Pelawa Ku Li terajui PR, Anwar sudah melompat?

Semalam Zahrain buat cerita kononnya beberapa orang pemimpin PAS dan DAP telah berjumpa Ku Li untuk memujuk beliau agar menerajui Pakatan Rakyat kerana kata Zahrain, Anwar bakal ke Penjara bukan Putrajaya - baca di ( SINI ).

Bagi menjadikan cerita Zahrain itu nampak lebih real, hari ini seorang lagi yang telah melompat keluar dari PKR iaitu Zamil Ibrahim, Pengerusi KITA Kedah pula menyambung cerita Zahrain, kononnya beliau telah menerima maklumat daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Anwar Ibrahim telah melompat bila mendengar berita itu..


Esok siapa pula nak sambung cerita ini? Gobala? Ezzam? Lokman NoorAdam? Zul Nordin? Tan Tee Beng? atau siapa????


Anwar berang isu pelawa Ku Li

2011/07/30

KUALA LUMPUR: Pelawaan parti pembangkang supaya Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang bukan saja mengejutkan beliau malah berang dan tersinggung.

Berikutan itu Anwar yang berdepan isu video seks dan kes liwat, dilaporkan sedang berusaha mengesan dan menjejaki pemimpin PAS serta DAP yang bertanggungjawab membuat pelawaan itu tanpa merujuk kepadanya.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mendakwa menerima maklumat mengenai maklum balas Anwar itu daripada rakannya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

“Petang tadi kira-kira jam 4 petang, saya menerima maklumat daripada PKR Selangor mengatakan Anwar terkejut, kecil hati dan marah dengan pelawaan itu. Beliau kini sedang mengesan siapa pemimpin (PAS dan DAP) itu,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kelmarin yang parti pembang-kang didakwa mempelawa Ku Li untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Anwar.


Berita Harian Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
July 30, 2011 at 6:09 PM delete

Nak Ku Li jadi ketua PR? Jangan nak mengarut!

Reply
avatar
Anonymous
July 30, 2011 at 6:39 PM delete

Usaha melaga-lagakan pimpinan PR. Ku LI terajui PR? Biarlah dia dengan AMANAHnya.

Reply
avatar
PakSu Man
July 30, 2011 at 7:04 PM delete

Pakcik Anwar, "jgn melatah" bukan kita tak tau puak2 tuu mcm2 cerita depa blh reka. Buku Jingga tuupun depa dah "gelabah bewak" itu blm "Manifesto PR" lg.
TokWan Guru Hj. Nik Ajis, Pakcik Anwar, Bang Lim.... teruskan usha anda kami SOKONG.
Perkara remeh temeh jgn d layan.

Reply
avatar
July 30, 2011 at 7:14 PM delete

Ku Li bijak dalam percaturan politik , ia mendapat promosi dari pihak BN dan PR namun ia tetap bertanding atas tiket Umno juga.

Duit Syiling Malaysia Siri Ke 3

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.

Reply
avatar
July 31, 2011 at 8:53 AM delete

tak banyak pun beza antara anwar dan ku li ni . dua-dua bekas mentei kewangan . ku li dengan cara gadai rezab BNM untuk counter dollar singapore. anwar pula cuba nak gadai ringgit kepada IMF. bezanya anwar kawin awal kat siam , ku li dah nak pencen baru kawin. ku li bebas dari skandal seks yang besar , anwar pula dengan skandal seks tak boleh dipisahkan . hebatnya dua-dua ni boleh menyatukan PAS dengan DAP . mana ada orang lain boleh buat macam tu. sekarang anwar kena jawab kes liwat dan pelacur cina , takkan lah rakyat nak pilih orang yang macam ni untuk diangkat sebagai PERDANA MENTERI. cuma yang tak nak guna akal jer yang sokong orang yang moralnya serendah tu. memang betul lah kalau PR nak pilih kapten yang baru . dan memang ku li lah orang yang selayaknya. andai ku li jadi perdana menteri , tah apa pulak yang digadainya ....

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 9:01 AM delete

anwar nak lompat , pi masuk balik UMNO lah kawan dan pengikut pun masih banyak sana, revamp parti tu dan pecat ahli-ahli yang sudah rosak, re-brand, Nama ditukar daripada UM'NO menjadi U1M'YES, masukan semua ahli-ahli DAP,PAS dan PKR, tendang MIC , MCA dan etc.
Yang dah terlanjur buat kesalahan tu PM, AG, SPRM, SPR, IGP, dan kroni kroni , faham faham lah tak kan dilepaskan.

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 9:11 AM delete

PenganutPAS,

TAPI KOT PM DAH MEMBUNUH, PI PORT DICKSON, BELI KAPAL SELAM, KAPAL PERONDA, KERITA KEBAL, DAN LAIN TAK BERFUNGSI PUN, DAN DAH KAWIN LAGI DENGAN BINI ORANG, MACAM?.

MANA MAU SIMPAN MUKA KAT PERSIDANGAN, SEMINAR, FORUM, EXIBITION ANTARABANGSA KAT LUAR NEGERI KOT , MALU LAH,

WARGA ASING : " OH YOU DARI MALAYSIA PM DIA BLA,BLA,BLA.....ANWAR KASIAN DIA KENA FITNAH "
ITU SAJA PALING-PALING MEREKA CAKAP.....

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 12:02 PM delete

Ini cerita mengarut. I am not going to waste my time here. cerita bawaan si zahrain tu boleh dapat perhatian kau orang?
come on ASD ada standard lah sekit.

Reply
avatar
Chee Kuan Tai
July 31, 2011 at 5:35 PM delete

Penganut Pas...kau syok sendiri dengan cerita kau tu....kalau kau cakap nampak bodoh...kalau tak cakap orang tak tau kau bodoh...

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 8:14 PM delete

asd tak salah siarkan cite ni ..

asd nak buktikan betapa mengarut nya mereka yg dengki dgn anwar ..

yg boleh jumpa dan bincang hal ini dgn ku li ... berapa org ??? dan tentu org ni berkedudukan tinggi dan mempunyai kuasa dlm parti masing masing ... berapa org??

Reply
avatar
Anonymous
November 15, 2011 at 10:21 AM delete

penganutPas ni kalo jd peguam ni lama dh kena pecat ni...mana bley bg fakta org tu salah,org ni salah tanpa bukti..citer kes seks anwar tu x sahih lg..kalo kita mnyebarkn berita yg x sahih,ditambah pula mmg prkara tu x benar2 trjadi..itu dh kira fitnah..kes DSAI masih lg dibicarakan..siapa anda mnnentukan beliau brsalah ke x...iskh..iskhh..hebat..hebatt..igt azab kubur saudara pnganutPAS...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive