Baitulmal mana?? Nak tunggu Gereja membantu lagi ke?

KUALA LUMPUR: Rintihan seorang mualaf, Eh Jun Guang, 22, atau lebih dikenali sebagai Adam untuk mendapatkan bantuan bagi menyambung pelajarannya mendapat perhatian daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Penolong Setiausaha Agung Macma, Norlaili Yap Abdullah berkata, pihaknya akan cuba membantu Adam bagi mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya.

Katanya, perbincangan akan diadakan dengan ahli persatuan bagi memikirkan langkah sesuai membantu Adam.


Harian Metro semalam melaporkan Adam yang disisihkan keluarga selepas memeluk agama Islam ketika berusia 18 tahun memohon bantuan daripada orang ramai agar dapat kembali menyambung pelajarannya.

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia menyambung pelajarannya di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), tetapi terpaksa berhenti akibat masalah kewangan.

Adam terpaksa menampung kos sara hidup dengan bekerja sebagai ahli silap mata dan pembantu kedai buku selepas tiada seorang pun ahli keluarga yang mempedulikan nasibnya.

Norlaili berkata, dia pernah berhubung dengan Adam sebelum ini, namun Adam tidak pernah menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran.

“Dia nak sambung belajar dalam bidang pentadbiran, sebab itu susah sikit untuk dapatkan biasiswa. Kalau dia sambung belajar dalam bidang pengajian Islam atau berkaitan dengan Islam memang mudah.


myMetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
August 18, 2011 at 10:48 PM delete

baitulmal tunggu jam5 nak punch out.

http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/08/hq-dap-penang-terbakar.html

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 11:42 PM delete

Jangan nak salahkan Baitulmal saje sebab orang2 ini mendapatkan bantuan daripada gereja. Sistem pendidikan sekular umno selama ini telah menyebabkan ramai orang melayu tergelincir aqidah dan ini dieksploitasikan oleh gereja yang sengaja mengambil kesempatan.

Kita ada undang2 yang mana sebarang usaha/tindakan/percubaan menyebarkan agama lain kpd org Islam adalah merupakan kesalahan. Mengapa pihak berkusa termasuk polis tidak melaksanakannya. Mengapa beban diletakkan ke atas bahu jabatan2 agama Islam sahaja.

Umno yg telah memerintah negara ini selama 54 tahun memikul tanggungjawab yg besar atas kemurtadan ramai orang melayu. Tiba2 sekarang mereka hendak persalahkan PAS.

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 3:29 AM delete

sbb umno yang tabir suma hal2 agama la yg jd mcm ni... bg org yg benak hati memang pada pandanga mereka umno adalah penyelamat agama tapi bagi mereka yg berilmu mereka akan dapat melihat betapa jijiknya suma yg menjadi pentabir2 yg menjaga hal ehwL agama islam.... bagi mereka yg arif tgg agama islam sehingga ada yg berjawatan mufti lebih rela mendiamkan diri melihat pemimpin politik mereka merosakan agama islam bagi menjamin jawatan dan pangkat,sehingga lupa tanggungjawab mereka kepada umat islam....

Reply
avatar
danielkerry80-yahoo
August 19, 2011 at 3:15 PM delete

Anak Sg Derhaka kalau betul2 bertanggungjawab perlu salahkan gereja juga. kenapa baitulmal saja yang disalahkan.
Dah kalau minggu depan gereja bantu turap jalan depan rumah, JKR pulak perlu disalahkan?
Bulan depan gereja edar buku teks sekolah Kementerian Pelajaran pulak salah?
Sudahnya gereja langsung betul semua tiada sapa salahkan.

Reply
avatar
August 20, 2011 at 12:08 AM delete

yang baiknya UMNO dan PAS tanggung biasiswa pelajar ini 50 50 . baru adil . ker pas nak kena mintak izin dari DAP dulu . ok lh umno 60 PAS 40 . kasi settle . nak harapkan PKR alamat kebulurlahhh .....

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 6:18 AM delete

Mana2 ugama pasti akn sebarkn fahaman masing2. Puncany akidah org Islam makin goyang krn kurangny mendalami ilmu wahyu itu sendiri. Cuma skadar tahu solat, puasa, halal-haram, mandi wajib dsbny. Mrk tidk mahu mmbuat post-mrtem ugama Islam itu sendiri sbgmana org2 tasawuf.

Baitulmal wajib turun utk jengok & cari mrk yg benar dlm kesusahn & penderitaan ini. Klu tak boleh pikul tugas trsebut, letak jawatn dan serah kpd ribuan mrk yg sedia mennti memikul tugas trsebut.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive