Kes Liwat : Hari Ketiga, Borang proforma didakwa tidak lengkap.

Hari ini masuk hari ketiga ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dengan pendakwaraya menyoal balas pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells.

Pakar berkenaan yang merupakan saksi ketiga peguambela, semalam memberitahu mahkamah bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan mendedahkan keputusan yang diingini.

Ini kerana sampel berkenaan diambil lebih dari dua hari selepas kejadian dikatakan berlaku.

9.02 pagi: Hakim Mohamad Zabidin mengambil tempat dan mahkamah mula bersidang.


9.05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusoff Zainal Abiden memulakan soal-balas terhadap pakar forensik dari Australia, Dr David Wells.

Yusof menunjukkan laporan polis dibuat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada Dr Wells dan bertanya jika laporan itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah perubatan.

“Ya, saya setuju ia boleh jadi sumber maklumat, ” balas Dr Wells.

Namun, menurutnya, sejarah perubatan lain seperti samada pengadu pernah mengalami masalah perut meragam (bowel movement) juga perlu direkodkan.

9.13 pagi: Menurutnya, sejarah perubatan berkaitan perkara itu penting kerana melaluinya mahkamah dapat tahu samada pengadu pernah melalui pembedahan untuk masalah itu.

9.17 pagi: Sewaktu ditunjukkan borang proforma oleh Yusof, Dr Wells menegaskan ia tidak lengkap.

Menurutnya, borang itu merekod tuduhan yang dibuat pengadu sedangkan ia sepatutnya menjelaskan perkara yang terkandung dalam borang itu sendiri.

Proforma sepatutnya membantu merekodkan perkara seperti samada pelincir digunakan atau tidak, dan sebagainya.

Beliau juga berkata borang proforma itu sepatutnya merekodkan jika sebarang keganasan ada berlaku.

9.24 pagi: Yusof bertanya apa yang Dr Wells definisikan sebagai pemeriksaan lengkap.

Beliau menjawab ia adalah pemeriksaan hujung rambut ke hujung kaki. (Top to toe)

Beliau juga mempersoalkan borang proforma yang tidak menyatakan penemuan daripada calitan kapas dari mulut Saiful.

9.30 pagi: Menurutnya, memandangkan pemeriksaan terhadap Saiful dibuat lebih 48 jam daripada masa kejadian didakwa berlaku, doktor sebenarnya tidak perlu mengambil calitan kapas dari dalam mulut Saiful.

10.06 pagi: Yusof memohon mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

10.25 pagi: Mahkamah bersambung semula. Yusof meneruskan soal balas Dr Wells.

Yusof mencadangkan kepada Dr Wells bahawa sampel DNA yang diambil dari tubuh Saiful, jika ia tercemar, ia mungkin mengandungi DNA daripada empat orang doktor yang memeriksanya.

“Setuju, itu satu sumber pencemaran. Satu lagi sumber pencemaran adalah DNA daripada orang lain yang memang berada pada pakaiannya,” balas Dr Wells.

10.45 pagi: Yusof seterusnya menarik perhatian Dr Wells kepada laporan perubatan yang menyatakan ‘tiada penemuan konklusif penetrasi’.

Menurut Yusof, pada pemahamannya ia bermaksud tiada penemuan klinikal berlakunya penetrasi.

Dr Wells memberitahu beliau kurang bersetuju kerana perkataan ‘konklusif’ membawa maksud ada kemungkinan kecil wujud penetrasi.

Beliau menegaskan pendiriannya semalam bahawa doktor yang memeriksa perlu betul-betul pasti samada penetrasi berlaku atau tidak.

10.55 pagi: Yusof merujuk kepada buku tulisan Dr Wells yang menyatakan hubungan seks melalui dubur melibatkan lelaki dewasa juga boleh tidak mendatangkan kecederaan kepada individu yang diliwat.

Dr Wells bersetuju, dalam kes Saiful, jika tiada kecederaan, penetrasi dubur juga boleh berlaku.


http://www.keadilandaily.com/?p=19419

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
August 24, 2011 at 12:52 PM delete

kenapalah anwar boleh bawak saksi kangaroo macam ni ????hahaahah

1). sperma boleh bertahan selama 55 jam selepas ia diletakkan dalam rectal/anus ..kes di australia

2). MUNGKIN berlaku jika sampel yang mengandungi sperma sengaja diletakkan wujud DNA pelaku tsebut.

3.)Dr. Wells turut ditanya sama beliau bersetuju telah berlakunya penetrasi pada rektum berikutan terkesan air mani hasil dari sampel swab. Dr Wells setuju ...

kan aku dah cakap . bawaklah dr. ismail thamby pakar sakit tuan ke mahkamah jadi saksi pembela . ko tak nak dengar . lantaklah kau anwar . LAWAN TETAP LAWAN

Reply
avatar
August 24, 2011 at 1:55 PM delete

Sihat tubuh badan namun membiarkan diri diliwat secara paksa?
Hanya mentaliti yang rendah fikiran mudah percaya.

Dalam politik , isu seks akan cuba dikaitkan untuk menjatuhkan musuh politik dan ia banyak berlaku di negara barat. inilah yang cuba dididik oleh apco?

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Koleksi Video Seks Ustazah?

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah
.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 12:59 AM delete

yg penting, dr wells kata sampel di ambil lebih dr dua hari tidak bermakna cuma mendedahkan keputusan spt yg diingini oleh konspirator.


kalau dah kata sample tak leh pakai mana ada kes..

Reply
avatar
August 25, 2011 at 8:05 AM delete

bila pulak dr wells kata macam tunya. tu engkau sendiri yang kata . ko ingat ni ambik sample untuk ujian kertas litmus ?? ni sample untuk DNA lah ... 3 4 hari pun DNA dia tetap sama lah . Anwar jer yang berhujah pasal sample tu dicemari bakteria . ahhahahhah ..... nak menipu pun kena cerdik jugak anon oii..

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 8:59 AM delete

betul tu..apa2 pun yang betul hanyalah agama umno dan utusex alkareem

ikhlas
"penganut agama umno"

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive