Propaganda dan Fitnah, agenda UMNO/BN Pulau Pinang

“BN hanya ada satu agenda di Pulau Pinang iaitu propaganda dan fitnah. Tetapi Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tiga tahun lalu mempunyai agenda yang lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial.

PETALING JAYA:
Pemimpin Pakatan Rakyat berkeyakinan dapat mengekal kerajaan negeri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata beberapa ahli Parlimen negeri itu hari ini.

Bagaimanapun, menurut mereka kerajaan negeri perlu berwaspada dengan ancaman Barisan Nasional (BN) khususnya Umno untuk merampas negeri itu.

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sokongan semasa pengundi Melayu masih memihak kepada PAS.


“Tetapi saya mengingatkan supaya kita jangan leka dan berfikir bahawa Umno dan BN tidak boleh merampas Pulau Pinang,” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

“Namun saya percaya rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan gembira kerana sebahagian besar janji pilihan raya telah dapat ditunaikan,” katanya.

BN sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merampas semula kerajaan negeri Pulau Pinang dalam PRU ke 13 kelak.

Bagi PKR, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang dibuat oleh Umno negeri.

Oleh itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan hasrat BN merampas negeri Pulau Pinang dalam PRU akan datang sebagai mimpi di siang hari.

Propaganda dan fitnah

“BN hanya ada satu agenda di Pulau Pinang iaitu propaganda dan fitnah. Tetapi Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tiga tahun lalu mempunyai agenda yang lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial.

“Dakyah bahawa hanya Umno yang menjadi juara Melayu hanya omong kosong dan tidak boleh dipakai,” katanya.

Mengenai gangguan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu terhadap kerajaan negeri, Yusmadi berkata, ia hanya kumpulan nakal yang membuat propaganda tetapi tidak akan bertahan lama.

“Umpama bunyi petir yang kuat tetapi tidak ada hujan,” tambahnya.

Beberapa kumpulan terutama Umno dan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang sering kali mendakwa kerajaan DAP meminggirkan orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan semua dakwaan tersebut.


Free Malaysia Today

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
July 20, 2011 at 3:11 AM delete

Isu perkauman saja alat yang tinggal itu pun jika mereka tersesat jauh ia akan memakan diri mereka sebab orang Melayu tahu sape yang menyusahkan Melayu selama 50 tahun.


Kes "Koleksi Video Seks Ustazah"


Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.

.

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 6:48 AM delete

Yang dok sokong UMGOKKKK kat Penang pun bknnya melayu tapi mamak2 haram jadah nie aja yg dok sokong depa skrg nie...maklumlah melayu dah meluat kat UMNO skrg nie

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 7:26 AM delete

Program2 kebajikan rakyat spt keratan dibawah, walaupun pada pimimpin2 kaya-raya umno tak ada nilai(kemampuan membeli cincin RM24juta), tapi bagi rakyat marhaen merupakan satu bantuan besar.
-----------------------------------
GEORGE TOWN: The Penang Government has doubled its one-off aid for students entering their first year in public institutions of higher learning.
Chief Minister Lim Guan Eng said the state executive council had agreed to increase the aid from RM500 to RM1,000 and to also loosen the eligibility criteria.
“Previously, Penang students who came from families that had a combined income of only RM3,000 or less could apply.
“We have now raised that figure to RM4,000,” Lim told a press conference.
He said the state had decided to increase the aid for SPM, SPVM and STPM holders pursuing full-time diploma and degree courses in public institutions after taking into account the inflation rate and other factors.

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 7:27 AM delete

Melayu marhaen amat penat,
hak bangsa disukat disekat,
Melayu Umno usah khianat,
Melayu PAS, PKR mesti sepakat!

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 9:46 AM delete

klau mereka sedar dan mengutamakan rakyat .. mereka sepatutnya berlumba dgn pakatan siapakah yg lebih baik kebajikannya ..

sb keadaan skg mrk menguasai kelompok kelompok tertentu spt felda sbg satu contoh maka mcm mcm dibuat utk felda... guru sbg contoh maka guru di beri perhatian.. sekejap industri ini sekejap industri itu.. sepatutnya bila diambil tindakan begini bukan saja org felda atau guru yg merasakannya ttp semua org dpt kesan baik nya.. yg aku cuba maksudkan bukan dr segi wang ringgit.. ttp kemakmuran yg melimpah ruah.. kalau faham bagus!!!


lebih baik kebajikan kita lebih ditunpukan kpd anak anak .. samda yg melanjut pelajaran atau mengikuti latihan ... supaya mrk ini dpt memperbaiki lagi apa yg kita sedang lakukan.. meraka adalah masa depan negara..

kalau kita buat utk anwar, hadi, lge, mat sabut, sallehuddin, siva, elizebth wong... tak guna.. mrk cuma merancangkan apa yg terbaik utk masa depan negara... tak faham tak pe laaaa.. wasallam

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 10:37 AM delete

Wahai Anon July 20, 2011 9:46 AM,

anda menulis " kalau kita buat utk anwar, hadi, lge, mat sabut, sallehuddin, siva, elizebth wong... tak guna.. mrk cuma merancangkan apa yg terbaik utk masa depan negara... tak faham tak pe laaaa.. wasallam"

Erti "masa depan negara" meliputi semuanya termasuk kehidupan anak-anak pada masa hadapan....jadi memang sucilah niat mereka.....susahke nak faham? Sekarang siapa yang tak faham?

Reply
avatar
Acilut
September 5, 2011 at 11:03 AM delete

PAS & PKR pakat apa?. Pakat-pakat rosakan Agama Islam dan Melayu. Malaysia sangat unik, bukan macam negara lain. Ingat, sekali kita lepaskan hak kita sampai bila-bila kita tidak dapat balik!
Lihat apa terjadi pada Palestin, Algeria. Sekarang kita lihat pula Mesir, Libya, Syria.
Melayu PAS dan Melayu PKR boleh berbaik dan berpakat dengan kafir DAP dan Kafir PKR, tetapi sayang tidak boleh mengulur tangan berbaik dengan UMNO yang sesama Islam. UMNO bertungkus lumus untuk menyelamatkan Melayu Islam, sebaliknya UMNO diherdik, diludah, difitnah malah diberak oleh PAS dan PKR
Ahli-ahli PAS tolong baca kitab dan buat rujukan. Jangan pakai dengar dan ikut tok-tok guru secara membabi buta. Buat penilaian. Amalkan tradisi ilmu. Dengar ceramah saja tidak cukup! KENA buat penilaian yang adil!!!
Ilmu tidak boleh hanya didapati dengan mendengar ceramah sahaja.
Memang benar kita semua bertangungjawab pada gerasi akan datang. Tetapi adakan begini caranya?
Berhati-hatilah kita...
Kenali musuh kita yang sebenar...
Jangan nati kita jadi hamba dinegara sendiri!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive