Polis memang suka berbohong - Mat Sabu (Video Inside)

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau.


Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong."tambahnya.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anonymous
July 22, 2011 at 1:16 PM delete

Banyak sabaq abg Mat Sabu. Pelik ler ader ker kater kecederaan abg mat HANYA "soft tissu injury". Ligamen yg putus tu soft tissue lar (tisu lembut!) takkan lembut ngan keras pown x tahu...hmmm...ligamen putus tu la kner skru...len kali x taw bertanyer..ni sampai tyg2 video explain kat makcik2 x sekolah xperlar isk...isk...

Reply
avatar
July 22, 2011 at 3:41 PM delete

dah 2 minggu kejadian , polis baru nak kluarkan video . ada ker patut ??? dah banyak dah penceramah menambah cerita dalam ceramah-ceramah pas . baru nak kuarkan video .takpalah . alaaa setakat tambah cerita jer bukan menipu pun .. apalah sangat kalau nak bandingkan dengan khalwat bini orang . tapi kesian lah pada orang yang bawak motosikal tu . banyak tanggung dosa tu . pembonceng tu takpalah dia orang politik , jawatan timbalan presiden plak tu . dah keje dia pun menipu . eemm kalau tak tipu untuk cari glamer macam tu , alamatnya lambat lah naik dalam politik. selama ni pun dalam ceramah pun dia selamba jer menipu . putus ligemen kepala lutut ker ?? uhh mesti kepala lutut terhempas pada divider time jatuh moto tu . heran tu tapak tangan sikit pun tak luka . lengan pun tak ada calar . kulit muka pun tak der gores gores , tak nampak macam orang jatuh teruk jer ... saman jer lah polis tu .apa takut ?? saksikan ada ...

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 3:51 PM delete

penganutpas, hey! syaitan apa yg kau merepek ni. Apa yg kau rawet dengan kalwat bini orang....tak faham langsung apa yg kau tulis. kau orang pecacai umno ni kalau tak bersambung dengan kalwat, seks tak boleh ke...kepala otak lucah betul le kau orang ni!

Reply
avatar
July 22, 2011 at 4:25 PM delete

syabas PAS kerana menghumbankan segala kebenaran setelah berpegang kepada `Matlamat menghalalkan cara'

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 5:10 PM delete

bila tang abang mat ke main yg mengaku penganut pas.. siap tenguk tapak tangan ... kulit muka ... tp tang yg mati di bangunan sprm tak pulak dia pakai teori yg sama ...


polis ckp sesiapa yg mengada ada kan cite dan memburukan polis akan di dakwa... pelik plak mat sabu terlepas ..

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 5:16 PM delete

selama ini umno berpegang pd Matlamat menghalalkan cara' tak pulak jd persoalan ... dan dgn cara yg hina dan terkutuk ..

pas/pakatan belum perintah jd cara yg mana yg pas/pakatan dah halalkan utk mencapai matlamat...

kalau setakat berbaik dgn pkr dan dap dah kata menghalalkan cara ... pls lah tutup lah blog kau ..

Reply
avatar
Anak kg pertama
July 22, 2011 at 9:09 PM delete

PenganutPAS..

Nie pendapat AKP..Kenapa lepas 2 minggu baru polis nak tayang apa yg benar2 berlaku pada BERSIH 2.0 lalu...

Jawapannya...

Kerajaan dan polis sengaja nak bagi rakyat dan dunia mendengar dahulu apa kata2 dan tohmahan dari Geng of PR dan rakyat Malaysia selepas BERSIH 2.0..dan bila dah reda..baru polis tunjuk apakah benar Geng of PR katakan..ia benar atau tidak...rakyat dan dunia akan nilaikan..

P/S: nak tengok siapa pulak lepas nie demam pulak..ha..ha..

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 9:37 PM delete

sengaja nak bagi geng of pr tohmahan dulu atau nak aditkan gambar supaya dapat pengarohi rakyat yang dungu seperti akp yang dok perasan sorang2.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 9:57 PM delete

Orang bodoh boleh ar dia tipu. Mcm ne nk d katakan tipu? Prhimpunan BERSIH brmula jam 2 ptg & video kluar dlm youtube pkl 5 ptg. Bila masa nk edit? Betul kata Mat Sabu yg Polis ni suka menipu utk lindungi jenayah pemimpin Umno. Memang sah ar video Anwar tu kerja Polis jugak. Ada sape² boleh bagi info dari dlm jab Polis??

Reply
avatar
BARISAN NAZIZONISION(BN)AL
July 22, 2011 at 10:12 PM delete

Tahniah tv123suku apa pasai yg ditemuramah semuanya menyebelahi najis komen tak logik bodo kan pendengar lihat tv,kalau nak membodek kera jaan tu pakai logik realiti,ni tak tipu raih kerja dia bersih konon hebat cari nama bodo penemuranah suruh sekolah tinggi tak mahu asik mengampu naik pangkat,melayu mamak barangkalikalau melayu tulen mana ada sebodo itu,cari prempuan nasi lemak/mat emas subsidi ni pasti100%ampu utk d tayangkan sebab prempuan senang diskrudraverkan,nilah kerja org tv dibawah ketiak anak yatim geli hati tv kat malesia hanya bahan ketawa gelihati para penonton,kalau nak putar alam tu biarlah standard sikit nampak kelas...ini d katakan pulimak b. bahlol....

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 7:46 AM delete

Aku fikir mereka yg buat video tu tak minum susu enfragrow (kalu silap nama cari sendiri)yg keluar kat TV dia punya. Budak yg telah minum susu tu boleh buat video yg lebih real dari mula kepompong rama-rama hingga rama-rama terbang. ada kesinambungannya. barulah otak geliga namanya.

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 12:22 AM delete

jawapan akp ... jwp bodoh ... dlm perang saraf .. sape yg dulu yg untung .. org dah mati mati percaya tohmahan PR ... baru polis nak tunjuk apa ke jadah nya ... damage hv been done .. integriti dah calar balar ... dgn segala apa yg ada (dgn intelligentnya) ... aku rasa polis lembab ... keje ni boleh selesai dlm sehari .. tp tujuan polis ialah sekadar utk menolak tomahan.. krn itu memakan masa 2 minggu ..

yg polis tunjuk hny video je ... yg pr bukan setakat video .. ada surat doktor hospital Tung Shin .. di sokong oleh Ku Li dan anak Tun M sendiri menyaksikannya... ada lg komen tambahan dr PBB ..

Reply
avatar
July 26, 2011 at 6:56 PM delete

aku tak setuju dengan perempuan tu..serius

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive