Papagomo Exposed!! Pendedahan oleh Tun Faisal (EXCO Pemuda UMNO)

Korang nak tahu kenapa dia ni kebal dari undang-undang?? baca pendedahan ini yang telah dilakukan oleh Tun Faisal (EXCO Pemuda UMNO) yang sudah menyampah gila dengan Papagomo Pemfitnah Terulung dari Blogger UMNO yang berbayar..

Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.

Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan.


Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.

Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.

Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.

Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.

Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.

Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.

Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.

Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.

Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?

Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.

Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.

Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.

Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...

(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)

Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.

Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghak upayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding dari rakan-rakan tertentu di dalam UMB.

Nasihat saya, jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab.

Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.

Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.


By Tun Faisal Ismail bin Aziz

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

24 comments

comments
Anonymous
July 22, 2011 at 9:01 PM delete

Tun Faisal,

You reap what you sow. Aren't you the supreme commander of UMNO's cyber war? He learnt from the best!!

Reply
avatar
July 22, 2011 at 9:19 PM delete

Bagus juga blogger pro Umno bercakaran sesama mereka , biar mereka sebuk selesaikan masalah mereka dari sibuk menyerang PR.

BERSIH : Bendera atau Pisau?

Koleksi Video Seks Ustazah?

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 9:50 PM delete

hahahaha...kamu ni tulis pun macam dia juga, sombong, kutuk dan tulis sesuatu, lepas tu kata not sure juga. Hello, look at yourself first before you say about the other. Bongkak sungguh cara tuisan kamu ni. Bila nak tulis, bagi fakta dan dont apologise la. Bila letak dacing dan pertimbang, nampak berat sebelah you juga, kira you are worse than him. Anyway, both you go jump the lake.

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 10:03 PM delete

Papagomo niiiii tak risau ke rezeki yg diperolehi .....rezeki yg x diberkati.....hasil yg dikutip dr melaga2kan org, membuat fitnah.....x takut mati kot...

Reply
avatar
Anonymous
July 22, 2011 at 10:28 PM delete

anon 10:03pm,
sejak bila puak2 pecacai umno ni kenal halal haram. darah daging mereka terhasil dari pendapatan hasil sebar fitnah dan video seks melalui blogsite.
depa nak bergomol sesama depa ka itu lantak depa. Bagi pejuang rakyat..lawan tetap lawan! umno akan dihumban kelubang jamban.

Reply
avatar
July 22, 2011 at 10:29 PM delete

tak tau plak aku yang papagomo ni kaki fitnah . kaki penipu . yang aku tahu kaki fitnah nombor walid ialah blogger PKR . Azimudin Ahmat si din binjai tu . blogger yang kena bayar rm400 tu pasal fitnah rais yatim . rm300 bayar kat rais . lagi rm100 tu upah menipu. takat ni tak der dengar cerita pun papagomo kena sue kat mahkamah. yang dengki kat papagomo ramai lah termasuklah ASD . mungkin pasal blog papagomo ranking #1 kot.

Reply
avatar
PakSu Man
July 22, 2011 at 10:56 PM delete

Biasa laa dlm UMNO mesti ada cucuk mencucuk, wahai Tun Faisal kamu tau kan papagomoii tu mkn upah dari org2 UMNO sendiri utk menjatuhkan kamu, mungkin kamu akan d tumbangkan dlm pemilihan akan dtg angkara upahan dari mereka2 yg bercita2 utk menduduki kerusi EXCO Pemuda UMNO tuu.
LUPAKAN itu semua...tinggalkan mereka.
Mai join kami pilih yg mana satu kamu mahu, Tok Guru kaa, Pak Cik Anwar kaaa atau Abang Lim Siang Salam. ayuh jgn tunggu lama2, nanti lama2......

Reply
avatar
ANAK JAWA
July 22, 2011 at 11:38 PM delete

Hoi, penganut pas, wak rasa din binjai tak salah,buat masa skg mahkamah di mesia dah tak bolih pakai kalu puak pr yg kena mesti lekat. puak umno kalu mesti lepas. kau tenguk kes rasuah katak di perak. dia bolih spin lagi.ni din binjai nak lawan pak menteri....tunggu... bila umno/bn jatuh kau sedia kan aja senarai satu-satu masuk sg buluh transfer kajang.

Reply
avatar
July 22, 2011 at 11:56 PM delete

oooo yerlah aku lupa standard alasan pembangkang . bila buat salah , masuk mahkamah , lepas tu kena hukum jawabnya mahkamah tak leh pakai . pelik jugak pasal dalam mahkamah ada peguam bela . tak puas hati boeh rayu ke mahkamah persekutuan plak tu. mahkamah ker Pakatan Rakyat yang tak boleh pakai sebab mabuk sangat nak kejar kuasa . so maksudnya bila pakatanrakyat ada kuasa , PR ni akan kontrol mahkamah lah yer . tu yang boleh humban orang2 yang PR tak suka ke penjara . uhhhh keadilan lah katakan .

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 12:19 AM delete

PenganutPAS kamu ni memang bangang lah menilai dan memahami sesuatu kes yg telah selesai atau belum yg ada orima facie atau tidak dan perjalanan kes yg byk meragukan...

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 5:37 AM delete

Secara kesimpulannya...saya melihat cara hujahan pengikut Ummo tegar ...mrk niiii seolah hilang pertimbangan bila berbicara, seolah2 x hidayah utk mrk....menerima apa jua kerajaan buat dan sokong sepenuhnya...apa sahaja yg dilakukan oleh pihak kerajaan utk menipu rakyat diorang sokong ......hentam habis2an sesiapa yg menghalangnya....

Banyak kes yg meragukan....terutama kes pembunuhan yg menyakut kepentingan pihak politik UMNO....golongan ini pasti terselamat....kerana kuasa tadi....dan malu utk menerima kesalahan yg dibuat....tetapi kalau pihak pembngkang ditelanjangkan habis2an...ini yg dikatakan iman manusia hari niiii seperti buih2 dilautan....sukar utk mencari yg teguh berpegang pada Allah swt...kalau ada yg pegang teguh pada Allah namun mrk ini takut utk menegur pihak kerajaan bila kerajaan melakukan kesilapan...kerana apa...tentulah kerana kuasa, pangkat, habuan yg diterima....

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 10:12 AM delete

sebab utama otak pecacai2 umno ni termasuk penganutpas ni lembab dan tolol ialah kerana tuan2 mereka pemimpin UMporNO dah pegang teloq hakim2 dan ketua2 polis malaysia sebab tu bila mereka cakap macam lembu pun mahkamah dan polis tetap menangkan mereka....tobat sampai bila pun meraka takan sedar yg cara mereka berfikir tu macam lembu. Inilah yg membuatkan aku kata meraka ni dijangkiti penyakit lembu gila yg tak mengaku lembu.

Reply
avatar
July 23, 2011 at 11:18 AM delete

Sorry blogger umporno, hangpa semua adalah spesis yang sama, pemfitnah, pembohong dan mencari rezeki bagi makan emak bapak anak bini dengan pendapatan yang subhah, bertaubat sebelum terlambat.

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 1:38 PM delete

cai amengok mana nak sedar. Sebab selama ni segala kes baik bunuh, meraba, merogol, berzina, rasuah semuanya terlepas. Dah ko berada di pihak yang sentiasa dibela oleh agensi2 kerajaan yang dah tukar jadi agensi2 amengok.Memang lah ko tak rasa apa... Tu sebabnya cacai tak nampak kesengsaraan rakyat. Yang dia nampak kesengsaraan duit poket dia semata-mata. Mcm mana lah golongan selfish boleh memerintah negara. Tu sebabnya hancur rezab negara..kan cai..

Reply
avatar
July 23, 2011 at 7:23 PM delete

satu jer soalan . kalau betul bukan anwar yang video seks dengan pelacur cina yang didedahkan oleh papagomo tu , kenapa Anwar takut nak saman papagomo ??? papagomo dah lama cabar anwar saman dia sebab memaparkan video yang jelas menfitnah anwar . LAWAN TETAP LAWAN . tak lawan punnnn.... sah lah memang anwar yang buat keje kutuk tu .

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 8:47 PM delete

kalau anwar dalam video seks, kenapa polis tak tangkap?mane saksi pelacur cina yang polis katakan?

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 10:55 PM delete

anwar saman papagomo...???

kau baca tak dan faham tak apa yg tun faisal tu dedah mengenai papagomo..

standard ni disahkan lebih teruk dr balaci dgn semua pencacai yg ada... yg mengesahkannya EXCO Pemuda ...

aku berani bertaruh... dia akan sedekah 3 tandan pisang kat mesjid kalau anwar saman... sdgkan yg kena tutuh buntut pun boleh senyum .. angkat tangan kat jurugambar ...

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 11:04 PM delete

dahsyat isu buruk memburuk sesama pencacai ni rupanya..

mmg papagomo hebat sbb dia boleh perlekeh kan seorg Exco Pemuda .. papagomo cuma ahli Pegerakan Pemuda..


Bg aku sebenarnya isu ini sbb duit je... sape lebih sape kurang je...

Yg lebih akan ontok ontok kato org tompek den laa...

p/s ontok ontok = diam diam

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 11:12 PM delete

mat dr jelebu tu bernasib baik je .. minah endon tu tukar statement

lagi pun bukan blogger PKR Azimudin Ahmat je yg buat isu ni ...hairan cuma di je yg kena ...

..'Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap .. - yg mengaku penganut pas masih dlm kategori ini....

kalau apa apa jd kat papagomo ... yg mengaku penganut pas boleh take over .. "gamapopo" boleh?

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 11:19 PM delete

mungkin pasal blog papagomo ranking #1 kot....

utk kategori blog suka berbohong dan menfitnah ...

jual barang pun ... jual barang tiruan ..

Reply
avatar
Anonymous
July 23, 2011 at 11:28 PM delete

cadangan ikhlas dr saya .. bubarkan je UMB ... sbb akan melahirkan lebih ramai papagomo ...

ada satu je yg aku rasa si papagomo ni hebat ... dia sorg tapi bila sudah gagal, dia boleh menfitnah dan menunding jari ke arah UMB sdgkan UMB ni product keluarannya ialah melahirkan blogger... dan yg ramai tlh dilahirkan tak pulak serang papagomo ...

quote "Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan " unquote.

Reply
avatar
ex umno
July 25, 2011 at 10:13 AM delete

kita tunggu aje malaikat bagi salam pada dia ..... lihat saja bila kematian itu semakin hampir pada dia pasti allah tunjukkan untuk buat pedoman ... kita tunggu saja insyaallah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive