Di Semenanjung BN hanya ada saki baki UMNO...

Oleh Aspan Alias

Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.

Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.


Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika di dasarkan kepada kemenangan BN sebanyak 67 kerusi di Semenanjung maka BN harus mencari 55 kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan kemenangan mudah di Parlimen. Tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah kesemua kerusi Parlimen ialah, 26 di Sarawak dan 25 di Sabah dan jumlah kesemuanya di kedua-dua negeri Malaysia Timor ini hanyalah 51 kerusi.

Jika BN memenangi kesemua kerusi di kedua buah negeri ini pun ianya tidak akan dapat mencapai matlamat untuk menubuhkan kerajaan mudah di Persekutuan. Persoalannya sekarang ialah mampukah BN memenangi kesemua 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sedangkan DAP sedang mengembangkan pengaruhnya di Sarawak terutamanya di Kawasan-kawasan Bumiputra Sarawak.

DAP mempunyai ‘advantage’ besar kerana parti itu adalah parti multi-racial yang boleh dianggotai oleh mana-mana suku kaum pun termasuk Iban, Dayak dan lain-lain. Dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini kita telah melihat kemenangan DAP di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri di kawasan-kawasan bandar di sana.

Banyak pihak berpendapat yang BN akan kehilangan 8 kerusi Parlimen di Sarawak dan 7 kerusi Parlimen da Sabah. Maka kedua-dua buah negeri ini BN hanya mampu memenangi 41 kerusi dari 56 kesemuanya.

Jika 67 kemenangan BN di Semenanjung (termasuk MCA) di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak, maka BN akan hanya memenangi 108 kerusi keseluruhannya dan kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini akan mampu menubuhkan kerajaan walaupun dengan ‘simple majority’.

Di dalam perkiraan apa sekali pun kita mesti meletakan angka untuk kontijensi. 67 kerusi yang ditelah akan di menangi oleh BN itu harus mempunyai peratusan kontijensinya. Kita tidak tahu lagi apa yang berlaku kepada BN di dalam percaturan pemilihan calun Parlimen ini.

Dalam perkiraan tadi kita tidak masukan kemungkinan Pasir Mas yang akan kembali kepada PAS yang sekarang di sandang oleh Ibrahim Ali. Ibrahim Ali telah memenangi kerusi itu di atas symbol PAS kerana jika Ibrahim Ali bertanding di atas tiket bebas sejarah telah membuktikan yang Ibrahim telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya 2004 dahulu. Pasir Mas dikatakan akan jatuh semula ketangan PAS.

Ramai di dalam UMNO menyatakan yang Tengku Razaleigh akan tidak di turunkan oleh UMNO kali ini sebagai calon. Jika berita ini benar maka Gua Musang juga akan jatuh ketangan PAS. Jika Pasir Mas dan Gua Musang jatuh ketangan PAS maka Jeli juga akan jatuh justru BN tidak akan mendapat apa-apa kemenangan di Kelantan.

Jika ini berlaku maka angka 67 kemenangan BN di Semenanjung tadi akan jatuh kepada 64 sahaja. Saya berkesempatan untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu akhir-akhir ini. Saya di beritahu oleh mereka yang UMNO di negeri Terengganu tidak akan mampu memenangi di sekurang-kurangnya 3 kerusi Parlimennya kerana pergolakan besar di dalam UMNO di negeri itu Jika berita ini benar maka bilangan kerusi BN di Semenanjung akan turun lagi kepada 61 kerusi sahaja.

Angka kemenangan BN sebanyak 61 kerusi ini belum lagi mangambil kira kerusi-kerusi BN yang dijangka dengan jelas akan menghadapi kekalahan. Satu-satunya kerusi yang dimenangi MCA di Selangor iaitu Ampang yang sekarang di sandang oleh Ong Tee Kiat akan menjadi milik DAP atau mana-mana parti PR.

Di jangkakan kerusi BN Raub akan tumbang juga dengan berbagai-bagai isu peribadi Ng Yen Yen dan di Johor sahaja BN dikatakan akan kehilangan sebanyak 3 lagi kerusi Parlimen. Jika di tolak 5 lagi kerusi ini dari 61 untuk BN tadi maka BN di Semenanjung akan hanya memenangi 56 kerusi kesemuanya.

Jika 56 kerusi di Semenanjung ini di campurkan dengan 41 kerusi di Sabah dan Sarawak maka angka kemenangan BN keseluruhannya akan berlegar di angka 97 kerusi sahaja. Sejak beberapa bulan yang lepas ada pihak yang sentiasa memberitahu saya yang BN akan memenangi lebih sedikit dari 90 kerusi.

Semasa itu saya tidak dapat mempercayainya kerana tidak diberitahu angka itu secara saintifik. Tetapi apabila perkiraan ini dilakukan maka saya sudah nampak lojiknya bagaimana 97 kerusi itu hampir menjadi kenyataan. Yang penting yang mesti diketahui ramai ialah di Semenanjung BN itu hanyalah UMNO kerana parti-parti komponennya akan pupus dalam politik negara selepas pilihanraya yang akan datang.

Nazri Aziz telah menafikan yang beliau melamar DAP untuk bersama BN tetapi sebenarnya beliau benar-benar membuat tawaran tersebut. DAP telah menolak lamaran itu kerana tawaran itu hanyalah sebagai tindakan desperate satu parti yang telah lemas dengan kuasa serta telah hilang segala hidyahnya.

Oleh kerana itu jika kita dasarkan kepada hukum akal kita jelas BN akan tewas di dalam pilihanraya yang akan datang. Hanya perkiraan Tuhan sahaja yang akan mengubah apa yang telah di kira tadi. Perkiraan yang ditulis ini hanya perkiraan manusia yang serba serbi lemah ini dengan tambahan sedikit dengan ‘intuition’ yang ada pada diri saya. Masalahnya ‘intuition’ saya selama ini banyak juga yang menjadi kenyataan.

Kepada sesiapa dan pihak yang tidak suka kepada ‘intuition’ yang ada pada diri saya ini supaya berdoa agar kali ini apa yang saya rasakan itu adalah salah. Semua pihak hanya perlu berdoa sahaja sekarang ini agar yang maha menghakimi akan membuat penentuan. Setakat ini itu semua hanyalah perancangan manusia sahaja.

Hanya DIA sahaja akan menentukan segala-galanya.


http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/08/di-semenanjung-bn-hanya-ada-umno.html

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
August 16, 2011 at 3:47 AM delete

Lembek dan hipokrik sangat si Aspan ini membduat analisa, di awal2 analisa bukan main hebat lagi dengan angka2 seolah olah UMNO kena bungkus pindah lari waktu malam.

Tetapi di akhir analisa, menterjemahkan pula dirinya hanya nujum temberang yang tiada keyakinan.

Jadi, yang mana satu betul?

Reply
avatar
KuroShogun
August 16, 2011 at 5:51 AM delete

Don't worry kluangman, BN will meet its end and will be entombed forever. Instead, PR will prevail as the most favorite choice of the Malaysians.

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 6:37 AM delete

Landskap politik dunia sudah berubah. Malaysia wajib tukar pemerintah. Umno(BN) parti uzur yg semakin menyeleweng (nyanyok) bakal mengikuti nasib Hosni Mubarak.

MalaysiaKu Berubah.

Reply
avatar
August 16, 2011 at 6:45 AM delete

Ada sapa2 kluang yang tak rabun siang macam si kluangman ni yang boleh tolong pandu dia keluar dari duduk dalam gua gelap UMNO tu supaya dia tak mati terkambus bila gua tu runtuh nanti? Dah nama pun kluangman tu pasal apa pun yang dia tulis ialah apa yang dia nampak dengan kepala dia dibawah dan kaki diatas.

Reply
avatar
AntiAPCO
August 16, 2011 at 8:25 AM delete

Tapi ingat, BN ada senjata ampuh dan sulit yang telah berkali-kali menidakkan orang lain mengambil kuasa:

SPR - Undi pos, undi bertindih, persempadanan semula, undi hantu - bangla, indon & myanmar, biometric.

PDRM - Tangkapan politik, fitnah, ISA, ugutan dan gerak gempur

AG - Sapa tak kenal gani patail?

Media - Fitnah TV3/NTV7/Berita Hairan/Utusan Meloya (ada lagi melayu bodoh yang percaya!)

Darurat - 13 Mei yang dirancang supaya Perikatan terus berkuasa

Tapi kuasa rakyat yang akan menentukan, mereka merancang secara halus, terang dan jahat untuk menang tapi mereka lupa bahawa sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.

Reply
avatar
AntiAPCO
August 16, 2011 at 8:34 AM delete

maaf, satu lagi senjata BN yang saya lupa sebut.. tapi sangat berkesan (terbukti di Perak)

KATAK !!!!!

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 8:52 AM delete

ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEMENANGAN KEPADA PIHAK YANG BENAR DAN LURUS DI JALAN NYA....semoga selepas pr13 malaysia akan menjadi negara yang lebih makmur dan maju dalam pelbagai bidang berteraskan Islam.

TAKBIRRRRR.....

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 9:01 AM delete

Aspan, hang jangan mimpi lah...tipu, undi hantu, battalion askar disemua parlimen, rakyat baru, pengundi polis dll ...semua ini akan memastikan Barisan Najis memang juga lah. Tak percaya???

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 9:32 AM delete

Salam...try gi blog papagomo, housepk, zulkifli nordin, milosuam, perisik rakyat cuba banding beza

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 10:09 AM delete

kluangman hang memang rabun siang sbb itu hang keluar mlm cari makan, hang masih nak sokong lg parti rasuah, penipu,apcono dan mcm2 lg yg xleh nak ckp tp yg penting keadilan dah hilang, kehakiman masih lg belum pulih 100% dari kebebasan cengkaman politik pemerintah gitu juga bdnyg di ketuai oleh gani patail dan kepolisian mkna nya Separation Of Power (SOP) dlm ertikata yg sebenar2 nya masih jauh dari tanggapan. hai! kluangman hang p ty lah semua bekas2 askar sebelum 2008 yg dah berhenti berapa kali dia mengundi dlm PRU selama masa tempuh mrk brkhidmat dlm ATM atau ada org lain yg tlg pangkahkan utk mrk , kamu nak kata DAP parti chauvnist tp DAP ada ramai org melayu jd ahli nya tp MCA dan GERAKAN ada kah org melayu di dlm nya? tlg jawab wahai kluangman jgn duduk terlalu lama di bwh tempurunggggg! taw. bgn jgn jd kaldai atau unta baghdad.

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 10:28 AM delete

anon 9:32am
hang suruh pi masuk blog papagomo??
blogsite yg menaja video seks free dan mungkin masih ada lagi kat dalam tu. haram bagi yg melawati blogsite ni lebih2 lagi dibulan ramadhan.

Reply
avatar
Anonymous
August 16, 2011 at 12:51 PM delete

kita manusia ada akal dan apa jua analisa yg dibuat berdasarkan pada fakta yg ada .. jd sbg manusia yg percaya dan beriman pada Allah sesiapa termasuk sdr aspan sedar perkiraan manusia ini tidak ke mana kalau dibandingkan dgn pekiraan Allah. itu sbb dia ingat kan sesiapa tak setuju berdoa krn hny kiraan Allah yg boleh mengubah mengikut kiraan dia.

Ini bukan krn tidak yakin atau menunjukan analisa, bukan nujum temberang tp analisa, dia lemah tp krn iman dia.

jd nasihat sy pd kluangman biar lah kita ada iman sikit bila baca dan nak beri komen. Tny masa aku baca ni ada tak iman dgn aku..

Reply
avatar
APA SAJA BOLEH BERLAKU DLM POLITIK
August 16, 2011 at 5:28 PM delete

JANGAN LUPA, ORANG2 DS ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA RAMAI DLM UMNO, YG BERPURA2 MENYOKONG UMNO/NAJIB....ADA YG JADI PEMBODEK UMNO/NAJIB... INI STRATEGI POLITIK YG CULAS, BIJAK. MEREKA DH BUAT MASA PEMBENTANGAN BAJET DULU, CUMA BELOM CUKUP LAGI...

HARAP2 AHLI2 UMNO YG JADI AGEN2 DS ANWAR DLM UMNO INI AKAN TERUS BERPURA2 MENYOKONG NAJIB DGN SEPENUH HATI... SEHINGGA KALAU BOLEH MEMBORONG KERUSI2 PARLIMEN SBG CALON UMNO/BN DLM PRU-13 NANTI, DAN SELEPAS PRU-13, MEREKA AKAN MELOMPAT BERAMAI2 MASUK PAKATAN RAKYAT...SEBAGAI SATU HELAH POLITIK UTK MENGHANCURKAN UMNO...

SBB...ORG2/PERJUANGAN2 YG HEBAT/LUARBIASA, MEMERLUKAN STRATEGI YG LUARBIASA YG TAK TERFIKIRKAN OLEH ORG2 BIASA...

Reply
avatar
August 17, 2011 at 12:43 AM delete

Kapal dah tenggelam.Kalau mau lari sekarang lah jangan tunggu lama-lama.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive