Harga barang dan Kerajaan yang boros

Kos sara hidup rakyat melonjak tinggi sejak harga minyak tidak lagi mendapat subsidi sebanyak dahulu. Di merata tempat kita dengar keluhan orang ramai mengenai perkara yang sama, iaitu harga barang naik secara tidak terkawal walaupun gaji dan pendapatan masih tertinggal di tahap era 80-an, terutamanya bagi mereka yang berkerja di luar Kerajaan.

Harga minyak mentah pada awal tahun 2008 mencapai sebanyak USD95 setong. Pada awal tahun 2011 harga tersebut meningkat ke USD114. Ini bererti bahawa Petronas (iaitu, Kerajaan Pusat) telah menikmati keuntungan tambahan sebanyak USD19 setong.


Sekali lagi timbul persoalan yang sama: bagaimanakah Kerajaan Pusat menggunakan hasil tambahan ini demi menjaga kepentingan Rakyat?

Sementara itu, jumlah hasil jualan minyak dan gas untuk Kerajaan telah meningkat dari RM106 bilion pada tahun 2005, kepada RM162 bilion pada tahun lalu. Kesimpulannya, semakin kaya Kerajaan semakin sengsara Rakyat jelata.

Sudah jelas bahawa Kerajaan telah meraih pendapatan tambahan penjualan minyak dan gas, tetapi rakyat secara umum tidak begitu bernasib baik. Rakyat Malaysia tenat menampung kos kehidupan yang meningkat hari demi hari.

Pada bulan Oktober yang akan datang, Bajet baru akan diumumkan. Pelbagai ramalan telah dibuat mengenai cara-cara Rakyat kita akan mendapat pertolongan baru.

Saya ingin mengajak Rakyat Malaysia berfikir seketika dancuba mengambil pendekatan baru apabila mengkaji Bajet ini. Selalunya, sesudah Rakyat diberi satu dua “gula-gula”, mereka segera melupakan beban-beban lain yang terdapat dalam Bajet tersebut.

Mereka hanya sibuk mengenal pasti harga yang turun, cukai yang turun, dan bagi pegawai Kerajaan: bila nak dapat bonus? Kebelakang ini telah pun para pegawai berasa selesa dengan bonus Hari Raya.

Apa kata kita lebih teliti dan lebih berwaspada kali ini? Apa kata kita semua bersepakat menuntut dari Kerajaan secara terperinci, bagaimana wang Rakyat dibelanjakan?

Berapa jumlah wang Rakyat akan dijimatkan sekiranya Kerajaan berbelanja secara sederhana dan tidak terlalu boros?

Sanggupkah kita menelitikan berapa banyak wang Rakyat diperuntukkan dengan cermat bagi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan? Adakah pemimpin kita berhati-hati mengendalikan wang kita?

Adakah mereka lebih tertarik dengan berpoya dan bergaya, seolah-olah menggunakan wang mereka sendiri? Contohnya banyak:

~Apa gunanya kita berbelanja RM11 bilion untuk dua kapal selam Scorpene dan membeli kereta kebal berharga RM9 bilion? Tidak lama lagi, Kerajaan akan menjalankan kontrak yang bernilai RM8 bilion untuk membina kapal peronda.

~Apa guna kita membayar RM6.5 bilion untuk menolong sebuah syarikat air swasta menjelaskan hutang mereka kepada Kerajaan Selangor?

~Kenapa perlu PM dan DPM berbelanja sebanyak RM28 juta untuk kos perjalanan ke sana-sini dalam masa tiga tahun ketika Rakyat bersusahan?Satu masa dulu, dalam penerbangan ke Wellington, New Zealand, saya ditempatkan di belakang bekas PM New Zealand. Bukan kelas pertama,tetapi kelas ekonomi. Begitulah pemimpin negara lain. Hidup macam manusia biasa.

Janganlah Rakyat Malaysia terlalu mudah puas hati. Kali ini, biarlah kita mempertanggungjawabkan pemimpin-pemimpin kita dengan satu kaedah baru.

Biar mereka terangkan kenapa perlu belanja mewah, naik jet persendirian dan berbelanja sebagai orang kaya apabila Rakyat masih menderita? Sepatutnya mereka menunjukkan teladan untuk mentadbir secara cermat dan jangan bertabiat boros.

Yang patut menjadi pegangan kuat setiap warga Malaysia ialah, Kerajaaan mesti sentiasa telus dalam hal-hal pentadbiran negara. Biar semua pemimpin bertanggungjawab terhadap kita semua.

Selagi Rakyat bersikap “tidak apa” dan sentiasa tidak memandang berat tentang soal-soal pembaziran, amanah dan kecekapan pemimpin, selagi itulah Rakyat akan terus mendapat pendapatan rendah walaupun sentiasa menanggung kos kehidupan yang tinggi.


Siapa 'Saya' sila lihat di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
August 19, 2011 at 3:39 AM delete

Salam NUR Ramadhan,

Blog ini antara blogger hebat yg diperakui tlh mencetuskan persaingan sengit di dalam dunia media maya politik tanah air.

Mohon JASA baik Tuan untuk link blog saya..

JOURNEYMAN
http://journeyisman.blogspot.com/

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 9:05 AM delete

Media pecacai UMporNO mengongkong minda orang melayu supaya redha dengan apa yg ada. Semasa prk dun tenang, lapuran malaysia kini menunjukan betapa peladang kelapa sawit cukup puas hati dengan pendapatan mereka ketika itu dan bila ditanya tentang harga gula naik, jawab mereka..harga gula dari dulu pun naik, apa beza nya sekarang. Meraka gagal menilai 20 tahun dulu kadar harga gula naik 2sen setahun tapi sekarang 20sen setahun. umno mengalakan orang melayu agar tidak bijak menilai kos sara hidup dan hanya umno dpt selesai masalah kos hidup mereka....ini khurafat politik.

Reply
avatar
taufiq hamdan
August 19, 2011 at 9:59 AM delete

Malang sungguh rakyat Malaysia bila dpt kerajaan pro sgt2 puak2 kapitalis. Hujung2 yg jadi mangsa adalah rakyat...

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 12:37 PM delete

Masalahnya ramai orang kampung tak sedar akan isu isu ekonomi. Mereka hanya tau cerita dongeng RTM dan TV3. Kebanyakan yang tertipu adalah org kampung. Ameno yakin terhadap kawasan luar bandar.

Bukan sekadar isu petroleum. Banyak hal lagi dimanipulasi Ameno.

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 3:04 PM delete

senang je org kg ni dan kebanyakan org melayu ni ..

tunjuk je gmbar somalia ...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive