Rais Yatim ketinggalan zaman

Kenyataan media oleh Idris Ahmad selaku Ahli Jawatankuasa PAS

Geli hati apabila membaca seruan Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video BERSIH 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.

Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar.

Saranan beliau di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".


Macam mana beliau yang memegang Kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat.

Sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46. Sekarang ialah zaman lebuhraya maklumat yang begitu pantas.

Tentu beliau masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihanraya tahun 1990.

Zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu. Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.

Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
July 25, 2011 at 9:32 PM delete

Mungkin itu la konsep demokrasi yg difahami oleh Rais.. Anugerah Dinasour Melayu memang layak buat dia ni.. Tahap pemikiran ketinggalan zaman

Reply
avatar
July 25, 2011 at 9:33 PM delete

"kamu boleh paksa kuda pergi ke air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".

Koleksi Video Seks Ustazah?

11 Tip Untuk Pemimpin Zalim Terus Memerintah.
.

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 10:20 PM delete

video suhardi menipu dah tgk, video mat sabu kencing dah tengok, video tian chua menyerbu bersama lembu2 dah tengok...apa salahnya tgk video polis pulak...

Reply
avatar
Batu Nisan(BN)
July 25, 2011 at 10:26 PM delete

sebenarnya anak yatim ni nak tunjuk dia saja yg serba boleh dlm kabinet najis,keyakinan memuak2 utk paksa rakyat mempercayai semua warkah buruk umno utk dibaca dihadapan rakyat yg hauskan keadilan skrang,yalah dia angap rakyat mcm binatang periharaannya,jgn di sangka binatang piliharaan tuannya tidak akan mengigit,semua dia anggap bodo,dia saja yg pandai...yatim2

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 11:39 PM delete

anon 10:20 pm kau lg cerdik dr rais.. sepatutnya rais bukan suruh hanya tenguk video yg di tayang oleh polis je..

sbb ape ? sbb video polis akan membukti video suhardi, mat sabu dan tian chua tidak palsu dan berbohong.. krn video polis byk menimbulkan persoalan lagi ...

video kami menunjukkan sokongan rakyat ...

tahu tak ... sedar tak ... msia mencipta rekod sbb satu satu nya polis yg menghadapi demo dgn cara yg terbaik dibanding dgn baik nya polis luar negara... luar negara pun tak sebaik polis msia ..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 12:54 AM delete

Nak bodek apa la lagi tu?? Rasany nk jadi panglima PM kot. Semangat 46 ni sy tak tahu la plak tp bila kesedarn dh timbul sepatutny diikuti keinsafan. Sejak jadi menteri ni bukan main angkuh lagi nmpak. Zaman menipu dah tamat.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive