APA?? Mamak Azeez dah jadi DEWA?



Masa PRU12 dulu Azeez ni telah bertanding bagi Kerusi Parlimen Baling, cara kerjanya aku akui memang agak berkesan, beliau berjaya menjelajah hampir keseluruh Baling bagi mendekati pengundi bersama konvoi kenderaan yang orang Baling jarang lihat menurut seorang sahabat yang bertugas untuk Taib Azamuddin yang menentang Azeez masa tu..


Malangnya Azeez tewas di situ.. tewas bukan kerana beliau malas tapi tewas kerana sabotaj dari Ahli UMNO disitu yang tidak puas hati bila nama Azeez dicalonkan untuk bertanding di kawasan itu.. yang menyebabkan segelintir ahli yang teringin menjadi calon terpinggir..

Setelah tewas.. berbagai aktiviti Azeez lakukan, pendek kata apa saja kerja kebajikan yang mendapat liputan TV semua boleh dikatakan nampak muka dia, dari menyelamat anak dara orang yang dilarikan ke Lombok hingga menghantar bantuan ke Loji Nuklear Fukushima di Jepun..

Yang aku tahu misi bantuan ke Jepun ni berjalan sekerat jalan saja kerana mereka tak cukup duit untuk menyewa kenderaan untuk mengangkut bantuan tersebut, kerana kos pengangkutan dari airport ke loji tersebut mencecah RM900,000.00.. aku tak tahu apa dah jadi dengan bekalan tu..

Bagaimanapun Tahniah aku ucapkan biarpun misi itu gagal tapi niat itu baik.

Tersenyum aku membaca satu artikel dari blog Pro-UMNO hari ini.. Azeez tiba-tiba telah diangkat darjatnya.. dari seorang manusia kini menjadi dewa.. Dewa Penyelamat.. ha..ha..ha..

Tujuan Azeez itu baik, tapi lu dah angkat dia tinggi sangat Bro.. err.. lu patut tambah tangannya biar jadi tiga pasang semuanya barulah sama dengan dewa yang ada kat Kuil Hindu tu…

Petika dari sebahagian artikel..

AZEEZ RAHIM DAH JADI DEWA PENYELAMAT!!!

"Kalau kami tahu, sudah lama bantuan disalurkan kepada keluarga ini yang terpaksa merayu untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka."

Itu kata-kata yang dizahirkan oleh Azeez Rahim, Ketua Putera UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Baling.

Sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling berhadapan dengan keperitan membesarkan tiga bayi kembar perempuan mereka yang berusia tiga bulan.

Ketiga-tiga bayi tersebut dijadikan anak angkat Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Baling.

Azeez mengakui, kesusahan pasangan tersebut hanya diketahui menerusi laporan akhbar.

Artikel sepenuhnya sila baca di The Flying Kick

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
August 19, 2011 at 8:25 AM delete

Banyak duit dia buat kerja2 amal macam tu. Saya tak kisah klu nak buat kerja amal. Tapi apa pekerjaan dia? Betulkan saya sekiranya saya silap, di sini saya bagi link Ahli Lembaga Tabung Haji, adakah betul nama di dalam Ahli Lembaga itu, orang yang sama dengan Ketua Bahagian UMNO? Jika betul, apa kelebihan beliau sehingga layak untuk memegang jawatan sebagai ahli lembaga?

http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THInfoKorporat%28AhliLembagaPengarah%29.htm

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 8:39 AM delete

Dewa orang minyak...
kah...kah...kah

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 9:45 AM delete

bukan dewa orang minyak tapi dewa badak sumbu afrika terlepas masuk ke baling hahahahaha....

Reply
avatar
ipoK
August 19, 2011 at 9:50 AM delete

untuk komen yg pertama tu...
jika dibaca maklumat dalam wikipedia, namanya sebijik...
Tapi kat bahagian jawatan, x ade pulak tulis tang Tabung Haji tu...
Mungkin dlm Wikipedia tu outdated kot...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Azeez_Abdul_Rahim

Tapi jika menurut SPR, nama serupa ada ramai di Malaysia ni...
He he he....

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 1:39 PM delete

keje yg baik memang patutu di berikan sanjungan...cuma yg aku nak tanya..kalau dah menggunakan begitu banyak duit untuk program2 dalam atau luar negeri akan memberikan kesan pada si azeez ni...soal nya ..dgn umur yg masih muda...ketua bahgian umngok..dari mana sumber kewangan dia...sekira nya sumber dari hasil titik peluh rakyat atau pun dari sumber2 yg tak betul..apa makna nye keje2 amal tersebut...dan bolih mendatangkan haram pulak..adakah azeez ni berani menyatakan punca2 kewangan nya...

Reply
avatar
Anonymous
August 19, 2011 at 2:48 PM delete

biar lah dia buat kerja amal mcm ni sekurang kurang nya ada juga org yg dapat kelapangan ..

yg aku tunggu skg bila lg nak buat terjun khutub salji ???

Reply
avatar
August 20, 2011 at 12:14 AM delete

jauhnya beza azeez dengan nawar ibrahim . azeez ada jugk pegi rumah orang miskin dibaling hulur jugak beras , susu , biskut . anwar pulak sibuk buat demo kat Universiti Malaya cakap orang baling mati oleh kebulur . walhal tak ada seorang pun yang mati kebulur kat sana . dari zaman pelajar sampai jadi timbalan perdana menteri tak der pulak bantuan yang boleh dibanggakan yang nawar beri kepada baling . kan baling nilah yang menaikkan nama anwar ibrahim dalam politik . tak kenang budi langsung .

Reply
avatar
Batu Nisan (BN)
August 20, 2011 at 12:20 AM delete

Mamak berlakonlahtu siapa tak kenal mamak punde aku kenal sejarah mamak vs ular,apa kah masih ada melayu tertipu yg sangup menghambakan diri semata2 duit kari mamak...spring betul puak2 ni..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive