SPR akan batal penggunaan Sistem Biometrik?

Sasarannya ialah 2 Juta PATI yang mahu dibersihkan oleh UMNO/BN.. kesemua mereka akan didaftarkan melalui Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.. tapi malangnya hingga sekarang hanya 390,404 yang mendaftarkan diri..

Ketika 1.75 juta pekerja asing mahu diputihkan dengan mendaftarkan mereka menggunakan sistem Biometrik.. SPR juga bersungguh-sungguh mahu menggunakan sistem tersebut..


Adakah ianya kebetulan atau telah dirancang? Adakah korang yakin tidak ada satu pun data PATI itu akan diserap kedalam pengkalan data milik SPR?

Biometrik: 1.3 juta belum daftar

PUTRAJAYA 26 Julai – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.

Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan ‘keistimewaan’ kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam program berkenaan.

“Saya sedang mempertimbangkan bila masa program pemutihan nanti, kita beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja asing kepada majikan yang mendaftar awal.

“Lagi lambat (majikan mendaftar), lagi susah dia nak dapat pekerja asing. Jangan salahkan saya kerana bila kita suruh mereka buat (daftar), mereka liat nak pergi tetapi bila nak pekerja asing, macam-macam alasan diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi pendaftaran pekerja asing sah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, program yang dilaksanakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk berseronok atau menyusahkan orang ramai sebaliknya, ia mempunyai agenda yang lebih besar terutamanya dalam menjamin keselamatan negara.

Katanya, program transformasi besar-besaran Jabatan Imigresen itu juga dapat menangani pelbagai masalah dan cabaran, antaranya mengatasi situasi kemungkinan pekerja sah lari meninggalkan majikan asal untuk menyertai Program Pemutihan, membendung isu pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga dapat mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini, yang kemudiannya akan disalurkan ke sektor-sektor tertentu mengikut jumlah keperluan mereka.

“Bagi pekerja asing yang masih mempunyai permit yang sah dan lari daripada majikan, kita akan senaraihitamkan mereka dan tidak akan dibenarkan menyertai Proram Pemutihan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap program yang dilaksanakan kerajaan itu untuk mengaut keuntungan kerana ia boleh menjejaskan nama negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun jumlah yang mendaftar masih kurang, beliau percaya angka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi kerana mengikut rekod Jabatan Imigresen, terdapat 1.75 juta pekerja asing sah yang bekerja di negara ini.

Katanya, setakat ini beliau berpuas hati dengan operasi pendaftaran itu di kesemua 37 pejabat imigresen seluruh negara kerana purata tempoh yang diambil bagi mendaftar seseorang pekerja asing hanya mengambil masa dua minit sahaja.

“Secara umumnya saya berpuas hati dengan operasi pelaksanaan pendaftaran yang dilaksanakan di semua pejabat Imigresen seluruh negara khususnya komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap petugas Jabatan Imigresen yang sanggup bekerja sehingga lewat malam termasuk beroperasi 24 jam,” katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 27, 2011 at 2:28 PM delete

kenapa tiba2 kerajaan nak buat pemutihan? sepatutnya benda ni berterusan. Guna biometrik pulak, ada kena mengena dengan SPR ke? Banyak sgt persoalan perlu dijawab dan kita semua maklum kelemahan sistem ini..guna dakwat kekal kan lebih murah tp bak kata pepatah
'mesti ada cincin 24juta disebalik sanggol Rosmah yang tebal'

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 2:34 PM delete

buat report polis la kalau tak puas hati,,,tubuh suruhanjaya la.....

hangpa pr ...bagi hangpa bn semua tak kena...

nanti kalau hangpa perintah orang mati pun boleh mengundi,,bukan takat pati....


next election boleh hangpa menang majoriti macam la ni umno dan spr tengah buat...ooopss

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 2:59 PM delete

Seandainya BN menang di dalam keadaan rakyat tidak mempercayai ketelusan SPR... susah tuan. Jika BN menang pun tak guna... kecenderungan rakyat menuntut ditumbangkan kerajaan secara tidak demokratik akan berlaku... malah rakyat tidak akan peduli kehilangan nyawa walau darurat diisytiharkan kerana kamu mempermainkan hak mereka.

Jadi SPR, anda penentu kepada berlaku atau tidak berlakunya perkara sedemikian. Jadi wujudkan piliharaya yang membolehkan rakyat tidak berasa sangsi akan kebenaran kamu. Sebenarnya client SPR sekarang bukan parti-parti politik kerajaan mahupun pembangkang tetapi RAKYAT. Jadi berikan perkhidmatan kepada RAKYAT dengan sewajarnya.

Jadi berlaku adil dan telus.

Reply
avatar
Xnakletaknama
July 27, 2011 at 3:29 PM delete

hahaha...
finally kuar jgk artikel mcm ni...
knpe KDN nk biometrik kn pati2 nih....
hahaha...apa2 pun ini cuma andaian...yg mgarang patut mgetahui apa yg berlaku dan patut tahu akibat nye....ingt lah kita2 org bawahan yg buat keje tuh....dah tau salah jgn dbuat...**kompem org2 IT yg kena buat keje2 database biometrix nih**
cari rezeki biar suci beb :D

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 5:53 PM delete

PATI merupakan senjata utama BN dlm PRU13 nnt.
aku berani kerat jari kalau SPR sanggup batalkan sistem biometrik seterusnya menggunakan dakwat kekal dlm pilihanraya akan datang.

alasan najib : sistem ini canggih, negara maju pun x pernah buat lg.
walhal negara maju sudah tahu cacat cela sistem ini....

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 6:04 PM delete

2.34pm ,yang bahlu diam lah.

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 9:47 PM delete

meluat tengok gambar mat tuak ni.....

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive