Transformasi Ala Najib.. 28,588 kontraktor Kelas F bakal gulung tikar

Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus ‘ikat perut’ kerana tiada projek baru untuk mereka.

Itulah yang dikatakan Transformasi sebagaimana yang diwar-warkan oleh Najib.. Asal senang jadi susah..Transformasilah tu...


Jual rumah, ikat perut tiada projek

GEORGETOWN: Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru.


Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan ‘hidup segan mati tidak mahu.’

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamad Fadzill Hassan, berkata masalah kekurangan projek amat ketara sejak dua tahun lalu dan ia makin terasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, khususnya Pulau Pinang.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kontraktor Kelas F, merayu kerajaan prihatin dengan nasib kontraktor Kelas F yang majoritinya menyokong kerajaan.

“PKMM amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing,” katanya kepada Berita Harian.

Mohamad Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus ‘ikat perut’ kerana tiada projek baru untuk mereka.

“Persatuan amat berharap agensi ditubuhkan oleh kerajaan seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) melihat masalah dihadapi kontraktor Kelas F ini,” katanya.

Beliau turut memberi contoh pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar, yang tidak dinikmati oleh kontraktor Kelas F.

Katanya, walaupun ada komitmen untuk memberi peratusan tertentu kerja bagi projek berkenaan kepada kontraktor Kelas F, ia tidak menjadi kenyataan.

Mohamad Fadzill berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan sewajarnya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai projek untuk menampung keperluan kontraktor Kelas F di seluruh negara.

Sementara itu, seorang kontraktor Kelas F mengakui nasib mereka kini amat kronik dan ada yang terpaksa berhempas-pulas meneruskan hayat operasi ketika yang lain gulung tikar.

Pemilik syarikat Ishak Mat Abu Enterprise, Ishak Mat Abu, berkata beliau sendiri dihimpit masalah itu apabila syarikatnya yang berpangkalan di Raub, Pahang, tidak menerima sebarang projek, tahun lalu.

“Tahun ini, cuma ada satu projek. Ini memberi kesan kepada kami terutama kontraktor baru dan masalah ini boleh dikatakan agak kronik,” katanya ketika dihubungi.

Bekas kontraktor kelas F, Sarizat Mohd Nor, 39, dari Seberang Prai di sini, pula terpaksa menjual kuih selepas syarikatnya ditutup kerana kekurangan projek beberapa tahun lalu.

Sarizat yang memiliki Alternative Telecomunications and Construction, menutup syarikatnya selepas kerugian akibat tidak mendapat projek kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

“Lazimnya ada kontraktor berpakat semasa sendiri menentukan jumlah harga sesebuah projek. Mereka bermain dengan harga dan pihak yang meluluskan projek hanya memilih kontraktor berkenaan.

“Ini menyebabkan kontraktor baru susah mendapat projek dan ada yang gulung tikar seperti saya. Kebanyakan kontraktor Kelas F juga tidak mampu membuat pusingan modal mereka dan pihak memberi pinjaman seperti bank pula mengenakan syarat ketat.

“Mungkin kerajaan boleh meminta bank melonggarkan syarat pinjaman dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut menghulurkan bantuan,” katanya.


Berita Harian Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
July 28, 2011 at 12:04 AM delete

Projek untuk kontraktor banyak cuma perlu perhatikan adakah ia diberikan pada yang layak secara tender terbuka atau kroni.

Koleksi Video Seks Ustazah?

11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.
,

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 12:26 AM delete

2005 hingga skg 7,000 kontraktor yg gulung tikar dan hidup segan .. yg jd tanda tanya tindakan apa yg dewan perniagaan melayu, perkasa dan pemimpin amco buat... buat apa lg ... buat bodoh la...

sepatutnya dr 28,588 org jd 30,000 org...

kontraktor bputra ni tak belajar dr kaum lain... tunjuk lah sikit sokongan kpd pakatan .. jap jap tu dpt projek.. cuba lah dulu ...

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 11:01 AM delete

kebanyakan kontraktor kelas F bergantung kepada kerja kontrak yg diberi oleh kontraktor kelas A. Yg jadi masalah sekarang islah kebanyakan kerja terutama kontrak kerajaan pusat diberi kepada kontraktor kelas A yg kemudiannya sub-con kepada syarikat bukan bumi, pernah dengar ali-baba? Ini termasuk pembekalan bahan binaan dll.
Lagi banyak project mega yg najib umum, lagi seronok puak2 kroni umno ni, lebih kaya tauke2 pembekal bukan bumi dan lagi malang buat kontraktor kecil melayu.

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 11:30 AM delete

Salam Semua.

Ujian Tuhan katakan. Dulu masa BN memerintah tak perlu 'kepakaran' mendalam untuk masa tender. Yang perlu hanyalah 'makan suap'...Mungkin Tuhan mahu 'bersih'kan mereka dari mendapat duit yang kurang elok.

Wassalam.

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 11:59 AM delete

kontraktor2 kelas F ni ada basic entrepre'neurial skill yg bagus. Walaupun dulu mungkin cara dapatkan kontrak tu salah, sifat di suapkan ini kemudiannya menjurus kpd syarikat tak berkembang, berbagai dan lemah daya saing, tapi kalau dibetulkan mereka boleh jadi usahawan yg berjaya. kementerian pembangunan usahawan (semasa pak lah) dah di mansuhkan oleh....tak lain tak bukan, najib. peranan pembangunan usahwan ni diserap kedalam agensi2 kerajaan yg lain.....menyebabkan tak ada satu badan pun yg memikul tanggungjawab khusus ini sekarang.
Seperti biasa pegawai kerajaan berkenaan ni kalau nak claim credit, anjur seminar, simposium dia cepat, tapi nak clean this shit, semua main taichi! satu lagi kebodohan najib tak pandai urus kerajaan.

Reply
avatar
July 28, 2011 at 12:40 PM delete

tak heran lah kontraktor kelas F kat Penang gulung tikar. dah memang dijangka. mau taknya yang perintah kerajaan DAP . manalah DAP ni nak beri projek terus kat kontraktor seperti yang beri biasa dibuat . tengoklah dalam kes Teoh Beng Hock . habis semua projek dibawah DUN dia disapunya . adalah barua melayu yang beri guna lesen tu ... dapatlah 10% jer . Bayangkan lah sebutharga dengan letterhead pembekal ada dalam komputer riba TEOH HOCK , yang hanya seorang pembantu kepada wakil rakyat dari parti DAP. nasib ah kau para kontraktor kat penang dan selangor , dah rakyat sana silap pilih kerajaan .

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 12:57 PM delete

penganutpas, kau komen tak sertai statistik..ini typical cara UMporNO tegak benang basah. kalau kau harap maklumat utusan meloya memanglah otak kau akan gila akhirnya. Baca petikan The Star dibawah yg takan disiarkan oleh utusan meloya. Tapi niat the star (MCA punya) ialah utk mengapi-apikan orang cina...typical BN corrupt mentality.
----------------------------------
GEORGE TOWN: Some 200 bumiputra contractors in Penang have been awarded contracts worth RM15.7mil to carry out river deepening projects in flood-prone areas in the state.

Chief Minister Lim Guan Eng said the projects were awarded randomly through e-Tender on the state government’s website

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 1:05 PM delete

orang melayu Penang membuat keputusan bijak tukar kerajaan di pru12 lalu. pru13 bakal saksikan kesemua adun umno di pencen kan terus. ada yb macam farid saad pulau betong buat apa? nak berpidato pun tak pandai, puas minta nasihat, refer nota, amat membosankan...yb macam ni baik dok kat rumah jadi suri rumah lebih bagus.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive