Kes Liwat : Bukti Tidak Lengkap dan di Ubahsuai

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubahsuai.

Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia.


Dr McDonalds dalam keterangannya memberitahu mahkamah, calitan kapas yang diambil dari tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sepatutnya terus diletakkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah mikroskop selain disimpan di dalam botol plastik oleh pegawai penyiasat.

Penelitian di bawah mikroskop itu menurut Dr McDonalds, membolehkan doktor atau saintis mengetahui terus samada calitan yang diambil itu merupakan calitan air mani atau pun tidak.

Tindakan pegawai penyiasat, Jude Pereira menyimpan sampel itu di pejabatnya selama dua hari pada suhu bilik juga menimbulkan keraguan kerana ia mungkin diubahsuai dan tercemar.

Peguam kepada Anwar, Sankara Nair ketika mengulas berkata, langkah itu sepatutnya dilakukan kerana ia prosedur biasa dalam mana-mana kes serangan seksual.

Namun, katanya, dalam kes Fitnah II ini ia tidak pula dibuat.

“(Sepatutnya) boleh tengok terus, untuk tahu samada (sampel) mengandungi air mani atau tidak.

“Pada peringkat itu, ia kepunyaan siapa tidak penting kerana ia boleh diketahui kemudian.

“Di Malaysia, kita tidak lakukan perkara ini tetapi di Australia mereka buat,” kata Sankara ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataannya pada sebelah petang, Dr Brian MacDonalds mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.

(Saiful diperiksa pada 28 Jun, 2008 – selepas lebih dua hari dari masa kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008).

Ditambah pula ia disimpan selama lebih dua hari oleh pegawai penyiasat Jude Pereira di pejabatnya pada suhu bilik dan tidak disejukbeku, sampel itu sepatutnya sudah tidak boleh digunakan kerana terdapat kemungkinan ia sudah dicemari bakteria lain yang tumbuh, kata Dr MacDonalds.

Ini berlawanan dengan laporan Ahli Kimia, Dr Seah Lay Hong yang mendapati terdapat banyak DNA ‘segar’ sewaktu beliau menganalisa sampel dari HKL yang diserahkan Jude Pereira.

Perkara ini, kata Sankara Nair, adalah tidak tepat dan tidak masuk akal.

Ia juga meyakinkan Sankara dan pasukannya bahawa bukti itu diubahsuai sebelum ia sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Kerana itu kami katakan ia (mungkin) diubahsuai. Bagaimana ia diubahsuai, kami tidak tahu tetapi kami yakin ia diubahsuai.

“(Lebih meragukan), Dr Seah sendiri sewaktu memberikan keterangan dahulu enggan memberikan penjelasan terperinci bagaimana beliau menganalisa sampel itu.

“Beliau juga enggan menerangkan bagaimana kit ujian yang digunakan,” kata Sankara.


http://www.keadilandaily.com/?p=19571

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
Anonymous
August 25, 2011 at 6:58 PM delete

tak kan nak bergantung kat teknikal lg kot...

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 7:47 PM delete

Yah , pencacai amno, asal kes ni pun pihak pendakwa berharapkan menang melalui bokti-bokti teknikal juga. Sebab bokti-bokti teknikal boleh mereka manipolasi sebab mereka kawal PDRM, jabatan kimia dan hospital awam. Kalau dah bokti banyak kepincangan nya dan bercangah canggah antara satu dengan lain sememingnya bokti tu bokti rekaan semata-mata , sebab tu mahkamah di ciptakan. Macam? anon 6.58

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 9:30 PM delete

memang dia seah jumpa mani segar sebab sampel tu bukan dari air mani, tp sampel lain yang baru diletak. bukan payah pun.... seah tak salah tp bodoh tak teliti, cuma nak mengenakan nuar brahim dia kuatkan dengan segar dan maybe jugak pengkonpirator bodoh tak tau per pasal DNA nak sst yang power utk sabitkan jer,,, tu jer, seah tak bodoh tp tak teliti

Reply
avatar
August 25, 2011 at 10:28 PM delete

Tanggungjawab setiap hakim Malaysia ialah dialah juri yang nak dengar semua hujah peguam2 dan dia jugalah hakim yang akan buat keputusan dan dia juga yang akan menjatuhkan apa jenis hukuman. Inilah masalahnya bila tak ada sistem juri tugas hakim jadi tambah berat dan dia hanya seorang. Itu pasal lah hakim Malaysia ialah hakim kangaroo sebab hanya kangaroo saja yang boleh buat lompat jauh dengan sekali lompat saja kangaroo akan sampai ke garisan penamat.

Reply
avatar
August 25, 2011 at 10:54 PM delete

Hai entahlah, nampaknya sejarah akan terlakar dalam UMNO dan di Malaysia bila seorang pemuda bernama Saiful menjadi penyelamat bangsa Melayu dengan hanya menggunakan juburnya.... Pasti atas keberaniannya Saiful sewajarnyalah dianugerah dengan pingat keberanian yang terulung antara semua pingat2 keberanian Malaysia...Apa agaknya nanti kerajaan ini akan namakan pingat yang cukup unik untuk keberanian menggunakan jubur ni agaknya..ish..ish..ish......

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 11:41 PM delete

spin jgn x spin...penjara sg buluh menanti mu wahai si anuat si botol mineral !

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 12:12 AM delete

mrk yg bergantung kpd teknikal sb masa sifol kena liwat tak de saksi gok!!

setakat ini semuanya saksi anwar termasuk pembantu rumah, tuan rumah dan mrk yg hadir mesy. Jd mana dia saksi pendakwa raya kalau tak hny seah dan doktor kjaan yg bg kenyataan berhubung dna.

Jika mrk berjaya dgn bukti teknikal ini walaupun anwar ada berpuluh saksi pun tak guna.

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 12:15 AM delete

M'sia ni masih lgi dunia nk membangun brbanding Australia yg tlh lama maju. Jgn le brlagak trlebih pandai. Org yg dh brpenglaman ni lbh tau drpd org yg baru nak blajar. Buat malu rakyat M'sia je.

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 12:16 AM delete

aku percaya anwar bersedia masuk sg buluh demi rakyat dan perjuangan. Tak mcm bekas MB yg berumah bnglow..
tak sangup wlaupun mendakwa dia akan menybbkan selangor dpt dirampas dr pakatan.

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 6:05 AM delete

SUKA KOMEN TAK CERDIK NI
spin jgn x spin...penjara sg buluh menanti mu wahai si anuat si botol mineral !

Reply
avatar
August 26, 2011 at 11:39 AM delete

waaa,cakap orang berotak diorg xnak dgr,cakap org xde otak jugak umno2 ni nk dgr ekk??memang la sesuai ngan nama umno tu


Rupa Rekabentuk Kejohanan Rekabentuk Pasir Pantai Sedunia

Reply
avatar
Anonymous
August 26, 2011 at 6:32 PM delete

anon 6:05 am mcm budak budah yg tak dapat gula gula ..

komen org yg bukan tak de hujah ..

tapi tak otak ..

ejekan kau tu standard penyokong bolasepak Perlis menentang Kelantan.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive