2 Juta PATI telah diputihkan, Najib umum PRU bila-bila masa saja..

Suratan atau kebetulan?

Beberapa hari lalu Kerajaan telah mensasarkan sekitar 2 Juta pendatang asing tak kira masuk secara sah atau tidak sah untuk didaftarkan dibawah program pemutihan yang dikenali dengan 6P.

Dan pagi ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengumumkan seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi Khamis.


Daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

Nampak mudah sangat nak menyeludup masuk ke Malaysia ni pasal senang-senang saja 1,103,977 orang PATI boleh meloloskan diri.. dia orang masuk ikut mana agaknya ya.. di sempadan ada pengawal, di lautan pun ada yang mengawal sempadan..

Setelah sasaran tercapai dan diumumkan oleh Hishamuddin.

Sebelah petangnya pula Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pula berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Najib umum PRU13 boleh diadakan bila-bila masa setelah sasaran untuk memutihkan 2 Juta PATI tercapai.. kenapa agaknya??

Berita berkaitan...

Lebih 2 Juta Pendatang Asing Sudah Mendaftar Program 6P, Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi Khamis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

Menurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.

"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perludilaksanakan.

"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera,"katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di sini, malam Khamis. Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkanprogram 6P itu.

"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidakmencecah 2 juta orang," katanya.

Hishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah jugadidahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.

"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya keranajumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.

"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.

Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.

"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing dinegara kita.

"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahiluntuk menjadi lebih besar," katanya.

Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.

Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota UMNO Bahagian Semberong. - BERNAMA


Najib: PRU-13 boleh dipanggil bila-bila, tak terikat dengan panel Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.

Najib juga mengetepikan ugutan daripada Pakatan Rakyat yang mahu memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan.

“Ini adalah tawaran ikhlas daripada kami,” kata beliau sambil menambah, pentadbirannya mahu mengadakan perbincangan dengan segenap lapisan pihak untuk mendapatkan konsensus mengenai pembaharuan yang hendak dibawa.

Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan dengan pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Terdahulu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.

Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai “penghias jendela” selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.

“Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini.

“Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar,” katanya - The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anonymous
August 19, 2011 at 11:09 PM delete

Semakin geram tengok perangai pemimpin Umno ni. Mungkin dah confirm ahli neraka kot. Itu sbb hati keras.

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 6:24 AM delete

Perlu post-mortem SPR & JPN sblm PRU d adakan utk keadiln semua parti yg brtanding. Harap dpt prkenan YDPA utk KIV dulu PRU sehingga siasatn selesai.

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 8:09 AM delete

aduh pak .. cuma 1,103,977 org pati aja yg pak.. belum lg masuk pemutihan dan jumlah nya mungkin bertambah .. yg nak masuk lagi ..

dulu bapak bilang pelabur dtg tp pergi membawa wang kita ... itu untung mrk yg mrk bawak pak ..

maksud sy begini pak..mrk terlalu ramai.. bila ramai mrk ada budaya mrk sendiri pak.. mrk mkn apa yg selama ini mrk gemar mkn pak .. sb itu kalangan mrk dtg sini berniaga jd tukang masak utk kelompok mrk .. jd yg mkn tmpt org msia pak ialah org msia aja ya.. wang yg mrk dpt pak cuma digunakan sekitar mrk pak ..

mungkin satu hari nanti mrk bukan saja ada agent jual/beli kereta tp agent insuran..

Reply
avatar
August 20, 2011 at 9:28 AM delete

Sebab KUASA dan DUIT,sggup jual Bangsa n Malaysia ni...masih x sedar silap sendiri..habislah Malaysia ni

Reply
avatar
August 20, 2011 at 10:21 AM delete

Jika hamba, hamba boikot je PRU13. Senang cite.....

Reply
avatar
Anak kg pertama
August 20, 2011 at 10:45 AM delete

Dok keja fitnah aje blog ASD...

Reply
avatar
August 20, 2011 at 11:21 AM delete

aku rasa najib akan umumkan PRU13 dalam masa terdekat ni . sebab selangor dan penang dah confirm dapat kat BN balik . yerlah di selangor rakyat dah mula sedar yang pentadbiran PKR diselangor dikuasai oleh puak puak gereja . yerlah sampai hasan ali yang nak halang murtad tu pun boleh DIDIAMKAN . di penang plak rakyat dah nampak betapa DAP tu nak pecah belahkan umat islam dengan apa carapun . Tak leh buat pilihanraya masjid , pembesar suara masjid pun DIKEBAS nya . rakyat pun gerun kalaulah PR dapat perintah malaysia , hancusss islam .

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 12:20 PM delete

@penganut pas - aku anggap ko adalah seorang islam pada nama tp tak menghayati sepenuhnya islam. aku rasa anak bini ko semua tak penah menutup aurat dan mungkin suka pakai skirt nampak paha. klu ko tak suka PR atau PAS sekali pun sila bg sedikit respek kepada tokoh2 agama tidak kira fahaman politik. aku tak rasa ko graduan al-azhar mahupun mana2 pondok agama- mungkin graduan al-kohol. so ko boleh hidup mewah di dunia hasil menyokong fitnah tp bolehkah di sana? sama2 kita renungkan..

Reply
avatar
August 20, 2011 at 1:47 PM delete

jumlah rakyat msia layak mengundi= 9 juta,jumlah pati layak mengundi, 2 juta.kalo ikut nisbah separuh org msia pegi bn,separuh ag pegi pr,dgn rasminya bn disytiharkan menang sebab baki 2juta undi tu die punya.teruskan sokong bn ag la bodo,aku da tanak dok msia ag kalo parti bodo dan penyokong2 bodo die ni tanak jd org yg cerdik!!

Cara Membuat Api Daripada Ais(Video)

Reply
avatar
August 20, 2011 at 5:17 PM delete

apa yang fitnahnya ... tak betul ker cakap aku yang sekarang ini HASSAN ALI TELAH DIDIAMKAN ???? oleh sapa kalau bukan oleh puak puak kristian . takkan lah seorang exco agama sebuah negeri tidak boleh bersuara membela tindakan sebuah jabatan dalam pentadbiran negerinya . sapa yang mendesak hassan ali DIAM kalau bukan menteri besar . dan siapa pula yang menekan menteri besar mengambil tindakan MENDIAMKAN seorang exco agama islam KALAU BUKAN PUAK PUAK GEREJA . cuba ko bagitahu bab mana yang aku ni buat fitnah ???

Reply
avatar
Anonymous
August 20, 2011 at 7:08 PM delete

weh penganut PAS yg masih duk bwh tempurung lg dan otak letak kat lutut kes org melayu murtad dah lebih 230k sejak awal thn 80an lg iaitu di zaman che det bermakna umno masih berkuasa dan la ni pun masih berkuasa dan cuba utk mengwekalkan kuasa dgn memanipulasikan PATI utk jd pengundi terjual lah nanti m'sia ni dgn kamu2 skali bila mrk dah mykad dan duit byk pulak sbb mrk rajin bekerja mrk boleh bila apa sj last2 kamu sekeluarga pun terpinggir nak salah siapa? agaknya yer pemimpin2 k'jaan dia peduli apa rakyat marhaen kuasa dah di tgn mrk...fikir2kan lah rakyat peribumi akan menyesal tak habis nanti tp apakan daya NASI DAH MENJADI BUBUR.

Reply
avatar
August 20, 2011 at 11:22 PM delete

so oleh kerana murtad ni dah berlaku dari80an lagi maknanya JAIS tak boeh ambil tindakan lah pada DUMC . walaupun pihakDUMC secara terangan dan secara bersurat hitam putih menganjurkan majlis untuk orang islam pada 3 ramadhan ???? macam tu ker cara pentadbiran pakatan rakyat diselangor yang dipengaruhi oleh puak gereja berfikir ( kecuali hassan ali ). iu PATI dapat mykad untuk jadi pengundi ini cuma nak cover line PR yang dipengaruhi gereja . sebab buktinya tak ada . dakwaan PR pasalPATI ni cuma bagi kat Sinar Harian jer untuk jawab fitnah tu .

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 3:16 PM delete

hasssan budak nakal tu keje utk sape.. utk kjaan selangor ke atau utk amnot.. jais kalau buat cara yg betul kita akan sokong..


ada tangan ghaib dlm serbuan keatas DUMC smp skg lapuran eelek.. hairan bukti yg kononnya diambil bukan jais yg simpan/tunjuk tp entah mana mana pihak pulak yg cuba jelas kan.. apa ni.. apa ni..

tindakan amnot ni mengasingkan diri dr kaum lain.. bukan semua melayu sokong bee end jika setengah pun cukup sbb kaum lain semua tak sokong bee end.. tak faham?? tu sb mtk tlg pati ... utk menapung undi melayu yg hilang..

anutpas kita jgn ckp psl DMUC je.. otak kau cuma fikir satu arah.. kita ckp psl 230,000 org laaa.. klau selesai kat selangor pun tak guna sb tmpt lain terutama negeri bee end lg teruk!!

Reply
avatar
Anonymous
August 21, 2011 at 3:28 PM delete

kjaan bee end cukup berbangga dgn seramai 2 juta pati.. dan mengaku ada beribu yg masuk tanpa sah...

PATI boleh masuk lepas walaupun ada kapal selam buat rondaan..

Hanya kjaan msia/bee end aje dlm dunia bg pendatang tanpa izin masuk dgn izin..

tak de cerdiknya buat pembersihan pati ni sb yg datang akan datang lg masuk msia..

sinar harian jwb.. pengarah spr pun terketar ketar jwb... pii lah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive