Sistem Biometrik SPR kebal dari manipulasi?

Laporan Berita Harian memetik Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mod Said berkata sistem biometrik jabatannya, yang akan digunakan oleh SPR, untuk pengesahan pengundi kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.

Apa yang dimaksudkan dengan kebal tu entahlah.. cuba korang tengok video diakhir entry, betapa mudahnya pintu bilik kebal yang menggunakan sistem biometrik dibuka.. dibuka hanya dengan menggunakan imej cap jari yang diphotostat..


baca berita ini dulu..

Pakatan kekal pendirian tolak SPR guna biometrik

SHAH ALAM, 25 Julai — Pakatan Rakyat terus dengan pendiriannya menolak sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan masih mahu kerajaan menggunakan dakwat kekal.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.

“Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.

Salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini ialah menggunakan dakwat kekal, yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, laporan Sinar Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya masih melakukan kajian secara terperinci mengenai sistem biometrik.

Kata beliau, segala aspek berkaitan mengenai keupayaan, aplikasi, teknikal, kesan dan kosnya masih di peringkat kajian.

“Kita bekerjasama dengan pakar yang terlibat bagi memastikan keupayaan sistem ini berkesan apabila dilaksanakan kelak.

“Sistem biometrik yang digunakan imigresen berlainan dengan SPR kerana penggunaan kami adalah untuk pilihan raya,” kata beliau lagi.

Wan Ahmad berkata, sistem tersebut telah dikaji sejak 2010 oleh pakar yang dilantik bagi memastikan keupayaan dan tempoh yang dapat digunakan.

Akhbar yang sama memetik Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, sistem biometrik mampu membuktikan pilihan raya negara ini telus dan adil.

Seiring dengan pendapat Dr Wan Azizah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata sistem biometrik lebih berisiko untuk dimanipulasi pihak berkepentingan walaupun ia boleh melakukan proses pengesahan pengundi secara elektronik.

Katanya, perkara ini lebih ketara memandangkan pemberian kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa kebelakangan ini.

Laporan Berita Harian memetik Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Jariah Mod Said berkata sistem biometrik jabatannya, yang akan digunakan oleh SPR, untuk pengesahan pengundi kebal daripada manipulasi dan tidak boleh ditembusi oleh pihak berkepentingan untuk menipu ketika pilihan raya.- The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
July 25, 2011 at 11:59 AM delete

mula2 srh foreigner wajib buat biometrik...pastu tetiba SPR plak nk buat biometrik....aikkkk kebetulan ka?

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 12:18 PM delete

sistem biometrik hanyalah untuk tujuan kenal pasti diri seseorang. kalau orang tu dah dikenal pasti, apakah pula sistem utk menghalang dia dari mengundi lebih dari sekali? Proposal spr ni tak selesaikan masalah.
spr sebagai badan bebas sepatutnya memangil dan facilitate mesyuarat yg dihadiri oleh kesemua parti politik dinegara ini bagi mendengar semua pendapat terhadap proposal dia.
Malang nya skrg ini spr hanya propose kat umno, minta duit dari umno kemudian implement. Macam mana orang tak kata spr ni perkakas umno! tak reti buat kerja ke pengurusi spr ni??? bodoh betul

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 12:21 PM delete

anon 11:59am,
Bukan you sorang aje yg rasa kebetulan, malah 1 Malaysia rasa kebetulan ni cekup pelik sekarang.
Tak akan pelik lah nanti seandainya bila pru13, kita nampak mat bangla, indon, myanmar pi pangkah. Pemimpin umno ni jahat sungguh!

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 12:50 PM delete

Biometrik tak selesaikn masalah. Ini semua cadangn APCO. Kenapa takut sngat guna dakwat kekal?? Kn adil pd semua parti yg bertanding. Klu SPR brdolak-dalih, confirm suruhanjaya ini d bawah jajahan UMNO.

Reply
avatar
July 25, 2011 at 1:00 PM delete

Jika sistem kebal , bagaimana dengan ketelusan pihak yang menguruskan sistem? Sekebal mana pun sistem jika ia dijaga oleh pihak yang menjadi kuda tungangan pihak tertentu ia tetap boleh dimanipulasikan. SPR sepatutnya bukan melaksanakan sistem biometri tetapi membaiki dulu pendaftaran pengundi dan melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

11 Tip Untuk Pemimpin Zalim Terus Memerintah.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 8:34 PM delete

last last ... kita dapati beberapa kelemahan pada biometrik yg perlu diberi perhatian. oleh itu pengunaan nya akan ditagguh dan praya 13 akan menguna cara yg lama ..

rupa rupanya nak kan duit je ...

Reply
avatar
July 27, 2011 at 7:26 PM delete

Cuba PR buat satu sistem undian, kemudian laksanakan dalam pemilihan pemimpin mereka. Kalau berjaya, tentu rakyat makin ramai sokong PR. Ini zaman praktikal bukan zaman berteori.

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 8:27 AM delete

beratus laman web gov pun boleh kena godam.... inikan 1 web je.... dan masalah lain system tang hang ke bila 1 malaysia semua guna... eg masa nak submit cukai tahunan sistem hang.... nak masuk markah peperiksaan di lawan web KPM 2000 orang guna dah hang.... he canggih tul.... boleh ke pru hang pada hari tu....???

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive