Jamal sedekah Beras seluruh Perak, Zambry sedekah duit raya kat 100 budak saja?



Tindakan penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam dikatakan oleh seorang pencacai UMNO sebagai satu tindakan yang memalukan Nizar di Perak keran Nizar dikatakan hanya medermakan Kurma sahaja..


Aku tak tahu mamat tu sedar atau mabuk ketika menulis artikelnya..

Siapa yang malu sebenarnya di sini Nizar atau Zambry? Nizar adalah ADUN dan juga Ahli Parlimen sahaja sedangkan Zambry adalah Menteri Besar Perak ketika ini..

Jadi.. adakah tindakan Jamal ini memalukan Nizar sedangkan beliau hanyalah seorang ADUN dalam DUN Perak..

Sebenarnya tindakan Jamal Abdillah menyumbangkan satu Treler beras itu adalah satu tamparan buat Menteri Besar Perak sendiri kerana Zambry sebagai Menteri Besar lebih sibuk meraikan 104 anak angkat Yayasan Bina Upaya Darul Rizduan (YBUDR) dari membantu rakyat Perak yang lain, hinggakan Jamal Abdillah memilih Perak untuk dibantunya..

Jamal Abdillah derma beras satu treler

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya - Kosmo! Online


DS Zambry rai 104 anak angkat beli persiapan Hari Raya

Kegembiraan jelas terpancar di wajah 104 anak angkat Yayasan Bina Upaya Darul Rizduan (YBUDR) apabila mereka berpeluang membeli sendiri baju raya dan menerima duit raya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di pusat belah belah Jusco Kinta City, pagi ini.

Tambah ceria bagi mereka apabila pemain pasukan bolasepak Perak seperti Shahrulnizam Mustafa dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli turut hadir bagi membantu kanak-kanak ini mencari baju baru yang diidam-idamkan untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti.

Mohd Fairuz Othman, 13, dari Kuala Kurau nyata cukup gembira di atas sumbangan yang dihulurkan oleh YBUDR dan kerajaan negeri yang saban tahun tidak pernah melupakan golongan yang kurang berkemampuan sepertinya.

Katanya, pada tahun ini, baju Melayu berwarna hijau menjadi pilihannya untuk digayakan di pagi 1 Syawal nanti.

“Selain terharu di atas sumbangan ini, saya juga gembira kerana dapat berjumpa rakan-rakan lain yang juga datang dari keluarga kurang berkemampuan.

“Bapa saya bekerja sebagai pesawah dan ibu pula suri rumah sepenuh masa….kehidupan kami sekeluarga cukup sederhana dan saya amat bertuah kerana dipilih menjadi salah seorang daripada anak angkat YBUDR,” katanya yang bercita-cita menjadi pakar tanaman - Peraktoday

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
August 27, 2011 at 5:34 PM delete

Sumbangan dihulur bukan untuk bermegah siapa yang paling banyak,Yop. Biorpun sedikit yang penting ikhlas. Itu fahaman teman le. Orang lain teman tak tahu. Nawaitu masing-masing le.

Reply
avatar
August 27, 2011 at 5:40 PM delete

Betul tu RUMPUT HIJAU, jangan tidak menyumbang tetapi mengutuk pula yang lebih.

Sumbangan ada yang kita nampak, ada yang tidak, kalau boleh tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu. Janganlah nak politikkan semua benda.

Kenapa nak banding Jamal dengan Zambry atau Nizar, bandingkanlah dengan Bok Lokman yang pernah menyindir Awie dan Jamal kerana masih terlibat dalam seni?

Reply
avatar
August 27, 2011 at 6:18 PM delete

panas juga hang bila ada blogger hentam Nijar boneka DAP beri kurma saja ...

hahaha... relaks la. Jangan dok reka cerita la Zambry hanya beri sedekah duit raya 100 budak saja ...

kalau tak tahu tentang akviti negeri orang baik jgn cakap ..

sepatutnya hang sebagai anak permatang pauh patut tengok dulu berapa sangat sumbangan yang diberikan oleh mansor dan pak sheikh pujaan hang tu di bulan puasa ni ..

ramai lagi di permatang pauh yang susah ... pi tanya AMK Prmtg Pauh sendiri depa boleh bgtau ...

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 6:51 PM delete

DAH BERATUS KALI MACAI UMPORNO BERHUJAH BANJANG NAMPAKNYA KEBANGGANGAN DEPA MASIH TAHAP KRITIKAL!! LU ORANG BANGANG TAK PAHAM KE KENYATAAN PERENGGAN PERTAMA ASD?!! AKU QUOTE STATEMENT ASD :

'Tindakan penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam DIKATAKAN oleh seorang pencacai UMNO sebagai satu tindakan yang memalukan Nizar di Perak keran Nizar dikatakan hanya medermakan Kurma sahaja..

sapa mula mengata disini?!! Nizar ka atau macai UMNO.. BANGANG TAK BERTEMPAT.. BODOH DAN TOLOL DAN BOLEH DIAJAR.. MALANG HAMPA BERTIGA (KLUANGMAN, PEJUANG BANGSA DAN RUMPUT HIJAU)

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 6:54 PM delete

aku rasa dalam isu ini pencacai UMPORNO yang tak ikhlas dalam menyumbang dan dok kutuk nizar!! salah info bro!! malu nampak sangat tiga mangkuk ni tak paham statement Abang ASD kita ni!! heee

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 7:06 PM delete

Jamal Abdillah orang Teluk Intan......

Reply
avatar
August 27, 2011 at 7:12 PM delete

Rumput Hijau cakap tu betul aku setuju sebab nawaitu dia baik dan dia tak kenen kat sapa2 pun, dia cakap lurus tentang apa itu sumbangan yang ikhlas tak kira kecil besar dan tak bermegah-megah. Tapi kluangman punya cakap telunjuk lurus kelingking berkait, dia umpan dengan cakap yang manis namun masih tetap bermotif sinis memperli orang. Bertambah bagus blog ASD ni semakin ramai blogger2 terutama blogger2 UMNO macam kluangman, PenganutPas dan Pejuang Bangsa minat masuk sini. Biasaklah ASD depa2 ni semua masuk sini sebab nak promosi blog masing2 jadi terpaksalah depa ni jadi lalat menghurung kat sini sebab blog hang ni dah popular dan ramai peminat untuk diumpan masuk ke blog depa.

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 9:01 PM delete

Derma itu ikhlas.. dan kita bukan nak hujah ikhlas ke tak ikhlas ke.. sb pd aku kenapa asal org derma aje kita persoal kan ikhlasan org.. kalau kwn kita derma lebih dr kita, ayat kita bukan alhamdullilah tapi dia ikhlas ke???

yg ASD kata ialah psl Jamal dan psl Nizar bg kurma, sini bukan psl ikhlas tp mengutuk krn Nizar bg kurma.

kenapa tak kau soal Nizar bg tahun ni je ke dia bg.. dan tny jamal tiap tiap tahun ke dia akan buat begitu?

Takut satu je mcmmana jamal memastikan yg beras tu diberi pd yg susah dan ibu tunggal.. sesape je boleh dtg dan ngaku .

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 10:10 PM delete

boleh sedekah cara terangan atau sembunyi. Yang dok banding tu yang tak kena. Kadang kadang yang bagi lebeh tu tak ikhlas yang bagi sedikit tu lebeh ikhlas dan juga sebaliknya.

Reply
avatar
Anonymous
August 27, 2011 at 10:53 PM delete

woiitt..pasai org bagi sumbangan pun nak gadoh ka..bangang tol laa korang ni...

Reply
avatar
Batu Nisan (BN)
August 28, 2011 at 1:36 AM delete

Waa tak heran itu semua,waa pun boleh bagi sedekah seluruh 1malasia pakai duit rakyat kalau waa berkuasa,tapi syabas yg sedekah guna duit poket sendiri dan ikhlas,cakap menteri semua boleh pakai terhegih2 nak derma panggil media eksen lebih kot nak tunjuk muka mamak dia boleh....1mamak 1roti canai....kah3...

Reply
avatar
August 28, 2011 at 2:48 AM delete

Buat semua pencacai UMNO kat atas tu..

Aku cuma menjawab artikel dari blog Pro UMNO yang memulakan isu ini.. he..he..

Reply
avatar
Anonymous
August 31, 2011 at 11:00 PM delete

anon 10:53 pm ini bukan psl sumbangan .. yg kita gadoh psl cara pencacai cari isu utk hentam kita.

dia org yg mula bandingkan beras dgn kurma tp dia org punya bahghal tak pulak bandingkan jamal dgn zambry.

jd cara pemikiran mcm ni lah kita perlu perbetulkan supaya mrk jd pencacai yg ada kelas!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive