Video BERSIH Versi PDRM tak laku..

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.


Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.

Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.

"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.

"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.

Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.

"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.

"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.

"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.

Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.

"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

13 comments

comments
Anonymous
July 27, 2011 at 8:13 PM delete

haha...nak tgk gak...nak tgk polis ad bakat x wat filem...XD

Reply
avatar
July 27, 2011 at 8:17 PM delete

Kalau tak laku, kenapa Mahfudz still melalak...

Reply
avatar
July 27, 2011 at 8:27 PM delete

Video copy paste dan edit.
Golongan yang kurang ambil berat hal politik akan mudah tertipu.

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 8:47 PM delete

bodoh punya kluang man, kalau dia melalak pun pasal nak bagi tau rais/bn jgn buang duit/masa rakyat tgk benda2 bodoh macam kau tu,lain la mcm kau,bukan rakyat,sesen pun tak kluar bangang!

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 8:49 PM delete

Alahai kluangman hang p lah cari buah2an utk di makan memang bodoh hang ni dah lah bodoh bangang pulak tu..memang UNTA BAGHDAD ada otak tp taruh kat lutut sbb itu xde idea yg bernas dari pencacai umporno, byk makan najis.

Reply
avatar
July 27, 2011 at 10:54 PM delete

mahfuz omar ni adalah dari golongan profesional dalam PAS . namum sepanjang pengetahuan aku dia ni pendidikan SRP jer . sebab tu lah dia cakap bab video polis tu tak laku . tak der ker orang dalam PAS yang tahu sikit pegi ajar si mahfuz ni tengok berapa download video tu dari site PDRM ??

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:34 PM delete

guna lah strategik dato t.. mengedarkan video ini kpd ketua kg.. dan pos kan ke rumah ..

alaa kalau video dato t yg dlm jagaan polis pun boleh dibuat .. ini pulak yg mmg polis punya ..

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:38 PM delete

penganut pas.. berapa download video tu dr site pdrm??? Byk sangat ke?? tp target yg menonton nya berjuta setakat download berapa ramai sgt.. agaknya yg download tu pun anggota polis dan org yg gambar nya masuk dlm video tu ... kesian penganut pas .. syok sendiri..

dan kesan dr tygan rtm .. mengeciwakan ... rakyat tak respond ..

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:41 PM delete

penganut pas ...

gkau tahu tak mcmana ada org boleh dpt dr. tanpa belajar...

contoh amitabachan... dlm perfileman.. aziz.. dlm pesuratan ..
mrk dpt krana terlibat langsung dlm bidang msg2 dlm tempuh yg lama..

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:45 PM delete

yg melalak ia lah rais... melalak mtk tv swasta tygkan video tak laku tu ..

org yg nak kan sesautu yg melalak..
bodoh ..

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:52 PM delete

mahfuz dgn srp nya ...
hisham dng degree nya...

apa kata kita cabar kedua dua mrk berdebat ...

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 10:10 AM delete

video sampah pastu letak kat laman web PDRM? apa barang..

come onla, aku cabar letak kat youtube, lps tu kita tgk apa jd...

xkan PENGANUTPAS dah ilang anu kot...

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 11:12 AM delete

Apa tak real nya video lakunan semula low quality tu;
yg tunggang motor tu nurulijah, yg bonceng motor tu kluangman dan yg bawa kereta langar motor tu penganutpas.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive