Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil?

Kata Puad Zarkashi Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Bagi aku lebih baik dilabelkan sebagai jahil dari dikatakan bijak tapi dalam masa yang sama sedang melangkah masuk kedalam perangkap UMNO/BN..


Selain dari boleh dimanipulasi (lihat video di SINI)sistem Biometrik yang dicadangkan itu juga merupakan satu lagi peluang perniagaan yang bakal melahirkan beberapa orang lagi jutawan Melayu.. maksud aku Jutawan Melayu dari kalangan pemimpin UMNO atau kroninya lah.. pencacai, korang salak sajalah..


Tolak biometrik bukti Pas semakin jahil?

KUALA LUMPUR 26 Julai - Tindakan Jawatankuasa Pas Pusat menolak mentah-mentah cadangan penggunaan biometrik pada pilihan raya umum akan datang, tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan bukti bahawa parti itu kini diterajui pemimpin juhala' (jahil).

Pada masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, kegagalan pimpinan Pas bersikap terbuka dalam isu berkenaan juga membuktikan parti itu tidak ikhlas mencari jalan penyelesaian ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya, sebaliknya lebih gemar untuk bermain dengan isu.

"Sepatutnya dengar dulu penjelasan SPR mengenai kebaikan sistem biometrik berbanding dakwat kekal. Kalau Pas ikhlas mahu penambahbaikan sistem pilihan raya, kenapa mereka tidak mengambil sikap terbuka? Sokong atau sekurang-kurangnya dengar dulu, bukannya tolak mentah-mentah.

"Pada saya orang seperti Mohamad Sabu, (Datuk) Husam Musa, (Datuk) Mahfuz Omar patut lebih rasional dan terbuka kerana mereka ini dikatakan golongan profesional, terpelajar. Jangan mempolitikkan perkara ini sepanjang masa, sehingga orang ramai kata Pas kini telah berubah dari ulama kepada juhala'.

"Sepatutnya mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin masa hadapan Pas ini mencontohi keterbukaan (Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu biometrik. Sekurang-kurangnya beliau sudi menerima penjelasan dan penerangan daripada SPR terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai Mohamad Sabu, menolak cadangan SPR berhubung perkara tersebut, tidak sampai 24 jam selepas Mursyidul Am parti itu membuat kenyataan menyokong langkah penggunaan biometrik.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 27, 2011 at 3:04 PM delete

Jika menyukat suhu kita gunakan termometer sebab ia telah diterima dan diakui ramai pihak.

Jika menyukat panjang kita gunakan pembaris sebab ia telah diterima dan diakui ramai pihak.

Jika menyukat berat kita gunakan penimbang sebab ia telah diterima dan diakui ramai pihak.

Jadi kenapa dakwat kekal tidak dapat digunakan sedangkan ia telah diterima ramai?

Orang tak pernah guna pengimbas untuk piliharaya. Pengimbas cuma digunakan untuk aspek keselamatan tapi tidak diterima dan diakui ramai.

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 27, 2011 at 5:47 PM delete

Biometrik hanya pengesahan org BG NAJIB satu misalan bodoh najib g pekan buat pengesahan thumprint ok, bolih undi, pas tu dia balik kl buat lagi thumprint mrsti najib juga bolih undi dua kali undi. Puad pun dah jd bodoh tak paham bahasa guna dakwat utk mengelakan 2-3 kali mengundi.

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 7:53 PM delete

Biometrik diguna untuk menipu

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 9:45 PM delete

jahil puki mak hang....nak menipu berterus terang je

Reply
avatar
July 27, 2011 at 11:03 PM delete

kalau berdasarkan komen-komen yang ada kat sini memang betul lah kata puad tu .

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 7:55 AM delete

penganutpas,
kenapa bodoh2 sgt penyokong2 UMporNO ni??
Puad tu salah bangang oooi. pemimpin pas lebih bijak bila mengatakan yg biometrik ni hanya utk sahkan pengenalan diri (itu pun boleh dimanupulasi) tapi tak boleh menghalang dari mengundi berulang kali..ini yg dinamakan klon.
Contoh, penganutpas bin syaitan, IC 666666, pi mengundi di gombak lulus biometrik, dah selesai undi BN, pi pula pucong undi BN lagi, pun lulus biometrik.
Kalau dakwat kekal, orang akan tahu yg dia dah pun mengundi.
Ada faham!!!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 10:28 AM delete

Biometrik tidak akan menipu, dakwat pun tidak menipu. ia dia kendalikan oleh manusia . Kalau jujur, betul lah ia. Kalau ia terang terang kata minta sefahaman, tolong saya, saya tolong balik, sudah satu percobaan menipu tu, kalau kat SPR dia Kata begitu, sistem dari langit pun boleh dia tipu.
Kalau otak dah singet, singet lah ia sampai kiamat.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive