Pemuda UMNO berlakon lagi..

PUTRAJAYA, 28 Julai — Tiga minggu selepas Himpunan Bersih 2.0, Pemuda Umno menyeru Pakatan Rakyat agar bekerjasama mendesak pembaharuan sistem pilihan raya dengan mengatakan kedua-dua parti perikatan itu mahu melihat transformasi sistem itu.

Datuk Zaki Zahid, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Putrajaya, memberitahu malam tadi semasa dialog umum dengan pemimpin PKR Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa Umno juga mahukan pembaharuan sistem pilihan raya dilakukan dengan betul tetapi menegaskan, ia bolah dibuat melalui dialog awam dan debat bukan “demonstrasi jalanan.”


“Pemuda Umno juga mahukan daftar pemilih dibersihkan, kami bersetuju bahawa sistem dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dikaji, tapi kita boleh lakukan tanpa demonstrasi jalanan.

“Kita ada persamaan . . . mari bekerjasama, kita dalam satu haluan,” katanya.

Sementara itu Nik Nazmi yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR membalas dengan menekankan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mewakili 62 badan bukan kerajaan (NGO) tidak mempunyai niat menjatuhkan pentadbiran Najib, cuma mahukan transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia ini berkata, Bersih 2.0 telah menemui kerajaan dan SPR “banyak kali” sebelum 9 Julai, namun tiada usaha proaktif yang diambil.

“Saya rasa itu yang menyebabkan Bersih 2.0 turun ke jalanan, untuk meneruskan tekanan agar transformasi pilihan raya dilakukan,” katanya.

Beliau menambah, tindakan kerajaan menggunakan polis untuk menahan peserta Himpunan Bersih 2.0 serta menapis laporan media arus perdana — tidak memberi Barisan Nasional (BN) imej yang baik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Sebuah kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang tidak takut kepada demokrasi.

“Saya rasa kebimbangannya di sini adalah di mana anda mempunyai dua pasukan dalam satu padang tetapi tiada persaingan yang sama dan anda meragui pengadil (ketelusan),” katanya.

Zaki bagaimanapun menegaskan Umno tidak gentar untuk bersaing dalam pilihan raya yang adil.

“Umno tidak pernah takut dengan pilihan raya dan kami boleh menerima keputusan pilihan raya dengan hati yang terbuka,” katanya.

Zaki dan Nik Nazmi juga bersetuju supaya lebih banyak forum dan dialog terbuka diadakan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat.

BN dilihat terpaksa bersikap mempertahankan diri mengenai Himpunan Bersih 2.0 sejak seminggu lalu kerana masyarakat antarabangsa dari Singapura dan United Kingdom mengkritik cara kerajaan menangani perkara itu.

Bersih 2.0 mendakwa 50,000 rakyat telah menyertai perhimpunan pada 9 Julai walaupun dihalang polis yang hanya menganggarkan 6,000 orang yang berada di ibu negara.

Perhimpunan yang turut disokong Pakatan Rakyat itu menjadi huru-hara apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap ribuan peserta yang menyaksikan hampir 1,700 ditahan, ramai yang cedera dan satu kematian — Baharuddin Ahmad, seorang ahli PAS.

Kerajaan telah berjanji akan menyiasat tuduhan tentang keganasan polis manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga akan mengadakan satu siasatan awam bulan depan.

The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
July 28, 2011 at 11:41 AM delete

kot mana yg berlakon setan!!!!!!
bodo punya blog sampah!

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 12:08 PM delete

betul lah tu pemuda umno tak berlakun, tapi bila mereka dah sedar tersalah dlm menangani isu tututan BERSIH, cara ini merupakan jalan keluar.
Berlakon tu merujukan kepada sikap "pura2 setuju" dengan tututan BERSIH walaubagaimana pun di lafaz dengan nada tak ikhlas.
Dari awal pemuda umno menentang tututan BERSIH melalui ketua dia yg terpekik terlolong dlm media2 pengampu umno. Kini buat U-turn pula???

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 12:14 PM delete

dk zaki ni small fly, tak ada influence langsung keatas kerajaan, najib bersin saja dah terkedu takut hilang title dato, sat lagi bini maki hilang title datin. kalau betul pemuda umno nak berdialog tentang tututan BERSIH suruh lah ketua dia yg cakap, kenapa nak guna proxy...tak dak teloq!
Ambiga dah lama ajak umno berdialog, umno saja yg pondan. Boleh kah pemuda umno tunaikan tuntutan BERSIH no.4????

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 4:07 PM delete

@anon yang paling atas - engkau jangan berlakun tak tahu apa yang berlaku beb. KJ dh boleh masuk bakul sampah, ketua pemuda paling tak guna dalam sejarah, perabih duit saja dia tau. Yang ikan bilis kat putrajaya yang bersuara pulak ada ka orang nak dengar? melainkan orang2 mcm ko jer dan sepupu sepapat yang sama waktu dengannya

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 5:01 PM delete

Depa ni suka berdusta ...tak berlakon

Reply
avatar
July 28, 2011 at 6:43 PM delete

Dialog tanpa desakan dan tekanan terhadap Najib untuk melaksanakan 8 tuntutan adalah sekadar langkah meredakan suara rakyat.

Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah

Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
.

Reply
avatar
Anonymous
July 28, 2011 at 8:47 PM delete

berlakun lah ngok..

patriot kan anti bersih makna nya apa tuntutan besih ditentang ..

si mamat ni pulak kata ada persamaan mahukan daftar pemilih dibersih..

ckp je terang2 .. guna kan dakwat .. tak bleh guna jentera kjaan masa praya..

apa anon bgang yg kat atas tu ingat berlakun ni depan kamera ke .. utk filem je ke...

Reply
avatar
Anonymous
July 30, 2011 at 1:24 AM delete

aduhai, aku berprasangka baik. mungkin mereka mahu lompat parti, tp x berani...
hidup segan mati x mahu

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive