Shahrizat sedih tak sempat bimbing Mohd Ashraf?

Cuba korang tengok diakhir petikan berita dibawah ini.. korang agak siapa yang perlukan bimbingan sebenarnya..

KUALA LUMPUR 30 Julai – Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz, yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana, apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Shahrizat berkata, kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi kita amat rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya kepada Bernama sebaik tiba di pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutama kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya. – Bernama


Cara memakai tudung yang nak membimbing..

Cara memakai tudung yang mahu dibimbing oleh pemimpin UMNO diatas..

Hang bimbing diri sendiri dululah Shahrizat.. sendiripun tak betul nak bimbing orang lain pula..

Bagaimanapun Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Ashraf!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 30, 2011 at 8:32 PM delete

Kalau UMNO membimbing rakyat Malaysia dengan baik menggunakan pendekatan Islam sejak merdeka, masalah seumpama ini mungkin takkan berlaku. Tapi semua dah jadi, UMNO memang mengabaikan roh Islam, cuma tinggal kini untuk kita adalah untuk menumbangkan UMNO/BN dalam PRU13.

Reply
avatar
PakSu Man
July 30, 2011 at 8:55 PM delete

Al-Fatihah buat Allahyarham, takziah buat keluarga Adik Mohd Ashraf.
pengajaran buat semua ; "Janganlah kita menentang hukum & ketentuan Allah, takut2 d akhirat nanti Allah tak mahu melihat kita" masa tuu tiada bantuan dah drpd Kak Jat.
Opppsss.. Kak Jat pakai la tudung elok2 tutup aurat, tak payah warna rambut yg beruban tuuuu, maaf ya Kak Jat.
"ada ka ketam bejalan betoiii?"

Reply
avatar
Anonymous
July 30, 2011 at 9:53 PM delete

bila org dah meninggal baru nak kuar crita pasal nak bimbing org dalam media ke..?

Reply
avatar
July 30, 2011 at 11:29 PM delete

nak bimbing apa tu?fardu ain yg asas pun tak lulus lagi...

-semoga mendapat hidayah Allah..dan menurut/mematuhi ajaran Islam secara menyeluruh.

amin......yaraBB

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 3:35 PM delete

apabila woodpecker ingin mengajar anaknya berjalan lurus

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive