Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3



Ini adalah berita yang tidak disiarkan oleh media yang ditunggang UMNO baik Utusan, Berita Harian mahupun TV3 tapi ianya telah disiarkan di Singapura..


Britain siasat dakwaan KL bayar media gilap imej

M'sia bayar berjuta paun bagi penyiaran di BBC

KUALA LUMPUR: Penguasa media Britain, Pejabat Perhubungan (Ofcom), sedang giat menyiasat dakwaan bahawa Malaysia membayar berjuta paun kepada firma FBC Media bagi menggilap imej antarabangsanya melalui beberapa rancangan berita di stesen penyiaran British Broadcasting Corporation (BBC).

Laman berita The Malaysian Insider telah memetik akhbar harian Britain, The Independent, semalam sebagai melaporkan bahawa Ofcom akan memutuskan dalam masa terdekat ini 'sama ada akan melancarkan satu siasatan penuh ke atas kandungan yang dipersoalkan itu di bawah Kod Penyiarannya'.

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa pihak BBC sendiri sedang menyiasat beberapa rancangan mengenai Malaysia yang dihasilkan oleh FBC, sebuah firma Britain, yang disiarkannya.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan The Independent, BBC berkata:

'FBC kini mengakui kepada BBC bahawa ia telah bekerja bagi kerajaan Malaysia.

'Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBC, sedang kami percaya ia seharusnya dilakukan apabila pihak BBC memeterai kontrak rancangan itu daripada FBC.

'Memandangkan ini, pihak BBC memutuskan tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungannya dengan syarikat itu.'

Putrajaya telah menamatkan kontraknya dengan FBC selepas satu pendedahan menunjukkan bahawa para pemimpin Malaysia secara rutin muncul dalam wawancara dibayar pada rancangan-rancangan stesen berita CNBC.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia telah menamatkan kontrak dengan FBC minggu lalu, selang beberapa bulan selepas kontraknya dengan sebuah lagi firma, Apco Worldwide, dari Amerika Syarikat, ditamatkan berikutan dakwaan adanya hubungan firma itu dengan Israel.

BBC menggantung semua rancangan yang dihasilkan oleh FBC Media, lapor The Independent semalam.

Pembabitan FBC Media dengan kerajaan Malaysia itu terbongkar selepas bil-bil tambahan kerajaan menunjukkan bayaran besar dibuat bagi satu 'Kempen Perhubungan Strategik Global'.

Catatan rekod menunjukkan bahawa sebanyak RM57.7 juta ($23.3 juta) telah dibayar oleh PMO kepada FBC bagi kempen itu antara 2008 dengan 2009.

The Independent berkata dokumen-dokumen yang difail dengan Dewan Perwakilan Amerika pada 2008 menunjukkan bahawa FBC menghubungi syarikat pelobi Amerika, Apco Worldwide, dan membayar lebih AS$80,000 ($96,320) pada tahun itu bagi tujuan 'meningkatkan kesedaran tentang pentingnya dasar-dasar di Malaysia yang properniagaan dan propelaburan serta (menunjukkan) pentingnya usaha pembaharuan dan antipengganasan negara itu'.

BBC sedang menyiasat jika bahan-bahan FBC yang disiarkannya bercanggah dengan garis panduan kesaksamaan penyiarannya.


Cyberita Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
August 19, 2011 at 3:27 PM delete

yg bagus tu byr berjuta .. imej tetap buruk... skg lg lah buruk ..


RM 57.7 juta... mcm mcm bantuan dan subdisidi boleh bg pd rakyat ..

tapi apa nak buat .. pencacai suka abis duit mcm ni..

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 3:51 PM delete

manusia yg gila glamour ni memang buat yg pelik2 demi kekalkan glamour dia.
Yang menjadi isu nya ialah kenapa guna duit rakyat....pemimpin umno yg gila glamour ni sepatutnya pi guna duit mak bapak depa.

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 6:31 AM delete

Sudah tentu duit rakyat digunakn. Beli beg tangan, cincin tu guna duit sape plak?? Klu duit sndiri, luarbiasa kekayaanny tu. Adakh komisyen kapal selam & jet pejuang punya dulu kot. Maklumlh sejak Razak Baginda ni d bebaskn, bini tok Jib berani beli barang yg cukup mahal tu. Betul tak?

Reply
avatar
August 20, 2011 at 9:18 AM delete

Betullll... setuju 200%..

Takde yg tak betul melainkan betul2 belaka...

heheheh

Reply
avatar
August 20, 2011 at 1:50 PM delete

maw tgk ini cerita??kasi gua mati dulu la baru boleh tgk ini cerita!!kata editor otosan!!

Cara Membuat Api Daripada Ais(Video)

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 5:11 PM delete

Mana PenganutPas Haram jadah ni!!? tak mahu berhujah ke? tolol! hanya berani dalam isu dia boleh makan aje, tapi tetap bangang!

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 11:14 PM delete

umporno mana ni yg cakap ikut sedap mulut dia??kami penyokong perjuangan pas tidak setolol penyokong umporno yg tidak ada parti lain yg boleh diundi melainkan umporno walau pun parti umporno terang2 menghena islam dengan menukar undang2 ALLAHswt (hukum zina,curi,minum arak dan qesas bunuh balas bunuh)dengan undang2 ciptaan mereka sendiri kemudian menda'wa itulah undang2 islam kemudian cuba memaksa orang yg benar2 beriman dengan hukum ALLAHswt supaya menyokong undang2 toghut yg mereka cipta sedangkan mereka telah mensyirikkan ALLAHswt dengan undang2 ciptaan mereka itu, sedarlah wahai umporno bahawa segala amalan kamu tidak akan diterima oleh ALLAHswt diatas perbuatan kamu itu dihari ahirat kelak.
bagi kami penyokong pas undi kami hidup tidak terikat dengan satu parti kecuali parti itu apabila merintah negara dapat melaksanakan dasar2 islam atau kami terpaksa memilih diantara dua yg buruk maka kami tidak akan memilih perkara yg jelas keburukannya selama lebih50 tahun yg lalu.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive