10 AMK menyambut Najib di KL Sentral ditangkap..

Sebab apa?? tak pasti.. apa yang pasti ialah tujuan mereka berkumpul bukan mahu memohon Biasiswa dari Najib tapi untuk menyerahkan memorandum mendesak Najib membebaskan Tahanan Ordinan Darurat..

Beberapa orang dari mereka memakai 'T' Shirt berwarna Kuning, mereka ditangkap ketika sedang berkumpul di hadapan Mc Donald, KL Sentral.

Jika ditahan kerana berpakaian Kuning.. sejak bila Malaysia mengharamkan pakaian berwarna Kuning lagipun selepas Najib berjumpa Queen Elizabeth bukankah Pihak Polis sendiri telah megatakan berpakaian Kuning tidak menjadi kesalahan?


KUALA LUMPUR: Polis Di Raja Malaysia menahan tujuh anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di KL Sentral tanpa sebarang sebab pada kira-kira jam 2.30 petang.

Perkara itu diberitahu kepada KeadilanDaily oleh Exco AMK, Zulfikar Ali Ariffin yang kini berada di Balai Polis Jalan Travers bersama enam yang lain menunggu untuk diambil keterangan.

Turut ditahan bersama beliau adalah Zaki Yamani, Rozan Azen Mat Rasip, Sacchinathan, Fareez Kamal Intidzam, Cikgu Sekar dan Mannivanan Gowindasamy.

“Kami ditahan tanpa diberikan sebarang sebab penahanan oleh seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Tuan Edmund,” kata Zulfikar.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
July 27, 2011 at 5:46 PM delete

Dunia sudah terbalik.
Yang BERSIH di tangkap , yang KOTOR dilepaskan pula.

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 8:42 PM delete

apa nak jadi dgn m'sia ni undang2 ikut nafsu pemimpin.surat Dr Maza mungkin tak memberi kesan kpd golongan yg hati mrk dah mati hanya hukuman Allah sj yg dpt mengubah segala2 nya, InsyaAllah!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive