530,625 PATI didaftar .. tapi.. bagaimana mereka masuk ke Malaysia?

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Selain dari boleh dimanipulasi untuk dijadikan pengundi UMNO/BN timbul lagi satu persoalan disini.. bagaimana lebih dari setengah juta orang PATI boleh masuk ke Malaysia?


Apa sudah jadi dengan penguatkuasaan di sempadan darat dan lautan? jumlah tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil.

Sedangkan Singapura yang juga dekat dengan Indonesia jarang kedengaran berita sebegini..

Adakah ada unsur rasuah di sini?


530,625 PATI didaftar sejak 1 Ogos

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan.

Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran.

"Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

"Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan," katanya.

Bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan, Alwi berkata pegawai Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemantauan agar syarikat-syarikat ini mematuhi peraturan dan undang-undang.

Beliau berkata perkhidmatan sama yang diberikan syarikat pengurus turut diberikan secara percuma oleh kerajaan menerusi pejabat Imigresen di seluruh negara.

"Justeru, tidak timbul isu KDN mengeluarkan arahan bayaran tambahan selain daripada yang telah ditetapkan," katanya.

Alwi berkata sebarang aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886-8110 / 8112 beserta maklumat terperinci untuk tindakan lanjut di pihak KDN.

"Amaran akan dikeluarkan dan pemantauan akan dibuat terhadap operasi syarikat berkenaan. Jika didapati berulang, hak kebenaran untuk mereka beroperasi menerusi program ini akan dibatalkan," katanya.

- Bernama

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
August 9, 2011 at 12:38 PM delete

Boleh fahamlah kalau pendatang asing yang masuk secara haram tu dipanggil PATI, tapi sekarang nak panggil apa kat PATI yang sudah didaftarkan (diputihkan)? Mula2 dulu kita panggil Pendatang Haram tapi lepas tu jadi PATI, sekarang dah jadi PADI (pendatang asing dengan izin)? Semua ni kerajaan UMNO ni memang ada agenda tersembunyi untuk buang duit rakyat buat perkara yang ada kepentingan politik mereka. Padahal apa susah2 nak buat ni semua kalau pendatang yang dapat status PR, PATI atau PADI tu semua adalah tergolong sebagai Pendatang Haram yang kian bertambah ramai yang lama2 akan jadi ancaman untuk jadi satu gejala penjajahan. Ini semua virus lah!

Reply
avatar
OpenMinded
August 9, 2011 at 1:29 PM delete

Bilangan PATI yang berada di negara kita meningkat setiap hari, Adakah begitu mudah untuk masuk ke negara ini? Siapa perlu disalahkan? Dengan begitu banyak perutukkan setiap tahun untuk bidang keselamatan negara, apakah ini hasilnnya?
Maka sesuatu tidak betul disini.
Semua kemudahan dan bantuan hidup yang disediakan untuk rakyat Malaysia, dikecapi oleh PATI. Syabas dan Tahniah kepada orang yang bertanggungjawab.

Reply
avatar
Anonymous
August 9, 2011 at 2:10 PM delete

Parti UMNO patut d haramkan mcm Thai Rak Thai tu. Parti yg merosakkn negara & mengancam generasi seterusny. Bangun rakyat M'sia!! kuburkn parti UMNO ni sblm anda semua trkubur..

Reply
avatar
akula
August 9, 2011 at 3:55 PM delete

Salam semua,

Sekadar renungan di bulan Ramadhan untuk sama2 kita fikir2kan..



setiap individu di dunia masing2 ada agenda yg tersendiri,samada yg baik ataupun yg buruk..



terdapat 3,GODAAN,SEBAB,KENAPA DAN PUNCA terhadap semua ini selagi kita berada di dunia yang hanya sementara..


1. HARTA (iaini..duit juta-juta,cincin,gelang penuh lengan,rumah kalahkan istana agong dll)

2. Pangkat (iaitu..datok' tan sri,tun,Ketua Bahagian,Ketua kampung,JKKKKK, Abang Long ,Maklong supaya dapat bermegah2 dengannya dll)

3. Wanita (iaini..bini 2,3,4 orang..awek 10 orang,model,pelacur,berbinikan artis tersohor,bedah sana-sini kasi cantik dll)


"Ingatlah bahawa DUNIA ini hanyalah sebuah JAMBATAN dan sesungguhnya tiada sesiapa yang membina 'RUMAH' (tinggal,kumpul harta dll) di atasnya melainkan hanyalah laluan untuk ke seberang cuma.."

so,


Renung2kan lah...

Reply
avatar
Anonymous
August 9, 2011 at 8:50 PM delete

Apa maksud alwi ni "hanya PATI yang terpilih saja" yang diputihkan.Kalau mcm tu buat apa PATI tu g mendaftar kalau certain people je yg di pilih. N apa tujuan menyewakan mesin biometric pd agen (rm5000 satu)sedangkan imigresen boleh buat sendiri dgn harga yang murah.Untung apa agen dapat? Nilah dia kalau sorng ckp mcn ni, sorng lg ckp mcm tu. Last2 rakyat jugak yg tersepit!

Reply
avatar
Ex-Capt
August 10, 2011 at 7:29 PM delete

Letih..letih..letih..sudah terang lagi bersuluh..ni bagus punya kautim dari atas sampai bawah..kalau tak takan sampai setengah juta boleh lepas..ni orang..bukan tikus..hehe.tak kan radar dan segala macam teknologi pertahanan yang cangih2 tak boleh detect PATI ni..ni baik punya kautim..kalau satu orang 1 ribu..lu kira ler sendiri..

Reply
avatar
penternak_Lipan
August 11, 2011 at 1:20 AM delete

terbaik!!!!
7 pegawai imigresen yg ditahan atas jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia senang cerita PATI. yg ditahan dibawah ISA.dibebaskan sendiri oleh menteri KDN.yg sepatutnya didakwa dimahkamah secara terbuka.dari situ kita nampak.kene tahan pastu bebas.intipati penyisatan dan dakwaan punca,sebab,kesan penglibatan tu rakyat tidak menyetahuinya lsg.dan menjadi lipatan sejarah rahsia dalam kerajaan.yg best.sekoq pun tak kene tindakan tatatertib apa pun.abis tu salah siapa? kebanjiran pati dianggarkan 1000 hingga 1500 org kemasukan sehari?anggaran busuk seorg pegawai rendah imigresen boleh terima sogokan sehingga rm 60,000 sebulan di jeti penumpang pulau ketam di perlabuhan klang.perghhh..sakan.....patutnya 7 pegawai imigresen tu boleh dijatuhi hukuman mati mandatori sbb ia menyebabkan kedaulatan negara tergugat,jenanyah yg meningkat,sosial yg melampau,ekonomi yg akan menujam bila wang malaysia dibawa keluar secara haram.last2 dibebaskan tanpa ada apa2 dakwaan..wehehehehehe
teruk siutt!!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive