Video : 10 ditangkap kerana menyambut Najib.

Video diakhir entry..


Malaysiakini melaporkan - Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Mentewri Datuk Seri Najib Razak.



Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki tren Express Rail Link, daripada Putrajaya menuju ke KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
July 28, 2011 at 10:20 AM delete

aku tabik apa yg diorang lakukan, tp usaha ni dah dijangka sia sia.

kalau najib tu xyah bg memorandum, lempar je pemedih gas. lps tu cakap "baru kena sikit je, muka dahi kerut mcm nak kena belasah je"...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive