Kes Liwat : 'Lelaki Y' Mungkin Bukan Anwar

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah.

Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.

Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.


"Mereka mendapat bacaan tinggi selepas 90 jam. Bagaimana ini berlaku?" soalnya.

Malah beliau berkata ujian yang dilakukan Seah tidak mengikut prosedur makmal standard seperti yang diterangkan Brian.

"Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan Anwar. Lelaki Y' yang dicuba dikaitkan salah sama sekali," tegas beliau.

Sesi pembelaan kes Fitnah Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam menyaksikan pakar DNA, Brian memberi keterangan berdasarkan laporan ujian DNA yang dilakukan Seah di makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM).

Beliau mendakwa Seah mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma.

Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah.

Pakar itu yang disoal peguambela Ram Karpal Singh menyifatkan Seah meneka dalam keputusannya DNA untuk menentukan ianya milik mana-mana individu.

Katanya, Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna.

"Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil.

"Saya jangka, Seah menganggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Seah sepatutnya memaklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," kata Brian.

"Kenapa Seah tidak boleh meneka?" tanya Ram.

"Anda boleh salah (merbahaya). Ia tidak boleh dikaitkan dengan sebarang dakwaan kepada tertuduh," jelasnya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Mahkamah Tinggi sebelum ini dimaklumkan bahawa DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar berdasarkan perbandingan DNA yang ditemui pada tiga barang milik Anwar ketika beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur lalu.

Brian kemudian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu.

Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan.

Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu.

"Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Brian.

Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful.

Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam.

Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan 48 jam selepas mendakwa diliwat.

Hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan pada 19 hingga 23 September 2011.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
August 27, 2011 at 1:29 PM delete

Blog saudara amat menarik dan padat dengan info terbaru politik semasa.

Diharap sudi linkkan blog http://utaranews.blogspot.com/ ke blog saudara untuk bertukar-tukar info. Terima Kasih.

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 10:06 PM delete

air gas dlm botol kalau terdedah .. gas akan berkurangan ..

ikan jeruk masin kalau terdedah akan membusuk ..

biskut raya kalau penutup nya tak rapat jd lemau ..

ubat kalau terdedah kita tak kan ambil dan telan ..

satu je .. dubur sipol ni mmg special ... 1. boleh tahan berak 3 hari .. 2. boleh simpan air mani berjam jam 3. boleh menybbkan dia jd famous.

Reply
avatar
August 28, 2011 at 7:09 AM delete

Tu tandanya kuasa kemutan jubor saiful adalah yg terkuat dan boleh menahan kepala tahik..

Agaknya mampu perah batang tebu koot..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive