PAS mahu tutup Pusat Hiburan.. UMNO lanjutkan masa operasi..

Inilah yang bangga-banggakan oleh Pencacai UMNO.. Sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa dan Ugama.. sempena menyambut bulan Ramadhan ini UMNO Melaka akan melanjutkan tempoh Operasi Pusat-pusat hiburan..

Kononnya tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit..

Ketika kerajaan Kedah berusaha menyekat budaya hiburan bulan Ramadhan ini ke atas orang Islam, tiba-tiba kerajaan Melaka BN melanjutkan operasi pusat hiburan sehingga jam 3.00 pagi. Semakin jelas sekarang UMNO BNlah penyumbang paling besar gejala maksiat dan keruntuhan akhlak rakyat di negara ini. Mana pula perginya para ulama UMNO yg sebelum ini begitu lantang mengharamkan himpunan Bersih - Misbah Munir


Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.

Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
vaten
July 18, 2011 at 1:39 PM delete

suruh Khir Baharom jawab..

Entry Terkini :Seni Sandwitch Yang Unik !!!

Reply
avatar
PakSu Man
July 18, 2011 at 2:26 PM delete

akupun ada saham sama maaaa...mana blh tutup. aku mau bukak posa d dlm kelab dangdut maaa..! KANTOI Pak Ali niii!

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 2:47 PM delete

bisness mesti diteruskan... puasa puasa jugak...

dr sini kt dpt ukur sejauh mana iman org negeri hang tuah... yg lemah akan tertewas dgn hiburan yg tak seberapa..

kita tunjuk islam kita ni bertolak ansur dan sesuai dgn masy majmuk...

kita akan mtk pandangan zul kulim...

apalah tongok nya dia org ni.. adakah masa ini sesuai ? adakah pelancung ramai ketika ini ? apakah mrk dtg utk melawat keindahan melaka atau berhibur spt mana di tempat mrk tidak ada bahkan lg dahsyat ?

klau aku silap tlg betulkan.. kebanyakan yg dtg melaka .. yg dah berumur atau family.. yg honey moon dan pesta muda mudi ..kebanyakan ke pulau pulau...

Reply
avatar
Anonymous
July 18, 2011 at 2:59 PM delete

ingat umno teringat maksiat, ingat maksiat teringat umno.

Reply
avatar
July 18, 2011 at 3:09 PM delete

Apa takat 3 pagi aje? baik terus kasi buka 24 jam tak yah nak susah2 pusing cakap konon kerana kepesatan sektor pelancongan. Cakap aje Pelencongan, sama macam Pelarasan! Dah penat dah dok dengar cara UMNO menghalalkan segala2nya!

Reply
avatar
July 18, 2011 at 3:10 PM delete

Jika benarlah.
"hebat" sungguh orang yang konon hendak membawa pesilat ke istana yang kononnya hendak menjaga kedaulatan agama,negara dan bangsa ketika 9 Julai lalu.

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

.

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 18, 2011 at 6:51 PM delete

ALI KETAM nak ikut abg rahim tamby dia. kalu alasan pelancungan. tghmlm nak melancung kat mana ali? Semua towkey kroni ali ketam ni towkey pusat-pusat hiburan, nanti sponsour lak open house hari raya mana dtg duit tu. TOBAT LA ALI.

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 8:52 AM delete

MANA ANAK KAMPUNG PERTAMA????

Reply
avatar
penternak_lipan
July 22, 2011 at 2:50 AM delete

sakan..apapun jangan komen lebey2 pasal presiden silat ni.nanti omar den mamak kutty lipat kita...wehehehehehehehehe
ini adalah HAK untuk memperjuangkan tanah melayu kita dari dijajah.oleh anasir2 jahat.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive