Takburnya Shabery Chick ni...

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Datuk Ahmad Shabery Cheek mendakwa Pakatan Rakyat mengeksploitasi perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini sebagai alasan untuk menjustifikasikan kemungkinan kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13.

Menteri Belia dan Sukan ini menekankan siri kekalahan pembangkang dalam pilihan raya kecil, antaranya di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau sejak pertengahan 2009.


“Itu sebabnya mereka menggunakan Bersih untuk mempertikaikan pengadil tentang kemungkinan kekalahan mereka,” kata Shabery ketika berucap membuka perhimpunan agung tahunan ke-12 Kelab Umno Luar Negara hari ini.

“Mereka akan kata sistem (pilihan raya) ada cacat (dan) penggadil (iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya) pula tidak betul,” kata beliau.

Dalam tulisan yang muncul di Mingguan Malaysia ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terus menyerang kepimpinan Bersih 2.0 dengan mendakwa mereka didalangi parti politik dan “tidak benar-benar ikhlas.”

“Saya sebenarnya tidak pasti adakah penganjur perhimpunan haram Bersih benar-benar ikhlas atau mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu,” kata Aziz.

Aziz juga mendakwa beliau berpandangan sedemikian kerana dalam perjumpaan pertamanya dengan Bersih 2.0 akhir tahun lalu, pihaknya memaklumkan bahawa ia adalah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan parti politik.

Bersih 2.0 dianggotai oleh sebanyak 62 NGO dan mengemukakan tuntutan lapan perkara dalam membawa pembaharuan sistem pilihan raya.

“Penganjur Bersih mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur Bersih sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang,” kata beliau.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga berulang kali menekankan bahawa pihaknya telah mengundang kesemua parti politik - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menyertai usaha mereka menuntut pembaharuan pilihan raya, tetapi ia hanya disambut oleh komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, BN dan pihak-pihak yang pro-BN mendakwa Bersih 2.0 bersekongkol dengan komponen Pakatan Rakyat.

Shabery melahirkan pandangan yang seiring dengan kenyataan Aziz apabila ditanya mengapa beliau menganggap perhimpunan anjuran Bersih 2.0, gabungan pertubuhan bukan kerajaan pada 9 Julai lalu, sebagai gimik politik.

“Hadi pergi. (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu telah pergi. Anwar Ibrahim pergi. Ini antara mereka yang telah pergi. Pakatan Rakyat menggunakan Datuk Ambiga dan Ambiga menggunakan Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita kemudian.

Apabila ditanya Bersih 2.0 juga ada mengundang Barisan Nasional (BN) agar sertai bersama, ahli Majlis Tertinggi Umno ini menjawab: “Mengapa anda mahu berarak?”

“Kami tidak mahu mencapai kemenangan menerusi kaedah yang dipertikaikan. Legitimasi adalah penting.

“Orang tidak akan berunding dengan kita jika kita berkuasa menggunakan penipuan,” kata beliau.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kemaman ini mengakui bahawa ada kelemahan dalam sistem pilihan raya semasa, antaranya pengundi di luar negara tidak boleh mengundi.

“Umumnya, sistem kita masih merupakan sistem yang memberikan legitimasi kepada mereka yang menang,” kata Shabery.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

15 comments

comments
bunbinban
July 17, 2011 at 10:18 PM delete

hahaha...justifikasi ek sabeery. Kalau berani, tunaikan tuntutan BERSIH. pesal pe takut? Tuntutan BERSIH bkn utk PR tapi utk semua pihak termasuk BN. Lu arrrr org kg lu boleh kelentong la sabeery. Pencacai umno lu boleh makan la. Diri lu, lu boleh tipu la. Org cerdik tak main la menteri buih mcm lu.

Reply
avatar
Anti Mulut Berbuih
July 17, 2011 at 10:18 PM delete

MAsih lagi menegakkan benang yang basah...agak terserlah kebodohan sabery ni.....

Reply
avatar
Anonymous
July 17, 2011 at 11:07 PM delete

bukan senang nak jadi menteri , alang-alang bodek biarlah sampai berbuih mulut.

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 12:04 AM delete

aai!..nak tergelak aku, nama elok jadi Shabeery...menteri buih lagi!..hahaha

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 12:35 AM delete

apalah elok2 tgh syok makan cekelat ni..terus meloya bila teringat menteri buih nih...loya...loya nak muntah...geli...buih..lari!lari!

Reply
avatar
Bombo
July 18, 2011 at 12:35 AM delete

shabery buih dah tak ada modal utk bodek habis bung najis,cakap jgn sebarang cakap nanti makan diri,berbuih tekak,apakahjadah bodo sangat menteri ni logik ke,kalau berani panggil bung najis bubar parlimen,shabery tak payah pusing cerita kami bukan pembodek jalanan yg senang luu kelentong,baik luu buka parlimen kedai kopi....

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 18, 2011 at 1:13 AM delete

MAT BUIH ni nak ambil kesempatan skg abang bona laki bini teruk kena luar dalam jd mat buih kalu senyap ja nanti jenuh nak tepis bila najib sembur. Komen mat buih ni klise jgn tak tunjuk dia pun bodoh.

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 7:30 AM delete

pemimpin UMporNO angkuh, keyakinan yg bakal membawa rebah!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 8:43 AM delete

Mat bibir tebal mulut luas...nampak kotor sgt kalau malaun ni bercakap...

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 9:01 AM delete

Woi pengerusi SPR a.k.a kerusi SPR 'Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'... SPR lagi teruk bukan aje tak adil malah SPR sebenarnye ialah sayap parti UMNgOk..

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 9:17 AM delete

KAHKAHKAH TGK MULUT LA BENGKOK SEMACAM JE

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 9:30 AM delete

menteri UMporNO ni tunjuk garang hanya pada lensa TV 3suku dan mikrofon utusan meloya saja. ajak berdebat berbuih mulut.
UMporNO paling takut sekali ialah tuntutan no. 4 BERSIH iaitu "Akses media bebas dan adil", terutama Ahmad Shebery ni, pasal dia takut berulang lagi penyakit mulut berbuih dia.

Reply
avatar
July 18, 2011 at 10:24 AM delete

si shabibir roti canai basi da bersuara.ko kalah ngan dsai tak malu plak??tu ape nye nama nak bagi tu??

1.Bangunan Pelik Dari Victor Enrich
2.Lampu Letupan Nuklear
3.Rumah Gelongsor

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 10:58 AM delete

Woi..woi..woi. kesian kat mangkuk ni hampa dok kutuk habih!!! hahaha.. mulut hampa pun berbuih2 dok kutuk kat dia.. makin bodoh dia ni.. apa-apa pun memang patut pun!!

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 3:06 PM delete

lebih baik jwb mcm ni -

sebenarnya kalau kita buat praya yg adil dgn memenuhi permintaaan bersih maka pakatan akan tewas teruk... ini bermakna 5 negeri yg ditawan pakatan adalah kerana praya yg tidak bersih.. .. saya pun tak tahu kenapa kita tidak buat praya yg bersih sdgkan dlm masa yg sama amco/bn ingin sgt menang di semua negeri...'

aku baca sendiri pun aku confuse..
tp mmg tu pun tujuan kenyataan di atas.. lebih cerdik dr kenyataan ahmad sebari ..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive