Scandal Scorpene : Jelas.. Najib sudah ketakutan..

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, beliau akan diusir pulang, paling awal malam ini.

Menurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.


"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

Syarikat itu didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
July 22, 2011 at 5:05 PM delete

fulamak.. ini dah macam movie omputeh, bilamana balaci2 ketua penjahat menyatakan kepada bos jahat mereka.. "LET ME HANDLE THIS GUY, BOSS.."

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 5:11 PM delete

semua dh takut..kalau buat salah mesti takutkan..yg jd anjing agensi2 penguatkuasa kerajaan ni lah. alasan mereka 'kami ikut arahan'..hilang integriti dalam diri masing2..kalau rasa tak mau bersubahat berhenti la, ada berani?

Reply
avatar
PakSu Man
July 22, 2011 at 7:22 PM delete

Aku kata dah kelmarin.. dia kena "U Turn" balik Perancis punya loo! Mr. William Bourdon hang balik p komen d sana, tak paaa kami d sini boleh baca punya maaaa...Jgn Takut, berani kerana benar.

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 12:05 AM delete

kebenaran akan terbongkar dan kebatilan akan tenggelam akhrnya itu janji Yang Maha Esa..jadi sesiapa yg bersubahat , menyalahguna kuasa, menjadi saksi palsu maka kalian tunggu lah balasan Allah ke atas kalian jgn ingat kalian di atas tak akan turun ke bwh dan yg di bawah tak akan naik ke atas, itu sangkaan kalian. PRU 13 ini insyaAllah akan berakhir lah era BN..doa rakyat yg dizalimi seiring dgn keizinan ALLAH SWT.

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 9:15 AM delete

Dengar khabar Najib nak buat sumpah laknat lagi. Yang dia tak terlibat ngan peguam perancis ini.

Muahahahahaha.

Buat malu orang melayu dan islam.

Reply
avatar
July 23, 2011 at 11:07 AM delete

sukanya najib main sorok2,nak jadi budak kecik balik ye??pegi masuk tadika sana.najib ada trauma dengan mahkamah.anwar suruh die datang pun die taknak

1.Jom Makan Sotong Hidup!(Video)
2.Air Terjun Mengalir Secara Songsang(Video)
3.Lukisan Hasil Dari Tembakan Paintball(Video)

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive