ruang untok berjuang atas landasan yang benar.

Reply
avatar
August 24, 2011 at 10:22 PM delete

Mcmane Toyo ni nak bertanding lagi kalau tak lama lagi nak duduk penjara Sg Buluh, Penjara Sg Buluh dekat sangat dgn puak larak dia, simpan jauh jauh sikit kat penjara Kluang ke. Padan muka dia, rakyat Selangor bersorak gumbira.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:24 AM delete

Dlm komen blog ini selalunya ada 2 org yg bodoh..

satu dr kampung ..
dan satu yg menganut..

Alaa .. apasalah masuk penjara kan semua org umno sanggup berkorban.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive