Teoh Beng Hock Bunuh Diri?

Ini berita yang dipetik dari TV3 pada 05/01/2011 lalu

Lebih setahun mendengar keterangan 37 saksi termasuk 12 pakar.

Namun kerana tiada bukti kukuh, Mahkamah Koroner memutuskan satu keputusan terbuka bagi kematian Teoh Beng Hock.

Koroner, Azmil Muntapha Abas menjelaskan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri ataupun dibunuh, selain menolak pembabitan pihak ketiga.


Koroner Azmil menjelaskan ada beberapa sebab mengapa keputusan itu dibuat.

Beliau berkata keterangan pakar hanya menyatakan nota bunuh diri ditulis Teoh, namun tidak membuktikan tahap kewarasannya sebelum ditemui mati.

Keterangan ahli keluarga mendiang sebaliknya, menolak kemungkinan Teoh membunuh diri.

Bagi pembabitan pihak ketiga pula, ia kurang kukuh kerana keterangan tidak mempunyai sebarang nilai sebagai bukti.

Sekadar hanya 'mengagak-agak' mangsa jatuh dari bangunan.

Teoh, 30 tahun ditemui mati 16 Julai 2009 di tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi kenyataan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Inkues yang didengar sejak 29 Julai 2009 diadakan kerana kematian Teoh menimbulkan persoalan.

Mendiang mati beberapa jam selepas disoal siasat SPRM berhubung dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Teoh Lee Lan / Adik Mendiang Teoh Beng Hock: "Kami sangat tak puas hati dengan keputusan hari ini. 'Open verdict', adakah ini jawapan yang kita nak?! Kami mahu minta keputusan. Siasat bagaimana inkues dijalankan."

Gobind Singh Deo / Peguam Pemerhati: "Saya rasa mereka perlu membuat siasatan lanjutan mengenai kes ini."

Prosiding inkues dikendalikan peguam dilantik kerajaan, Tan Hock Chuan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas.

Sementara SPRM diwakili Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Datuk Abdul Razak Musa.

Karpal Singh dan Gobind Singh Deo hadir sebagai peguam pemerhati mewakili keluarga Beng Hock.


Hari ini pula....

Suruhanjaya Dapati Teoh Beng Hock Bunuh Diri

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutua, Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu - UMNO Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
July 22, 2011 at 1:57 AM delete

tulah dulu bising nak tubuh suruhanjaya siasat kematian cina beng hock ni . bila mahkamah koroner buat open judgement , masih tak puas hati . bila laporan suruhajaya keluar , masih tak puas hati . nak jugak cakap beng hock tu mati disebabkan SPRM . sebabnya nak salahkan SPRM . nak salahkan kerajaan . Nak suruh rakyat rasa benci dengan kerajaan. rupa-rupanya semuanya helah DAP bagi mengalih perhatian terhadap salahlaku beng hock dan adun dap yang bolot peruntukan DUN . guna nama projek kelas F plak tu nak bolot duit peruntukan . hebatnya DAP ni sampai semua jadi kuda tunggangan . PKR PAS semua dikerah untuk alih perhatian . kuda tunggangan yang paling popular sekali ialah nizar jamaluddin . siap pasang lilin lagi TAFAKUR DEPAN MAYAT TEOH BENG HOCK . Tak sesat ker perbuatan pemimpin tertinggi Parti Islam SeMalaysia ni ???

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 9:13 AM delete

kesian sprm, sanggup berkorban maruah demi pertahankan pemimpin corrupt umno yg sekarang ni sedang bersenang-lenang bersama keluarga di London dan Rome.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 9:21 AM delete

pecacai umno yg nama "penganut pas" yg merupakan penyembah UMporNO.
baca lapuran tu sampai habis, TBH dikatakan bunuh diri (masih boleh dipertikai) disebabkan penyiksaan mental yg terlampau yg menjurus beliau ambil tindakan itu. Kalau di lihat dari sudut jenayah, 3 pegawai sprm yg soal-siasat TBH seolah2 memaksa dia bunuh diri....ini sudah jadi homoside.
----------------------------------
— A senior Selangor anti-graft officer launched a full-scale fund abuse investigation solely on an informant’s “mere belief” and without supporting facts, the royal panel reviewing the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) procedures said.
- KUALA LUMPUR, July 21 — A royal commission said Teoh Beng Hock was broken by three senior graft investigators it referred to as “Arman the bully, Ashraf the abuser and HH the arrogant leader.”
It also concluded that most MACC officers in its Selangor office were prone to lying.

Reply
avatar
July 22, 2011 at 3:55 PM delete

uhhhh penyiksaan mental melampau ?? dia kena soal siasat teruk . masa soal siasat pun panjang. itu dinamakan penyiksaan mental. lepas mental tersiksa lantas terjun bangunan .kemudian pihak yang menyoalsiasat tu disalahkan kerana homoside??? ooooo macamtu judgement penyokong teoh beng hock . aku plak tak rasa tu penyiksaan mental . aku kata tu keras kepala sebab nak sembunyikan bukti. beng hock pmbantu DUN dap . satu parti yang selama ni claim telus , amanah , tak rasuah . beri jerlah bukti yang sprm nak. dah bersih sangat .

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 4:24 PM delete

mana kenyataan saksi peg sprm yg mengatakan beng hock sedia utk balik tp tertidur di sofa ...

dahsyat sungguh cara soal saksi... sampai pakai penyiksaan mental... belum lagi soal yg di tuduh ...

kalau lah yg dituduh atau yg disoal itu degil.. g lah mahkamah ... yg mengaku penganut pas tu tak tahu ke cara yg di jamin oleh undang undang .. ingat semua kes yg dibawa ke mahkamah semasa beng hock ini telah didapati tak bersalah...

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 10:54 AM delete

macam mana kes Sosilawati???ada dap ,pas n pkr amik port???CAKAP R!!!!

Reply
avatar
penternak_lipan
July 26, 2011 at 2:19 AM delete

penganutpas
awat hang bodo...lain kali baca autasan hang tu bagi abis.ni petikan2 yang aku amik.dari autasan hang tu mengenai kes beng hock.

akibat dari penyiasatan dgn memberi tekanan yg melampau (menyiksa mental) dan soal siat ketika siasatan.3 peg. penyisat waktu tu.di gantung tugas sementara menunggu untuk hasil siasatan dari pihak atasan bahagiant tatatertib.
jadi mmg ada kesalahan penggunaan kuasa dalam penyiasat la ngok oi.tunggu aja la 3 puak SPRM tu akan dihukum nanti.
lupa nak bagitau hang bab rasa2 ni...tak pakai dalam sini.tambah lagi mengikut rasa hang tu..kalau nak rasa..pi jilat bontot pandykutty lagi bagus..nanti bagitau kat aku rasa sedap ke tak?

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive