Kes Liwat : Pakar DNA Australia beri keterangan

Hari keempat - Perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Pakar DNA dari Australia, Dr Brian MacDonalds memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semalam, Pakar Patologi Forensik, juga dari negara berkenaan memberi keterangan ketika disoal balas pendakwaraya.


Antara lain, beliau mempertahankan kenyataannya bahawa borang proforma yang diisi oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Beliau juga menyatakan terdapat percanggahan antara borang proforma dan laporan perubatan HKL.

Manakala sampel air mani yang telah disimpan selama lebih 90 jam sebelum dibawa ke makmal untuk dianalisa, tidak akan menghasilkan keputusan yang memuaskan.

Beliau mengatakan keputusan makmal yang baik akan diperoleh hanya antara 36 jam hingga 48 jam.

Dr Wells juga mengaku terdapat kemungkinan sampel mani yang diambil dari tubuh Saiful tercemar sebelum dianalisa.

Dr Wells menyatakan demikian kerana berpendapat Saiful mungkin duduk di mana-mana dan beliau juga mungkin menusuk sebarang objek ke dalam duburnya.

Berikut lintas langsung perbicaraan pagi ini.

9.05 pagi:Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di perkarangan mahkamah. Beliau turut diringi Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

9.15 pagi: Mahkamah mula bersidang dengan hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.

9.20 pagi: Dr Brian MacDonalds, pakar DNA dari Australia mengambil tempat di kandang saksi.

Sesi soal balas dimulakan peguam Anwar, Ram Karpal Singh. Dr Wells kemudian membacakan kelayakan akademiknya kepada mahkamah. Antaranya beliau menyatakan beliau adalah ahli International Genetics Society of Australia.

9.28 pagi: Ram Karpal mencelah dan bertanya tentang peranan makmal DNA kepada Dr MacDonalds.

9.37 pagi: Ram Karpal sekali-sekala mencelah bertanya tentang kertas-kertas ilmiah yang terdapat di dalam CV beliau.

9.43 pagi: Ram Karpal menarik perhatian Dr McDonalds kepada satu kes di Brunei yang beliau pernah dipanggil untuk memberi keterangan.

Ram Karpal bertanya samada kes itu ada kena-mengena dengan pencemaran sampel DNA dan Dr MacDonalds mengakui ada.

Menurutnya, tertuduh dalam kes itu dibebaskan mahkamah.

9.49 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Dr MacDonalds tentang peranan ujikaji terhadap DNA dalam siasatan forensik.

“Bolehkah anda beritahu kami dalam bahasa mudah bagaimana siasatan DNA membantu dalam siasatan forensik?” tanya Ram Karpal.

Menurut Dr MacDonalds, DNA terbahagi kepada ‘coding DNA’ dan juga ‘non-coding’ DNA.

‘Coding DNA’ dinamakan demikian rupa kerana ia mengandungi siri protein yang unik bagi setiap individu dan siri protein itu membentuk ‘kod’ yang dimaksudkan.

Kod itu adalah unik bagi setiap individu.

9.53 pagi: Dr MacDonalds menerangkan tentang empat kod DNA iaitu A, G,C,D yang boleh ditemui dalam mana-mana DNA manusia.

10.02 pagi: Dr McDonald menerangkan tentang graf elektroferogram yang diperolehi selepas ujikaji DNA melalui ujian ECR.

Ram Karpal meminta Dr McDonalds menerangkan jenis perisian yang digunakan dalam menganalisa DNA.
Katanya terdapat 2 jenis; GeneScan dan juga GeneMapper.

Ram Karpal juga bertanya tentang maksud ‘starter’.

10.23 pagi: Ram Karpal bertanya tentang ketidakseimbangan puncak dalam elektroferogram.

“Adakah ia penting untuk meneliti ketidakseimbangan puncak dalam analisis DNA?” tanya Ram Karpal.

“Ia sangat penting,” balas Dr McDonalds.

10.25 pagi: Dr McDonalds seterusnya menjelaskan International Standards Organisation (ISO) adalah badan antarabangsa yang mengeluarkan garis panduan dalam ujikaji DNA.

10.30 pagi: Ram Karpal bertanya samada makmal tempatan seperti Jabatan Kimia Malaysia perlu mematuhi standard dan garis panduan ISO.

Dr McDonalds memberitahu mana-mana makmal perlu mempunyai akreditasi.

Menurut pemahamannya, akreditasi makmal Jabatan Kimia Malaysia tamat pada Oktober 2005 dan hanya diperbaharui pada Oktober 2010.

Malah, ia juga tidak diakreditasi di bawah standard 17025 ISO.

Sedangkan di Australia, mana-mana makmal akan diakreditasi setiap dua tahun.

10.35 pagi: Peguam Cara Negara II mencelah dan mempertikai cara Dr McDonalds memeriksa akreditasi Jabatan Kimia melalui laman web jabatan itu sahaja.

Ram Karpal menegaskan beliau mempunyai dokumen untuk mengesahkannya.

10.39 pagi: Yusof mencelah dan berkata ia tidak boleh diterima di mahkamah kerana ia tidak ditanda sebagai ID atau pun P.

10.40 pagi: Dokumen itu adalah surat akreditasi lanjutan enam bulan sahaja dalam tahun 2005 yang dialamatkan kepada Lim Kong Boon, dari Jabatan Kimia Malaysia.

10.42 pagi: Surat akreditasi itu kemudian ditanda ID89.

10.43 pagi: Ram Karpal bertanya kepada Yusof samada beliau membantah dokumen itu ditanda dan digunakan di mahkamah.

Apabila Yusof berkata ya, Ram Karpal berkata Yusof sendiri menolak sijil akreditasi yang dikeluarkan kepada Jabatan Kimia Malaysia dan mengakui makmal itu tidak diakreditasi.

Pada ketika ini, orang ramai yang duduk di galeri awam mahkamah tertawa kecil.

10.44 pagi: Ram Karpal memohon untuk berehat seketika. Mahkamah akan bersambung semula pada jam 11 pagi.


http://www.keadilandaily.com/?p=19498


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
August 25, 2011 at 12:30 PM delete

Bantahan Dato Yusof adalah sintis ini tidak layak untuk membuat komen sedemikian kerana dia bukan dari Lembaga Akkreditsi!

Anwar dan Latheefa Koyak dah mula buat "spin" di tweeter kata usaha untuk menahan bukti dipersembahkan di mahkamah dan kononnya pendakwa menahan surat akkreditasi kepunyaan Jabatan Kimia sendiri.

Hakim juga menyatakan bahawa masalah akan timbul jika saksi diminta merujuk pendapat yang diperolehi dari intenet ( dari website jab kimia )berhubung kreditasi terhadap kajian makmal yang dilakukan termasuk nota kajian dan dokumen lain yang relevan kepada mahkamah serta dan bukannya pendapatnya.

Hakim memberitahu apa yang paling penting ialah mendapatkan keterangan dari saksi bukannya bergantung pada dokumen tersbut

Aku ingat hebat saksi kangaroo anwar ni . rupanya nak pertikaikan standard makmal jabatan kimia jer. Buat rujukan kat website jabatan kimia pulak tu . eemmmm nenek aku pun bolehhhhh

Reply
avatar
August 25, 2011 at 12:58 PM delete

Bukan soal dari mana sumber tersebut didapati tetapi bila telah diakreditasi perlu diperbaharui dari tahun ke tahun sekiranya ada jurang pada masa tersebut maka keputusan tidak boleh diterima pakai. seperti doktor perlu perbaharui sijil amalan perubatan setiap tahun, sekira tidak beliau tidak boleh merawat pesakit.

Reply
avatar
August 25, 2011 at 1:26 PM delete

syabas ardina , hujah yang baik dan boleh diterima . Berbeza benar dengan orang lain yang memberi komen terutamanya bilamana berhujah bagi mempertahankan pembangkang .
Kalau doktor tak perbaharuhi sijil amalan bukan bermakna dia tak boleh rawat pesakit . Dia boleh rawat cuma dia tidak berdaftar dan tidak boleh menawarkan khidmatnya secara profesional.
Begitu jugak dengan keputusan ujian DNA . Keputusan nya tetap sama samaada diakridetasi atau tidak . Cuma mungkinlah kaalu di Australia iannya tidak diterima di mahkamah. Di malaysia makmal rasmi bagi ujian DNA tersebut tetap jabatan kimia .

Reply
avatar
August 25, 2011 at 1:32 PM delete

bangang je lah org yg kate dna boleh tahan lebih dari 36 jam.sperm bank dalan peti ais pon tahan 72 jam, itu pun peti ais.jangan pasni aku dengar sepol ada rumah kat kutub utara semata2 nak sejukkan bontot die sudah la.ko try duduk atas air,agak2 beku tak air tu?kalau beku,hujah sepol ni lojik sampai ke mampos!


Remaja Ni Mencipta Nuclear Reactor Pada Usia 14 Tahun!

Reply
avatar
August 25, 2011 at 1:59 PM delete

Kes liwat yang tidak relevan , tiada siapa akan mudah memberikan tubuh untuk diliwat kecuali suka sama suka namun saiful mengatakan secara paksaan itu menampakkan lagi penipuan.

Koleksi Video Seks Ustazah?

.

Reply
avatar
August 25, 2011 at 2:19 PM delete

penganutPuki, ardina,

Korang berdua nak berhujah pulak pasal DNA buat apa? alangkan cakap pakar dan peguambela pun hakim tak nak dengar, peguamcara yang tak payah cakap apa2 itu yang hakim nak dengar, korang takyah nak memantat2 jadi nasi tambah pulak, kitorang semua tau yang hakim ni dah set otak dia, apa pun hujah yang penting DNA tu basi ke tak basi ke ialah dibuktikan DNA Anwar, tak kira macam mana keadaannya sekalipun asal itu DNA Anwar dah cukup untuk hakim kangaroo tu buat keputusan bersalah keatas Anwar. Hakim tu dah ada pun keputusannya tak perlu dua ekor loyar buruk tambahan dari korang berdua ni, faham? Apa lagi nak panjang2 cakap kalau dah hakim kangaroo yang mengadili kes dalam mahkamah kangaroo tak kan kangaroo nak kalah, kan? kan?

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 11:13 PM delete

ardina , jgn bagi contoh mcm tu..

bg contoh sijil HALAL .. sijil halal dikeluarkan dan perlu diperbaharui.. ada ketika tempat makan dan restaurant di kata tak halal sdgkan dlm tempuh tstb mrk sdg menunggu kelulusan dr pihak berwajib.

Di msia mmg makmal rasmi bg ujian DNA tapi tak mencapai std sbg makmal DNA .. kalau tak sampai std makmal maka di ragui hasil uji DNA tsbt ..

isu disini bukan dgn hakim tp dgn anutpas. Dia boleh terima makmal yg tak di akreditsi.. sdgkan ini kes bukan kes penjara 1 minggu dan bgaimana sebelum ini kes yg menjadi DNA sbg bukti mungkin terkena pd org yg tak patut dihukum !

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive