Percayakah Anda? Hantar pulang peguam Perancis tiada kaitan politik

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Putrajaya menegaskan keputusan menghantar pulang seorang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap di Pulau Pinang berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan satu tindakan berbaur politik.

Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berkata Bourdon (gambar), yang sedang menguruskan kes berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah dihantar pulang ke Paris kerana melanggar peraturan visa pelancong.


“Dia telah melanggar syarat-syarat visanya. Oleh kerana ia kes berprofil tinggi, orang ramai memilih untuk mengatakan ia berbaur politik. Ramai yang dihantar balik setiap hari,” katanya.

Ketika ditanya dia dihantar pulang kerana ucapannya yang dia sepatutnya bercakap pada dua majlis mengutip dana hujung minggu lalu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, “saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan.”

Sabtu lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Bourdon sebagai tindakan berkaitan politik.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata, tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.

“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam),” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi Jumaat lalu.

Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib.

Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
July 25, 2011 at 5:24 PM delete

Dulu mengelat bila PR desak bersihkn nama d mahkamah. Sejak merdeka, inilah pemimpin M'sia yg paling bnyk masalah. Bukan dia je tp isteriny pun sama. hu..hu..

Reply
avatar
July 25, 2011 at 6:00 PM delete

Masalah visa? Alasan tidak relevan , JIKA masalah visa dari Perancis ia tidak boleh keluar sebab pihak imegresen sana akan tahan.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

11 Tip Untuk Pemimpin Zalim Terus Memerintah.
.

Reply
avatar
Hang Muyidin Lawan Hang Jib
July 25, 2011 at 6:35 PM delete

Najib banyak masalah...APA LAGI MUHYIDIN... MASA DH TAK DER NI... HANG JEBAT & HANG TUAH BERTIKAM DI MELAKA HEHE

Reply
avatar
PakSu Man
July 25, 2011 at 7:08 PM delete

Mr.William Bourdon lu cakap d Perancis dlm bahasa lu, wa di sini blh faham maaaa... ini zaman IT maaa. lui(duit) sudah dpt kutip 200 libu maa.. tak payah mali sini mkn mlm maaa... lu makan siang d sana lu cakap, wa mau dengaq d sini, cakap cepat maaa.... itu celita ada butut ka.. itu kapai ada selam kaaa, itu olang ada bom kaaa! ok aa...William lu jgn takut aaaa...

Kata Ahmad Nisfu : "kenapa kau tak cakap bodoh.. aku cekik kau"
Kata Ramli Tuan suruh saya action, tuan tak suruh saya cakap"

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 7:13 PM delete

Mmg langsung tiada kaitan dgn politik.. kalau politik pun aku setuju dia di antar pulang ...

tp yg aku percaya ada kaitan dgn komisin kapal selam .. ada kaitan dgn rosjib...

kalau dia berucap pun bukan pasal politik tp pasal kapal selam ...

kita sabar dan tunggu pasti mrk akan tunjuk kan video berkaitan..

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 7:45 PM delete

“....saya tidak tahu apa itu, tetapi yang pasti dia tidak boleh ucapan.”

Apa punya alasan ini? Bukankah selalunya ada pemimpin-peminpin dari luar negara datang ke negara kita dan juga memberi ucapan?

Kalau nak bohong, cari lah alasan yang bagus sikit. Bangang sungguh!

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 11:25 PM delete

bourdon pun tahu yg dia akan di hantar pulang sebelum dia datang msia.. dia bukan dtg sbb politik tp psl kapal selam ..

sepatutnya tindakan pemimpin b end mcm mana tindakan video bersih .. polis pun ada video bersih ..mcm kes beng hock .. kita ada doktor pakar ... kjaan pun ada dr pakar ...

tp kes ini kita ada bourdon .. maka b end pun sepatutnya ada seorg peguam antarabangsa ...

Reply
avatar
July 25, 2011 at 11:59 PM delete

Wakaka dia nak gebang pun biarlah best punye gebang. Ni pasal visalah pulak ayat dia. Wakakaka, dia lupa dahulu pasal pemain cricket Yahudi dibenarkan masuk ke Malaysia pada tahun 1997. Malas pulak wa nak terangkan kenapa yahudi xleh masuk ke Malaysia, lu olang cari sendiri kenapa ye. Kalau dia kata tu hal lama bertahun dulu. Wa nak jawab, ni baru lagi pasal perlawanan bola antara Chelsea dan Malaysia awat salah sorang rakyat yahudi dibenarkan pulak iaitu YOSSI BENAYOUN. Wakakaka ok jek...so dipendekkan cerita ini memang isu POLITIK BROOOOOO, lu tak payah buka mulut luas-luas, BAU LONGKANG MA!!!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive