Kes Liwat : Doktor Pusrawi dan pakar asing akan beri keterangan

Perbicaraan membela diri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes liwat yang dihadapinya memasuki hari kedua dengan pihak pembelaan dijangka mendengar keterangan daripada doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan dua orang pakar asing.

Pakar asing dari Australia itu adalah pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Mereka telah bersama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan juga telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.


Perkara menarik yang dijangkakan hari ini - adalah sama ada pihak pendakwaan akan memohon untuk memeriksa balas Anwar, yang semalam membaca satu kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh yang mengejutkan banyak pihak.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah, bahawa beliau "teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar". Ini di sebalik kelazimannya bahawa keterangan dari kandang tertuduh oleh seseorang tertuduh pada dasarnya tidak boleh diperiksa balas.

"Saya perlu mengkaji kes-kes yang lalu kerana saya teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar, yang dalam pembelaannya semata-mata memberi kenyataan politik," kata Yusof.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau kemudian memperincikan konspirasi yang didakwanya didalangi oleh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika itu, sejurus sebelum beliau kembali aktif dalam politik dengan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar walaupun bukti-bukti dikemukakan terhadap pihak pendakwaan, namun, mahkamah tetap mengarahkan beliau untuk membela diri.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
August 23, 2011 at 11:55 AM delete

mahkamah malaysia dahjadi mahkamah kangaroo!!

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 1:10 PM delete

Ahamdulillah anutpas dah sedar.

bila kita kata dulu bukan psl anwar ke psl menyokong sesape ke .. inilah sbbnya .. sesiapa pun biar dibicara dlm mahkamah yg adil sb mahkamah adalah salahsatu tiang yg menegakkan negara ini.

begitu juga kalau tajuddin ke Dr Mahthir ke .. kita nak mahkamah yg adil bukan krn saya tak suka Mahathir maka sy setuju buat mcm ni jugak.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 1:17 PM delete

"teringin sangat untuk memeriksa balas Anwar" Bunyi mcm mengidap sangat. Sian dia..

jika ada kes sbg rujukan dan hakim membenarkan nya tapi spt sebelum ini Hakim akan mengatakan si tuduh boleh memilih tidak menjawabnya.

DAn nak soal balas mcmana sbb peguam anwar pun tak soal anwar. Jd bila tak de soalan maka tak de lah soal balas.

Reply
avatar
Anonymous
August 23, 2011 at 4:37 PM delete

Teringin nak membuat hujah balas????? dalam kes pemdakwaan pun mahkamah jadi macam sarkas dibuat oleh pendakwaan.. nak brhujah balas lagi.. poooraaaah.. pandi kuttty

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive