Usir keluar kerajaan diktator

Aku sokong 100%.. terutama sekali ayat yang aku merahkan..

PETALING JAYA: Seorang bekas hakim tersohor menyifatkan sesebuah kerajaan yang tidak mahu mendengar pandangan dan luahan hati rakyatnya sebagai sebuah kerajaan diktator dan layak diusir keluar.

N H Chan yang menulis dalam blok http://wwwloyarburok.com/ hari ini berkata, sebuah kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dan enggan mengambil sebarang tindakan bukan sebuah kerajaan untuk rakyat.


Mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) beliau berkata, Bersih merupakan sebuah gerakan massa, tidak menyokong mana-mana parti politik dan bukan kepunyaan mana-mana parti politik.

“Bersih merupakan sebuah gerakan yang tidak mengendahkan fahaman politik. Tetapi ia menyokong sistem demokrasi iaitu sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat,” jelas beliau.

Chan berkata, apabila sesebuah kerajaan tidak memperdulikan masalah dan rungutan daripada rakyat, dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk mereka maka ia bukan kerajaan untuk rakyat.

“Dan sebuah kerajaan bukan untuk rakyat, bukan sebuah kerajaan demokratik, ia sebuah kerajaan diktator,” tegasnya.

Menurut beliau, mesej yang disampaikan Bersih, yang menjadi mesej rakyat, adalah kuat dan jelas, “kami, rakyat di negara ini, tidak mahu sebuah kerajaan diktator.”

“Oleh kerana kami tidak mahu sebuah kerajaan diktator, pada pilihan raya umum akan datang kami akan mengundi supaya kerajaan ini diusir keluar dari pentadbirannya dan digantikan dengan pakatan baru, malahan sampai ke tahap mengundi untuk pembangkang.

“Jika kerajaan baru juga gagal bertindak adil terhadap rakyat maka kita akan gantikan mereka pada pilihan raya yang seterusnya,” katanya.

Mengenai tuduhan para peserta Bersih terpengaruh dengan ideologi komunis yang cuba dihidupkan semula beliau berkata, mungkin pihak polis dan pemimpin kerajaan tidak sedar bahawa ideologi komunis sudah lama runtuh dan berkubur.

“Sistem komunis sudah runtuh bersama runtuhnya tembok Berlin dan berpecahnya negara-negara di bawah Kesatuan Soviet Rusia.

“Tidak ada lagi ancaman dari pengluasan fahaman komunis dari komunis Cina kerana negara China telah bertukar kepada sistem ekonomi kapitalis dan kini muncul sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat,” katanya.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
July 20, 2011 at 2:47 PM delete

Tanpa mereka sedari mereka sendiri bertindak seperti komunis kerana menutup pintu demokrasi terhadap rakyat.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

.

Reply
avatar
July 20, 2011 at 2:56 PM delete

Bekas hakim ni ingat, dia masih berkuasa dalam sebuah kamar kecil seperti dahulu ke?

Ini negara, jangan terpedaya dengan cuba2 tukar kerajaan kepada puak sepet dan khawarij, hancur negara, ini bukan zoo nak main sarkas.

Reply
avatar
Chee Kuan Tai
July 20, 2011 at 3:06 PM delete

kluangman....memang patut kau jadi kluang dan tak dicipta sebagai manusia...kalau jadi manusia pasti akan huru-hara masyarakat yang berakal...otak 1/2 tiang

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 5:28 PM delete

Bodoh nye kluang.. manusia klau nak menipu dia tak kira mata sepet ke.. mata besar ke.. hitam ke.. putih ke.. dah bbrp kali melayu haprak cilaka menipu aku.. sial

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 7:27 PM delete

OTAK KLUANGman MEMANG XBERAPA CERDIK......jika PR memerintah... 1.3 juta penjawat awam tidak dibehentikan...macam biasa..guru pergi sekolah.. peguam pergi makamah..polis masuk balai... Doctor di hospital...jd.. ape penyebab huru hara? yang rakyat mahu tukar...Hanya dua tiga ketul pak2 menteri yang sudah hilang arah dengan kebangkitan Rakyat.....kepada kluangman. sila bertukar menjadi manusia,,

Reply
avatar
July 20, 2011 at 7:42 PM delete

Kluangman..;sarkis...memang la, dari dulu lagi UMNO itu sarkis..tak caya tengok cerita Pendekar Bujang Lapok.."Alip Min Nun Wau..Sarkis"

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 9:34 PM delete

haha..jgn suruh kluangman tukar menjadi manusia bahaya sbb otak dia otak udang xleh berfikir dia berfikir pun mcm udang juga sbb itu dlm air dia selalu reversed ke belakang, dia tak sedar dah 53 thn umno/BN memerintah tp rakyat yg termiskin ialah rakyat melayu, bangsa lain dah maju kedepan sbb itu TV 3 masih dgn program Bersamamu la ni baru ada sikit2 di masukan bangsa2 lain kalau tak dulu bangsa melayu sj supaya tak nampak bias.

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 20, 2011 at 11:41 PM delete

KLUang man bolih nak bg idea berbeza tp biar la cerdik sikit. org lain dah sedar umno tu menipu org melayu. kau tenguk ja jawatan dlm umno,(cawangan) ja dah cukup dari s/usaha keatas semua kejar projek bukan nak tolong org kg. tempat wak ketua pemuda ledang spm g3 sebelum aktif umno despecth mbb.skg paham-paham la bila dah pakai songkok tinggi.

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2011 at 1:33 AM delete

peguam kalau bercakap... hujah...
hakim kalau bercakap .. fakta.. ini termasuk lah yg bekas peguam tu bekas hakim...

dia cuma kata tukar kpd kjaan utk rakyat.. klau yg baru gagal kita akan ganti... makna nya rakyat ada kuasa... dan sesiapa memerintah lepas ni .. jika isteri pemimpin nak beli cincin jgn ikut sesuka hati...

kluangman punya hujah balik balik si sepet lah ini lah itulah... singapura tu kira kjaan cekap dan maju berbanding kita .. ada jugak cina yg bangkang ... dan ada pulak pembangkang yg menang .. jd kita bangkang sbb kita nak pemerintah dengar keluhan rakyat...

gko gi masuk sangkar dlm zoo tu balik... pegi!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2011 at 1:57 AM delete

spesis yg mcm kluangman ini lah yg dikatakan oleh nh chan.. tak mahu dengar rintihan rakyat dan enggan mengambil sebarang tindakan .. janji yg perintah melayu keparat... bukan tak de melayu yg baik dan lebih bagus..

jd lah melayu yg cerdik... kalau nak ckp sepet memerintah ..( sepet ni sama mcm pemimpin kau skg ) melayu jd mcm ni dan mcm ni... dan lepas tu kau tenguk yg kau kata jd mcm ni dan mcm ni tu ... sebenarnya skg ni dah jadi pun ...

Reply
avatar
Anonymous
July 21, 2011 at 8:28 AM delete

Mak datuk terok Kluangman kena tibai.. tu la pasal klau nak cakap pikir dulu.. time kecik mak bapak suh belajar malas nak mampos, bile dah besor jadi pengampu tak tentu pasal..

Reply
avatar
Wasit
July 21, 2011 at 4:37 PM delete

kluang man, namapun dah tak nampak pintar.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive