Kenyataan Mufti Pulau Pinang yang membuatkan Pencacai UMNO gigit jari..

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.


“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

21 comments

comments
August 15, 2011 at 10:17 PM delete

mmg padan ngn pencacai UMNO..

http://h2o007.blogspot.com/2011/08/yang-pelik-serta-menghairankan-entri.html jemput dtg sni...^^

Reply
avatar
Anonymous
August 15, 2011 at 11:10 PM delete

Masalahnya..biar org yg arif(Alim) saja la buat keputusan,kita yg jahil ilmu ni ikut saja laa..wartawan media pon satu haru jugak,semua dia nak masuk campur,buat mcm pandai sampai org ramai pening.

Reply
avatar
Anonymous
August 15, 2011 at 11:14 PM delete

Apa komen pencacai umno anak kampung pertama(akp)....hahahaha....

Reply
avatar
AntiAPCO
August 16, 2011 at 8:01 AM delete

Aku 100% lebih yakin pada kata-kata ulama' seperti mufti ini, Dato Haron Din dan Tuan Guru Nik Aziz daripada ulama' UMNO seperti Jamil Khir dan errr... Rahim Tambi Chik? (hahahahaaa)

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 8:31 AM delete

mula2 larangan terhadap masjid atau surau gunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh....lepas ni apa pulak ntah

jgn pulak ada yg nk cakap aku ni pencacai mana2 parti....dlm isu sebegini aku buang topi kepartian

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 8:46 AM delete

Sibodoh anon 8.31,
Mufti sebarkan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW...kuat hujahnya...
Hang pakai topi ke tak pakai topi sama je...hang memang mat bahalul

Reply
avatar
why_abc
August 16, 2011 at 10:18 AM delete

MESTI tak masuk dalam suratkhabar harian ni la. .
DIJAMIN tak masuk dalam suratkabar harian ni la. .

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 10:37 AM delete

setuju dgn anon 8:46am.
anon 8:31 otak udang, sah dari spesis pecacai murahan UMporNO.

Reply
avatar
August 16, 2011 at 11:04 AM delete

heh,mufti tu masih under majlis fatwa kebangsaan.amacam,golongan mufti da mula berani melawan.Pok jib,lu maw kasi pancung ini budak ka??hehe :P

Manusia Kini Boleh Melihat Bulan Dengan Belon Udara Panas(Video)

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 12:00 PM delete

ulang suara....

mula2 larangan terhadap masjid atau surau gunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh....lepas ni apa pulak ntah

jgn pulak ada yg nk cakap aku ni pencacai mana2 parti....dlm isu sebegini aku buang topi kepartian

lu orang yg tak ada totokeromo jgn bg komen disini...kerana anda kurang didikan mungkin!!!hahah emosi yer

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 12:01 PM delete

Salam...try gi blog papagomo, housepk, zulkifli nordin, milosuam, perisik rakyat cuba buat banding beza

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 12:21 PM delete

nah baca penjelasan disini yer jgn sblh pihak jer

novandri.blogspot.com

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 2:02 PM delete

anon 8:31 AM dlm agama tak de topi.. tak serban pakai ketayap !!

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 2:09 PM delete

apakah dgn mengikut arahan Nabi Muhammad saw supaya - kita tidak boleh memaksa org lain mendengar bacaan kita - maka akan merugikan islam. Tp pelik masa tu Islam berkembang dan ramai lg ramai dr sekarang yg pegi mesjid.

apa kah dgn menguna pembesar suara ketika mengaji ramai yg dtg mesjid.. tak jugak.

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 2:24 PM delete

ok lah anon 12:00pm adakah kau setuju dgn pandangan mufti ini yg mengikut Nabi Muhammad saw?

kalau tak setuju mmg tepat lah kau guna ayat '.. lepas ni apa pulak ntah'

dlm islam ada wajib, sunat, haram dll kita yg tak arif dan tak tahu.. jd kalau tak tahu lain bunyi ayat nya ..

ayat yg sesuai 'tak sangka pulak tak leh guna pembesar suara. mungkin ada lagi dan seeluk eluknya keluarkan lah garis panduan yg lengkap'

jd kalau org salah faham dgn komen anon 8:31 am dan 12:01 pm org yg sepatutnya dipersalahkan ialah diri kau sendiri..

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 12:53 AM delete

Banyak tentang Islam yang kita tak tahu sebab kita tak mengaji. jangan apa yang kita buat dulu tu semua betui. Ikut saja orang yang ada nas dan dalil. Sekurang kurangnya kita dalam golongan yang ramai yang diredhoi Allah. Islam dulu banyak yang lemah baru sekarang orang nak cakap tentang Islam. Itu pun ikut seda ja.

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 8:29 AM delete

hahaha

ulang suara....

mula2 larangan terhadap masjid atau surau gunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh....lepas ni apa pulak ntah

jgn pulak ada yg nk cakap aku ni pencacai mana2 parti....dlm isu sebegini aku buang topi kepartian

lu orang yg tak ada totokeromo jgn bg komen disini...kerana anda kurang didikan mungkin!!!hahah emosi yer


*******************************

mula2 larangan terhadap masjid atau surau gunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh....lepas ni apa pulak ntah

jgn pulak ada yg nk cakap aku ni pencacai mana2 parti....dlm isu sebegini aku buang topi (tapi aku pakai serban ketayap yg bukan melambangkan org bulan) kepartian

Reply
avatar
Anonymous
August 17, 2011 at 8:31 AM delete

mari ke blog papagomo, zulkifli nordin, perisik rakyat, milosuam utk pembongkaran terbaru

Reply
avatar
August 17, 2011 at 5:56 PM delete

Allah telah berfirman didalam Surah As Fushilat yang bermaksud...

26. Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

benarlah ...... yang memang orang kristian . ramai dalam DAP . dalam PKR pun ramai .

Reply
avatar
Anak kg pertama
August 17, 2011 at 11:07 PM delete

Anon 11.14pm

Pendirian AKP tetap sama, dgn komen2 yg lalu.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive