Bagaimana untuk kenali Pencacai UMNO - Khalid Samad

"Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian."

Sebenarnya jika hendak kenal pencacai UMNO di Blog, Facebook dan Twitter saya mudah sangat. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh untuk tatapan semua.

Saya kata “Islam itu adil untuk semua” maka mereka menjawab “Bertaubatlah Khalid, kamu ni penyokong Gereja”.

Saya kata “Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya” mereka menjawab “Khalid Gereja ni kalau jumpa nak bagi penendang”.


Saya kata “Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam” mereka jawab “Kamu dah murtad sekali ya Khalid?”

Saya kata “Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, kaedah yang tidak menimbulkan fitnah terhadap Islam itu sendiri” mereka jawab “Khalid sokong ummat Islam dimurtadkan”.

Saya kata “Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” mereka jawab “Di antara JAIS dan Gereja, Khalid percaya Gereja!”

Saya difahamkan pencacai UMNO ini mendapat elaun setiap kali komen mereka disiarkan, WalLahu 'Alam. Mereka gunakannya sebagai bukti untuk membuat tuntutan atas kerja yang mereka lakukan. Saya sebenarnya tidak keberatan untuk menyiarkannya supaya semua pengunjung boleh melihat kerenah dan perwatakan mereka secara jelas.

Mereka bukan inginkan kebenaran dan tidak mengendahkannya. Mereka tidak juga ambil berat sekiranya imej Islam tercemar dengan tindakan mereka. Mereka hanya inginkan imbuhan dari tulisan mereka. Mereka tidak mengemukakan hujjah melainkan cacian demi cacaian.

Namun saya akui, bukan semua yang tidak bersetuju dengan saya adalah pencacai UMNO. Terdapat juga sebahagian dari mereka ini yang tidak setuju di atas sebab tertentu dengan mengemukakan hujjah mereka secara ilmiah seperti persoalan ‘maslahah yang lebih besar’ menjadikan sesuatu yang haram diharuskan.

Walaubagaimanapun, ianya perlu berdasarkan pernilaian pihak yang bertindak serta tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya apabila tiada pilihan lain ataupun dalam keadaan darurat seperti semasa peperangan. Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa pilihan atau kaedah lain sememangya wujud kerana sekiranya ingin memurtadkan seseorang, ianya merupakan satu proses yang memakan masa dan bukannya sekelip mata. Maka boleh ditunggu dan disoal siasat selepasnya di luar kawasan Gereja. Bukti juga boleh diperolehi dari mereka yang disoal siasat. Perlu juga diingatkan bahawa seperti mana maslahah boleh mengharuskan sesuatu tindakan; fitnah dan mafsadah yang lebih besar boleh mengharamkan sesuatu tindakan.

HADIAH BAGI MB

Sebagai contoh akan akhlak dan perwatakan pemuda UMNO dan golongan pencacai mereka, lihatlah pada tindakan mereka menghadiahkan tandas dan berus tandas kepada MB. Saya tidak tahu kaedah dakwah dan usul Fiqh mana yang mereka ikuti tetapi amat jelas bagi saya ianya tindakan yang hanya dilakukan oleh mereka yang kurang waras.

Satu ketika dulu kita dihidangkan dengan sebuah adegan seorang Menteri Besar menghadiahkan penyapu kepada Pegawai Daerah. Jika seorang ketua menghadiahkan penyapu kepada anak buahnya pun dilihat jelek oleh masyarakat, apatah lagi anak buah menghadiahkan tandas dan berus tandas pada ketua! Begitulah keadaan manusia yang ditarbiyyah oleh UMNO. Akhlaknya jelek dan memalukan.

Begitulah juga jika kita menyorot kembali adegan demonstrasi kepala lembu. Walaupun dinafikan UMNO terlibat, tetapi seperti kata perpatah Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina . Perangai dan akhlak yang jelek yang sama dipamirkan untuk tatapan semua. Bagi puak ini, apa sahaja tindakan boleh sahaja mereka lakukan, tiada halal dan haramnya, tiada buruk dan baiknya. Mereka anggap tiada masalah selagi mereka melaungkan retorik Islamik sedangkan tindakan mereka bercanggah dengan akhlak Islam. Mereka inginkan supaya syariat mengikut kehendak mereka dan bukan mereka mengikut kehendak syariat.

Pendek kata, UMNO masih ditahap pemikiran yang lama. Tiada perubahan. Rakyat Selangor perlu sedar akan hakikat ini dan terus menolak mereka sehingga, mungkin pada satu hari kelak mereka mampu menzahirkan akhlak dan perwatakan yang lebih baik.

MENYOKONG USAHA MEMURTADKAN ORANG ISLAM?

Sikap sambil lewa mereka terhadap persoalan membuat tuduhan yang melulu jelas terserlah apabila ada di kalangan mereka sanggup menuduh saya menyokong usaha memurtadkan orang Islam. Orang yang takut pada seksaan Allah tidak akan mengeluarkan kata-kata seperti itu dengan begitu mudah sekali. Lebih-lebih lagi apabila sejarah membuktikan sebaliknya.

Saya telah sejak dari awal bersama PAS memperjuangkan supaya Islam dimartabatkan sepenuhnya, iaitu aqeedahnya, akhlaknya dan syariatnya. Dalam mendukung perjuangan ini, saya sendiri telah ditahan bawah ISA semasa ‘Ops Lalang’ 1987 dan di antara sebab saya ditahan ialah penglibatan saya dalam program PAS yang mendedahkan masalah Kristianisasi di kalangan masyarakat Melayu. Akan tetapi penyelesaian yang dibawa PAS bukanlah untuk bertindak secara melulu tetapi untuk menangani kelemahan-kelemahan yang wujud di kalangan masyarakat Islam hasil dari kepimpinan UMNO. Masalah sepertimana yang ditonjolkan oleh beberapa penulis termasuklah Dr. Asri dalam blognya yang termasuk juga kelemahan dalam pendidikan agama, bantuan kebajikan dan lain-lain.

Mungkin ada yang tidak dapat memahami masalah yang dihadapi oleh golongan sebegini. Semasa di Kamunting saya telah ditemukan dengan Jamaluddin dan Helmi yang kedua-dua mereka adalah Melayu Kristian. Mereka menjadi Kristian di Singapura setelah mereka lari dari rumah dalam usia belasan tahun di atas sebab masalah keluarga dan di Singapura mereka mendapat bantuan dari kumpulan Kristian. Akhirnya mereka menganut agama Kristian dan Jamaluddin sendiri menjadi seorang pastor.

Semasa di Kamunting, pihak kem meminta bantuan saya untuk memberikan kaunseling kepada mereka dengan harapan dapat menarik mereka kembali ke pangkuan Islam. Jamaluddin berkeras dan enggan bertemu untuk berbincang dalam apa keadaan sekali pun. Dia menyatakan dia sudah memahami Islam, datuknya seorang alim di Patani dan dia terus menolak apa-apa usaha untuk memulakan perbincangan mengenai agamanya.

Helmi mempunyai sikap yang lebih terbuka tetapi selepas hanya satu sesi meminta supaya tidak diteruskan lagi kerana, katanya, “dalam keadaan diri saya ditahan, saya tidak mampu melayani apa-apa keraguan terhadap keyakinan keagamaan saya”. Dengan kata-kata itu, dia menolak untuk meneruskan sesi perbincangan tersebut.

Saya ditegur oleh beberapa tahanan lain yang mengingatkan saya bahawa saya seorang tahanan, itu bukan kerja saya, serahkan sahaja kepada pegawai pemulihan. Namun saya sedar bahawa pegawai pemulihan tidak diberikan latihan di dalam bidang ini sedangkan saya sudah berpengalaman berdebat dengan Evangelis Kristian di UK semasa menuntut di sana. Lagipun, saya tetap seorang pendakwah, tidak kira di mana, walaupun dalam tahanan.

Walaubagaimanapun, apa yang saya agak kesal ialah saya tidak meneruskan hubungan dengan Helmi dan mencarinya selepas dia dibebaskan untuk berdialog dengannya. Dia pernah menghubungi saya sekali selepas dibebaskan dan mencadangkan supaya kami bertemu. Namun pada ketika itu saya terlalu sibuk, tidak seperti semasa dalam tahanan dan saya tidak sempat berjumpa dengannya. Akhirnya saya dengar dia telahpun berhijrah ke Kanada.

TIDAK SERBU HANYA PERIKSA

Baru-baru ini JAIS menyatakan bahawa mereka tidak menyerbu dan menceroboh Gereja DUMC. Mereka hanya melakukan satu pemeriksaan selepas berunding dengan pihak Gereja dan menunggu selama hampir sejam. Kalau kenyataan itu benar, maka baguslah kerana sememangnya Islam menegah kita dari menceroboh masuk ke rumah ibadat agama lain. Dengan penafian ini, maka saya kira, secara tidak langsung JAIS pun bersetuju bahawa tindakan menyerbu dan menceroboh rumah ibadat perlu dielakkan. Kalau tidak ianya akan menjatuhkan imej Islam itu sendiri.

Namun apa yang perlu dilakukan sekarang oleh pihak JAIS ialah untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan menyebarkan agama lain kepada orang Islam sekiranya ada bukti bahawa ianya benar-benar berlaku. Biar perkara ini diputuskan di mahkamah, bukan di media. Apa yang dipamerkan di muka akhbar entah benar atau sebaliknya. Lebih bersifat sensasi dan bertujuan mengapi-apikan suasana. Kalau ada bukti, maka JAIS perlu terus mendakwa pihak yang melakukannya supaya dia dihukum dan usaha sedemikian dihentikan.

TUNJUK PERASAAN DI MASJID NEGERI

Saya dimaklumkan bahawa telah diadakan tunjuk perasaan di Masjid Negeri. Hairan saya, tiada polis yang datang menghalang, tiada polis, tiada FRU. Perkataan yang dikeluarkan dikatakan jelas bersifat menghasut namun ianya dibenarkan berjalan dengan begitu sahaja. Kata orang, amat mudah jika ingin tahu demonstrasi anjuran UMNO. Tiada polis, tiada FRU.

Negara kita semakin jelas bagaikan mempunyai dua sistem undang-undang. Satu untuk rakyat biasa, satu untuk UMNO/BN. Kalau untuk rakyat biasa, yang dibenarkan dan dijamin perlembagaan sekalipun boleh menjadi satu kesalahan sambil bagi UMNO/BN, yang jelas bercanggah dengan undang-undang sekalipun boleh dilakukan oleh mereka. Begitulah 'hebat'nya menjadi OKU (Orang Kuat UMNO).

Inilah di antara sebab mengapa perubahan perlu dilakukan semasa PRU ke-13 ini. Jika tidak, Negara kita akan semakin dirosakkan oleh kelompok ini. Mungkin ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi, ‘beyond repair’.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

http://www.khalidsamad.com/2011/08/sekilas-ikan-di-air.html#more

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
Anonymous
August 18, 2011 at 7:51 AM delete

Nak kenal lagi sifat pecacai2 murahan umno ialah bahasa bebal, maki, mencarut dan fitnah liar. otak2 pecacai umno ni tak lebih dari otak Urko dlm cerita rekaan "planet of the ape". AKP dan penganupas adalah contoh2 nya. Walaupun mungkin mereka ni telah ditakdirkan tidak lagi menerima hidayah dan kebenaran, namun kehadiran badut2 ni dlm ruang komen ini menceriakan suasana.

Reply
avatar
AHLI PAS KOTA RAJA.
August 18, 2011 at 8:02 AM delete

AKU TAK NAMPAK, ROH SEORANG PEJUANG ISLAM DALAM DIRI KHALID SAMAD...YANG NAMPAK HANYA ROH SEORANG POLITIKUS YANG PUNYA IMPIAN DUNIAWI...BERTAUBAT LA KHALID....ANDA TERLALU DANGKAL UNTUK MENDAKWA MENGENALI CIRI2 PENCACAI UMNO...ADAKAH PENCACAI PAS DAN PEMIMPIN PAS SENDIRI ELOK BUDI BAHASA DAN TAK PERNAH MENGHINA DAN MEMFITNAH????? ANDALAH SEBAGAI CONTOHNYA...

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 8:38 AM delete

Ahli PAS Kota Raja?? Betul ke ahli PAS ni,bro? Tlg kc No. kad ahli kt sni kalau anda berani. Supaya senang saudara Khalid S jumpa & berbincang apa yg anda timbulkan.."Roh Seorang Pejuang Islam".
Ada ker "roh" itu dlm diri ko bro? Kalaula pemimpin2 umno itu ada "Roh Keislaman"..(kalaula ada) KENAPA sudah lebih 50 tahun umno memerintah negara ini..AGAMA ISLAM masih DI REMEHKAN oleh penganut agama lain? Sila jwp wahai ahli pas kota raja..
dari Anak Sabah

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 8:46 AM delete

apa kah terlalu dangkal utk kita mengenali ciri2 pencacai umno?

ahli pas kota raja, sdr mempunyai ciri ciri tersbt. masalah pencacai umno ialah hny memaki da menfitnah tanpa sebrg hujah. dan kalau ada hujah pun dangkal dan bodoh yg berbayar. apa hujah sdr mengatakan khalid seorg politikus duniawi? satu hujah pun tak de. kalau nak caci pun biar lah dgn hujah.

“Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” Buat berita mcm dia org ada bukti org islam akan dimurtadkan. Apa komen ahli pas kota raja, kalau ada bukti tp jais tak ambil tindakan mahkamah?

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 8:54 AM delete

anon 8:38 AM

itu lah ciri ciri pencacai amno. kalau dia ahli pas dia akan letak no ahli utk menguatkan hujah dia.

saya katakan ahli pas kota raja tidak ada roh pas .. no ahli pas pun tak de...

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 9:31 AM delete

umNO = Untuk Melayu No Otak.
Apa yang kita harapkan depa bagi komen yang membina.

-wakleman

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 9:39 AM delete

Kesian Ahli Pas Kota Raja... Dia menjadi orang pertama yang kita kenali sebagai pencacai UMNO yang disebut oleh YB sdr Khalid Samad.

Reply
avatar
August 18, 2011 at 10:33 AM delete

yup,sememangnya banyak yang benar dari khalid samad ni dari salahnya


Kamera Haba Kini Digunakan Untuk Mencuri Nombor PIN ATM!

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 11:37 AM delete

Terbukti berkesan!

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 1:49 PM delete

begitu lah bak kata khalid...AHLI PAS KOTA RAJA ni kan OKU.....org kuat umnporno................hahahahhahahahahahahahahahahahhahahahahahah!!!!!!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
August 18, 2011 at 4:01 PM delete

pecacai umno no. 1 ialah dua orang munafiq, zul kulim dan zahrain bayan baru, yag telah khianati mandat rakyat.....muka tebal tak tahu malu!!

Reply
avatar
August 19, 2011 at 11:32 PM delete

Saya kata “Islam itu adil untuk semua” ...memanglah adil terutama sesama saudara seislam .... tak ada orang islam lebih islam dari saudara seislamnya . keislaman seseorang dinilai oleh allah . jangan hanya kerana konon kita pengikut parti yang mendakwa perjuang islam orang selain dari puak kita TIADA ROH ISLAM.

Saya kata “Islam hormat rumah ibadat agama lain dan ditegah mencerobohinya” ... dah JAIS cakap dah terpaksa tunggu satu jam sebelum dapat masuk kedalam gereja . kenapa khalid & geng nak fitnah JAIS ceroboh gereja macam gastapo?? khalid pun tahu dakwah agama lain terhadap orang islam ditegah dalam undang2 negara .

Saya kata “Kita ingin semua merasa selamat dan terbela bila hidup di bawah pemerintahan Islam” ....JAIS buat pemeriksaan terhadap DUMC hanya untuk menyelamatkan orang islam yang hadir dalam majlis tu dari dimurtadkan . JAIS tak tahan , JAIS tak mengancam pun orang kristian yang jadi pengajur majlis tu . IC mereka pun JAIS dan POLIS tak tahan . Jadi kenapa khalid buat statement yang mengarah kepada orang bukan islam merasa tidak selamat hanya kerana JAIS buat pemeriksaan itu. Nak JAIS pejam mata saja ker orang islam nak dimurtadkan secara terang-teranagn macam tu . perlu ingat majlis tu berserta dengan urat jemputan secara rasmi.

Saya kata “Kaedah lain boleh digunakan untuk mendapatkan bukti, ---- cakaplah khalid apa kaedah yang sesuai digunakan yang boleh terbit dari pemikiran engkau tu ?? bagilah cadangan supaya gereja di selangor tu tak lagi menawarkan skim pemberian RXZ , skim laptop , skim blueberry , skim hutang bayar yuran , bantuan rm300 dari gereja . jangan pandai cakap jer.

Saya kata “Di harapkan JAIS mendakwa mereka yang dituduh dimahkamah secara segera supaya tidak timbul fitnah dalam masyarakat” ----cuba fikir guna akal lah khalid . tindakan JAIS tu yang paling penting adalah menyelamatkan orang islam dari dimurtadkan . Fitnah apa yang timbul?? MBPJ pun boleh dakwa DUMC kerana mengubah pusat komuniti menjadi gereja. JAIS perlu ambil masa dan amat berhati hati sebelum mendakwa pihak DUMC ini . kerana sebarang kegagalan dalam perbicaraan akan menjatuhkan imej JAIS sendiri .

Tapi kenapa khalid bersungguh2 sangat dalam isu DUMC ini . Adakah kerana JAIS dibawah musuh politiknya HASSAN ALI tapi yang pasti Khalid samad dan pemimpin pakatan rakyat diselangor tak kira dari PAS atau PKR memang kebulur dengan undi orang cina kristian diselangor !!!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive