Daftar pemilih: Lain ditanya, lain dijawab

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat kecewa dengan jawapan balas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahan mereka bahawa wujudnya penyelewengan dalam daftar pemilih.

Exconya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, jawapan balas Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bahawa ramai individu yang mempunyai ejaan nama yang sama adalah perkara biasa ibarat "lain biduk lain digalang".


Menurutnya yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu, apa yang dipertikai oleh pemuda PAS bukanlah soal ramai yang mempunyai ejaan nama sama, namun yang dipertikai adalah corak perbezaan nombor kad pengenalan mereka yang meragukan.

"Kita tak pertikai soal nama sama, kita tahu nama bukan unik. Kalau ikutkan nama (seperti Timbalan Pengerusi SPR) Wan Ahmad Wan Omar pun ada dua, tapi kita tidak pertikai pun.

"Yang kita pertikai, corak perbezaan no IC mereka yang mempunyai nama sama itu," kata Suhaizan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Kamaruddin semalam yang berkata, nama Azhar bin Ahmad seperti yang didedah pemuda PAS sebelum ini mempunyai 825 nama dengan ejaan serupa.

Beliau juga menafikan dakwaan terdapat penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.

Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS sebelum ini mendedahkan individu bernama Azhar bin Ahmad memiliki ejaan nama sama, namun perbezaan hanya di dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka meragukan dan didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.

Perbezaan nombor kad pengenalan Azhar bin Ahmad dan maklumat tempat mengundinya adalah seperti berikut:

Azhar bin Ahmad

MyKad pertama: 680713095049

Lokaliti: Batu 13

Daerah mengundi: Tasoh

DUN: Beseri

Parlimen: Padang Besar

MyKad kedua: 680713095057

Lokaliti: Kg Baru Chuping

Daerah mengundi: Sg Buloh

DUN: Chuping

Parlimen: Padang Besar

Mengulas lanjut berhubung perbezaan yang lain, Suhaizan berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya enam trend perbezaan corak no kad pengenalan.

Ianya seperti berbeza pada tahun lahir iaitu dua digit paling awal, bulan lahir, tarikh lahir, kod negeri dan pada dua digit paling akhir.

"SPR jangan cepat melatah, kita bukan nak malukan SPR. Kita bangkit soal ini sejak 2007 lagi namun tiada sebarang tindakan proaktif yang dibuat SPR.

"Jadi kita tidak ada pilihan, kita dedah kepada rakyat supaya rakyat pula dapat menilai," katanya lagi sebagai menjawab gesaan SPR agar perkara itu dirujuk kepada mereka dan bukan didedah kepada umum.

Dari sudut lain katanya, persoalan itu sebenarnya bukan sahaja harus dijawab oleh SPR, tetapi juga oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN kerana data dalam daftar pemilih SPR tersebut adalah dari data JPN sendiri.

Bagaimanapun SPR sepatutnya boleh bertindak proaktif jika benar mahu membersihkan daftar pemilih dan bukannya hanya menerima data dari JPN bulat-bulat dan tidak mengendahkan pula pendedahan penyelewengan yang dibuat oleh rakyat.

"Sebab itu saya cadang SPR proaktif. Senaraihitamkan nama yang meragukan itu dan semak semula dengan JPN kenapa berlaku seperti itu," katanya.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
August 18, 2011 at 7:06 PM delete

Tahniah Sdr Suhaizan Kaiat. Rakyat punyai hak untuk menentukan pimpinan yang dipilih melalui process demokrasi. Apa khianatnya? Yang khianat dan melanggar undang-undang adalah mereka dan siapa saja yang bersekongkol dengan penipuan ini. Setiap kita hanya punyai satu undi untuk Parlimen dan satu undi untuk DUN. Itu saja. Sebelum ini kita dah kata SPR & JPN terlibat dengan penyelewengan ini. Kini Panglima Angkatan Tentera pula dah masuk dalam golongan ini. Rakyat, NGO & PR, teruskan perjuangan untuk bersihkan daftar pemilih ini. Rupa-rupanya Malaysia di tadbir oleh ramai yang tidak amanah dan menipu. Dimana Islam anda semua?

Reply
avatar
Batu Nisan (BN)
August 18, 2011 at 11:29 PM delete

jika pemimpin bercerita tentang rasuah dialah perasuah,jika penkhianat dia akan mengumpulkan spesisi babi utk bersama membentuk empire songsang,itulah umporno kuburkan kesemuanya serta talibarut2 yg merosak sistem demokrasi yg ada,selagi mereka berkuasa selagi itu 1malasia tak aman...

Reply
avatar
August 19, 2011 at 12:08 PM delete

inilah sebabnya SPR bermati-matian tak nak guna dakwat kekal masa pilihanraya. macam2 la alasan, tak profesional, ketinggalan zaman laa.. kalau guna biometrik dah tentu semua nama tu boleh lepas.

Reply
avatar
August 20, 2011 at 12:04 AM delete

bagus jugak SPR buat tak tahu jer dengan exco PAS ni . biar jer Sinar Harian bagi bukti kat exco PAS ni !!!!! hahhahhaha

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive