Dakwaan demi dakwaan akan diteruskan hingga Anwar kepenjara

Seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang.

Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju.

Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.

Tanyalah Wikileaks.

Orang Malaysia suka bercakap…


Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama.

Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita.

Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda.

Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu.

Satu pakatan rahsia

Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan.

Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara.

Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik.”

100 tahun

Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang.

Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini?


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
August 25, 2011 at 8:11 AM delete

uhhhh terharu aku membaca cerita yang disampaikan dengan penuh jujur dan ikhlas dari mat salleh amerika john mallot ni . yang memetik berita ni harakah pulak tu .

Reply
avatar
August 25, 2011 at 8:24 AM delete

ko percaya ke yahudi ni?. Kalau musuh islam, tetiba suka pada seseorang dikalangan pemimpin islam, mesti ada yang x kena. mana ada musuh suka kepada kita kecuali kita ni kalau tak bodoh, jahat, kalau tak jahat, kita bodoh itulah sebab kalau mereka suka.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 8:31 AM delete

uhhhhh kalau petik daripada utusex alkareem baru betul ye dak? kahkahkahkah

ikhlas
"penganut agama umno"

Reply
avatar
August 25, 2011 at 8:54 AM delete

Dr Che Rosli Che Mat, MP PAS Hulu Langat:
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

HARAKAH tu Beb . Ahli Parlimen parti sendiri pun rasa malu kat laporan harakah. John Mallot bukan tahu apa-apa pun.

Reply
avatar
bekas umno
August 25, 2011 at 9:05 AM delete

wahai saudara se muslim ingatlah kita ini lahir saja sebagai seorang muslim tapi adakah kita ini betul2 muslim atau keturunan sahaja . kalau manusia berkata semuanya tak betul adakah saudara betul tepuk dada tanya iman takut nanti cakap orang kafir harbi tapi lupa empat jari tunjuk pada diri sendiri . ingat dosa akan mengaibkan orang kat dunia sesungguhnya dosa itu lagi amat berat serta pedih .... ingat kalau ianya satu fitnah .. allah maha melihat bukannya kamu .

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 9:16 AM delete

bekas umno
saya setuju dengan komen anda, kebanyakan muslim hari ni adalah muslim keturunan saja...contoh klasik ialah penganutpas.
Dalam umno sekarang banyak lagi mulayu munafiq dan melayu ethis dari melayu muslim, melayu kristian pun ada juga dari umno sabah.

Reply
avatar
TEORI rahman
August 25, 2011 at 9:17 AM delete

wahai penganut pas. . cukup2lah menyamar ye. . jangan banyakkan dosa le ye kerna dengannya mudah dan senang ke neraka tau. . hehehe

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 10:02 AM delete

Allah tidak meletakkan semua org kafir itu musuh Islam. Allah swt yg menjadikan semua manusia. Allah swt lebih berkuasa dr segala2nya . Tidak hairan akhir zaman ini ramai org bukan Islam memilih Islam sebagai pegangan agama terakhir mrk tetapi org Islam keturunan semakin jauh mendekati Islam.

Reply
avatar
August 25, 2011 at 11:33 AM delete

Wakaka, apa pun semakin hari tembelang busuk UMNGOK dan BE End akan meletopppp....biar bagi hancur itu parti, bodoh dan benak itu orang dalam itu parti...kekek PM dia pulak pengecut nak ditemubual pun CUAK muka mcm cencorot, siap minta xnak jadi saksi selepas point Seefool jumpa dia sebab BIASISWA telah terbongkar...Wakakakka Senang cerita semua PUAK UMNGOK ni BENAK... kekekek

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 1:22 PM delete

Masing-masing kata mereka tu betul semua..
PAS pula dah nampak sangat naik TOCANG.dikalangan PR...Kalau teror sangat, ambil alih lah teraju PAKATAN RAKYAT. Jgn GAH sangat.. nanti menyesal..takut yang dikejar tak dapat.. yang di kendong pula berciciran..! Baru padan muka.!! Lebih baik bersederhana sahaja..!!

Reply
avatar
August 25, 2011 at 1:31 PM delete

Tak patut ker kalau PAS naik toncang. Sekarang ni siapa yang kuat kerja untuk pakatan kalau bukan PAS. PKR jer yang tak sedar , sokongan terhadap PKR dah merosot . memang patut pun PAS yang pegang teraju.

Reply
avatar
August 25, 2011 at 1:33 PM delete

tak boleh blah aku dengar anwar pernah ade kerjasama dgn najib.yoyo je lah mamat nih


Remaja Ni Mencipta Nuclear Reactor Pada Usia 14 Tahun!

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 2:04 PM delete

PAS dah naik tocang???
bukan, bukan, bukan, bukan tocang pun. semua tu silap...yang betul nya..penganutpas dan tumbuh tanduk syaitan..komen dari pecacai2 lain macam akp dah merosot. Memang patut pun dia tumbuh tanduk syaitan.

Reply
avatar
Anonymous
August 25, 2011 at 10:48 PM delete

kekuatan bukan hny terletak pd PKR . dan bukan hny pada PAS. Dan bukan hny pd kekuatan DAP.

Kami sedar selama ni tlh di laga lagakan oleh amnot. Utk menumbangkan amnot ialah menjadi satu PAKATAN yg kukuh.

Keje amnnot menanan-tumbuhkan beberapa org utk memecah belahkan PAKATAN tp setakat dan sehingga hr ini fail.

Jd tak de sape sape yg naik tochang selagi amnot tak tumbang. Ini hakikat.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive