Sistem Biometrik kan Mahal.. jadi komisyennya pun tinggi.. Dakwat Kekal?

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan mempertikaikan tindakan kerajaanyang bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

“Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.” Katanya.

Jawapannya adalah mudah.. selain dari boleh dimanipulasi oleh mereka, perlaksanaan Sistem Biometrik memerlukan belanja yang tinggi untuk menyediakan system sokongan oleh itu komisyen yang diperolehi oleh mereka juga adalah tinggi.


Berbeza dengan penggunaan dakwat kekal yang murah dan mudah, kelihatan ketinggalan zaman tapi ruang untuk menipu dengan mengundi dua atau tiga kali adalah tiada.. kecuali potong jari..

Sedikit tentang dakwat kekal.. dakwat kekal ialah dakwat yang yang digunakan sebagai tanda pada jari setelah seseorang itu mengundi, ianya kekal dalam jangkamasa 24 jam.. aku terangkan pasal ada pencacai UMNO yang berkata.. sekarangkan kita dah guna dakwat kekal.. jadi mahu dakwat kekal yang macam mana lagi?

Buat pencacai yang bangang tu.. itu dakwat untuk menulis.. yang diminta ialah penggunaan dakwat sebagai tanda sudah mengundi..


IDEAS : Kenapa Hendak Membazir Kalau Boleh Guna Dakwat Kekal?

SHAH ALAM 24 JULAI : Jika ada yang lebih mudah dan murah mengapa perlu memperuntukkan kos yang tinggi walaupun kesannya boleh dipertikai.

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan ekoran tindakan kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tujuan mewujudkan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini.

" Ada cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan masalah tetapi kita pula mencari jalan yang rumit dan amat mahal.

" Saya pun tidak faham kenapa bila kita ada yang lebih murah dan lebuh mudah iaitu pakai dakwat kekal, yang jauh lebih murah daripada biometrik, kita hendak guna teknologi yang harganya berkali ganda dan kesannya masih boleh dipertikaikan,"katanya kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai sistem biometrik yang mungkin dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13.

Namun seperti mahu menyindir tuntutan rakyat dan gagasan pembangkang yang mendokong perjuangan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini, Najib mendakwa Malaysia terpaksa mendahului negara maju dalam menyediakan sistem ini untuk kepuasan rakyat.

"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik(menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih)walaupun negara-negara maju pun tak buat," Najib dipetik sebagai berkata.

Malah Najib juga mendakwa bahawa Pakatan Rakyat sengaja membangkitkan isu pilihan raya yang bersih di negara ini ekoran kekalahan parti itu dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini di tangan kerajaan.

"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya lagi.

Hakikatnya menurut Wan Saiful, tuntutan untuk sebuah pilihan raya yang adil bukanlah satu perkara baru. Malah ia adalah tuntutan tidak berkesudahan rakyat yang terus dinafikan sehingga ke hari ini.

" Saya rasa ada manfaat jelas kepada kerajaan kalau mereka mendakwa isu ini baru ditimbulkan supaya kita terlupa bahawa isu ini telah lama ditimbulkan pada awal 90-an dan mungkin awal daripada itu. Malah ketika Umno dibubarkan dulu pun, ia berpunca daripada sistem pengundian,"tegas Wan Saiful.

" Tapi saya boleh faham sekiranya saya berada di dalam kasut ahli-ahli politik di sebelah pemerintah sekarang, pasti yang saya hendak buat ialah mendakwa ini perkara yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Saya akan kata pembangkang cuba mengeksploitasi perkara yang ditimbulkan,"katanya lagi.

Kenyataan Najib itu senada dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang selama ini bermati-matian mendakwa mereka sebagai badan bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab walaupun terdapat bukti berlakunya masalah seperti pengundi hantu, rasuah berleluasa dan sebagainya.

Tambah menghairankan, apabila sebuah agensi yang mendakwa mereka menjalankan amanah dengan baik menolak apabila rakyat memberi cadangan penambahbaikan seperti yang diutarakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan dalam Bersih.

Sebaliknya SPR melabelkan pembangkang dan Bersih 2.0 mempunyai agenda tertentu di sebalik tuntutan yang dibuat.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
Amin De'Bald
July 24, 2011 at 3:10 PM delete

Guna Sistem Bio-Metrik!? Hai, nampaknya lebih mudahlah mereka menipu dlm PRK13 nanti. Masa nak mengundi nanti, akan ada sistem rosaklah!, akan ada cap jari tak samalah! 2 orang ada cop jari yg identiklah! (yang samalah!) . Pasal bende tu eletronik, kita yg mengundi ni tak boleh nak pertikai, tak boleh nak marah pada petugas, sebab mereka pun berpeluh2 cuba nak menyelesaikan masalah yg berlaku di hadapan mereka, sedangkan Bos-Bos mereka duduk dalam Bilik Gerakan berhawa dingin, siap dengan berbagai hidangan dan juadah, cuma menjawab masalah yg ditimbulkan ialah masalah teknikal yg kecil, sedang diperbaiki! Kemarahan orang yg tidak boleh mengundi hanya di hadapi oleh petugas SPRM, bukannya Bos'Bos SPRM.
Saya cadang agar kita bahaskan secara terbuka dan meluas bagaimana kelemahan sistem ini dapat dimanipulasi, diputarbelit untuk tujuan penipuan, agar kita semua bersedia untuk menghadapi apa sahaja penipuan, dan tahu apa tindakan balas, dan susulan yg perlu kita lakukan.
Waktu itu keadaan cemas, tempohnya singkat, 8 jam sahaja. Petugas masih tidak mahir dgn sistem baru. Saya sudah tidak boleh percaya kepada PM, TPM, Menteri Dlm Negeri, SPRM, PDRM, kerana mereka telah terbukti menipu, memutarkan fakta, tidak bertanggungjawab dlm menjalankan tugas mereka. Tiada kewibawaan lagi! Finish!
Buktinya!? 'BERSIH 2.0'. Bab guna Stadium, bab patuh kepada Titah SPB YDP Agong, bab tembak Gas pemedih mata pada peserta perhimpunan Bersih 2.0, ternyata mereka putar belit. Kalau Najib sendiri dah jelas yg flip-flop, pasti yg lain akan ikut meng'iya'kan dan mempertahankan apa saja kata PM! He is the 'Boss of the day'! Sementara tu, fikirkan kaedah 'damage control', untuk dihamburkan kepada orang ramai.
No way! Enough is Enough! We have to ensure it is being done correctly! Turun! Turun! Turun untuk ambil tahu, untuk bersedia agar kita tidak akan di tipu, tidak tertipu selepas ini. Bangkitkan semua, agar semua tahu dan bersedia. Sekian buat kali ini!
Kesimpulannya Bio-Metrik, tidak akan menjamin apa-apa, malah akan lebih terok lagi. Yang prihatin dan yg tidak prihatin, tapi ada harga diri, 'Mahukah kalian di'Tipu' lagi???

Reply
avatar
wak
July 24, 2011 at 3:14 PM delete

Melayan orang gila kita akan jadi gila. Jika tidak diselesaikan gilanya itu akan menyebabkan mudharat yang lebih gila.Hanya orang gila yang boleh melayan orang gila. Masalahnya pula semua yang gila tu satu geng.

Reply
avatar
Cik Siti
July 24, 2011 at 3:14 PM delete

Dakwat kekal 24 jam? Kalau nak berwuduk utk solat nanti macam mana,sah ke?

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 6:24 PM delete

cik Siti,
apa susah sangat tak sah udhu,cik siti culup rambut, tak sah udhu juga, makeup,bedak dan compound tak sah juga, uzur lagi tak sah. apa nak difikir sangat, 5 waktu tah solat boleh kadha lah

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 7:36 PM delete

Cik siti tanyalah pada Bang Jamil bahalul....bab2 ugama memang dia pandai......tapi dia ustaz lanchau

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 10:30 PM delete

aku syorkan PR mesti tubuhkan pasukan PEMERIKSA DAN PEMANTAU KHAS KRN SISTEM BIO METRIK Lagi SENANG NAK TIPU, la ni dah ada 2 juta PATI kat msia ni mrk sj tak nak hantar pulang spt zaman Pak Lah dulu atas alasan belanja besar tp jika bg makan satu 1 hari belanja makan kalau rm 6.00 x 2 juta org brape kena belanja duit makan 1 hari? duit sape tu? duit umno BN ke ?, sbb tu tuk jib relaks aje sbb dia tahu sistem ini adalah jangka hayat BN akan berterusan...jadi jgn TIDUR wahai PR jika tak mahu kecundang lg. kalau DAKWAT KEKAL pasti BN bungkus sbb rakyat dah terlalu meluat dgn BN kecuasli pencacai2 tegar BN yg tinggal x brape kerat tu..

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 11:18 PM delete

bercakap atas landasan keadilan..

aku cadangkan - biometrik pakai .. dakwat pun pakai ..

ini jelas krn dakwat tak leh menipu sbb org tu sendiri yg hulurkan jari dia org utk di dakwatkan ..

sdgkan biometrik jika dimanipulasi kan sape yg salah pun kita tak tahu .. jika bermasalah pun berapa lama boleh selesai pun kita tak tahu..

Reply
avatar
July 24, 2011 at 11:20 PM delete

Biometrik? dakwat kekal yang murah pun tak boleh buat, he he he, nanti 1 ogos pati pun kena caj RM350 untuk biometrik pemutihan...

Reply
avatar
July 24, 2011 at 11:46 PM delete

Itu la yg dirisaukan.. biometrik ni lagi mudah dimanipulasi.. yg susah dimanipulasi adalah kaedah celup jari kat dakwat kekal.. Bukan la kekal sampai ke mati.. tapi kekal dlm masa 3 hari sekurang2nya..

Ingat tak dulu apa alasan SPR taknak guna celup dakwat? Katanya atas arahan Polis kerana ada aduan orang tertentu membeli dakwat dalam kuantiti yang banyak.. ditakuti ianya dicalitkan pada tangan pengundi yg menyebbkan pengundi tak boleh mengundi.. Kalau itu alasannya memanglah ianya hanya bagi menyelamatkan BN.. sebab perisik Polis dan tentera dapat tahu kalau digunakan juga bermakna hayat BN akat tamat pada PRU12 lalu.. Jadi, kesemua dakwat yg dah dibeli dari India dengan harga RM4 juta dibuang begitu sahaja.. padahal boleh juga disimpan atau dijual kepada kilang2 alattulis contohnya..

Kalau tak yakin dengan mencelup jari dapat sahkan undian dah dibuat, ikut camna kaedah di Thailand.. adakan satu chop khas yang dicopkan ke atas tangan pengundi.. pastikan tiada sapa tahu apa kod atau tulisan pada cop itu.. itu kaedah yang sebaiknya..

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 12:05 AM delete

Jawapan utk cik siti kita..dakwat tu sah ke x utk sembahyang..hehe..cik kak siti..sah..anggap mcm kita pakai inai lah..sah ke x sembahyang kita?..sbb tue ada dlm tuntutan bersih..dorag dah kaji..dihalusi semuanya...sekian..

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 9:04 AM delete

Saudara pengali kubur, sapa yang buat kenyataan bodoh yang ada orang akan beli dakwat dalam kuantiti yang banyak dan dicalitkan pada tangan pengundi yg menyebbkan pengundi tak boleh mengundi?
Orang BN beli dakwat dan pakat-pakat tangkap pengundi PR ka? depa tahu ka sapa pengundi PR, sapa pengundi BN.. hahahaha.. bangang kenyataan tu..
budussssss!!

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 9:50 AM delete

sistem biometrik hanyalah untuk tujuan kenal pasti diri seseorang. kalau orang tu dah dikenal pasti, apakah pula sistem utk menghalang dia dari mengundi lebih dari sekali? Proposal spr ni tak selesaikan masalah.
spr sebagai badan bebas sepatutnya memangil dan facilitate mesyuarat yg dihadiri oleh kesemua parti politik dinegara ini bagi mendengar semua pendapat terhadap proposal dia.
Malang nya skrg ini spr hanya propose kat umno, minta duit dari umno kemudian implement. Macam mana orang tak kata spr ni perkakas umno! tak reti buat kerja ke pengurusi spr ni??? bodoh betul!

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 10:44 AM delete

cik Siti terlepas keretapi..

Reply
avatar
Cik Siti
July 25, 2011 at 1:19 PM delete

Saya cuma bertanya untuk kepastian sahaja. Kalau sah, baguslah. Tapi kalau ada dakwat, boleh jadi ada juga pelunturnya kan? ;)

Terima kasih atas budi bahasa 'anonymous' sekalian. Saya budak baru nak belajar. Kalau terlepas kereta api pun tak kesah, saya bukan nak pergi mana2. Observe saja :)

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 8:21 PM delete

cik siti kalau tak silap saya majlis fatwa dah membenarkan pengunaan dakwat ini.. dan rasa nya tak de peluntur sbb nanti disalah guna dan timbul pula masalah... kalau hilang pun rasa nya hilang sendiri.. sepatut nya lah....


anon 9:04 am kau tau tak yg pengali kubur tu ckp ialah kenyataan dr spr pr12 ..aku pun masih ingat .. tu sbb kita kata spr bodoh ... bukan tu je yg spr kata .. apa jd jika ada botol dakwat hilang dan tiba tiba ada org yg belum mengundi dtg dan tng nya dah di tanda dakwat .. ini bermakna kita kena batalkan praya di kws itu ...

hrp penjelasa ni anon sedar lah kedudukan anon dlm mendpt kan maklumat yg sebenar..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive