Ohh.. memang ada Pengundi Hantu rupanya..

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.


Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan

Wan Ahmad juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

Ini kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.


Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
July 25, 2011 at 3:32 PM delete

spr oh spr, kalau dah tahu wudud klon, kenapa dicadangkan biometric sebagai penyelesaian? biometric hanya mengesahkan diri klon, tapi tak menghalang nya dari mengundi berulang kali.

Reply
avatar
July 25, 2011 at 4:29 PM delete

hahaha... dlm dunia serba canggih dan berpengkalalan data yg sofistikated... malaysia yg asyik mengwar2kan negara teknologi mempunyai tahap mentaliti IT paling tongong... ni le jadinya kalau pi luar negara bukan belajar IT tapi dok buang duit jek...

xpert IT mereka hanya setakat baca facebook je kot....

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 4:57 PM delete

Talian hayat Umno(BN) pd SPR. Itu sbb PM ckp akn mempertahankn k'jaan ini walau apa cara sekalipun. Takut dngar dia punya warning. hu..huu..

Segagah mana skali pn k'jaan trsbut, jika d takdirkn jatuh tersembam... tetap terlingkup. Sedih punya PM yg trlalu angkuh, boros, bongkak, tamak & suka kpd fitnah utk menjatuhkn musuh politik.

Reply
avatar
July 25, 2011 at 5:54 PM delete

Apabila sistem daftar mengalami masalah dan gagal diperbaiki tiada gunanya sistem biometrik digunakan sebab daftar bertindan dan "hantu-hantu" tetap wujud.mengwar-warkan penggunaan biomterik untuk kononnya untuk pilihanraya adil adalah alasan untuk tidak menggunakan dakwat kekal.

Koleksi Video Seks Ustazah?

11 Tip Untuk Pemimpin Zalim Terus Memerintah.
.

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 6:16 PM delete

bagi org2 kg memang percayai lah akan keikhlasan k'jaam utk menggunakan Bio Metric, sistem ni lg mudah utk klentong dan paling sukar utk membuangkan nya sbb nya SPR ada link dgn Pendftrn Negara mrk tarik tali makna nya SPR kata Pendftrn Negara dan gitu lah sebaliknya sorong papan tarik papan lah jwb nya. sbb itu PM tuk jib x susah hati beliau tunggu green light dar SPR n PN utk bubarkan Parlimen huhu, sistem yg tak canggih tp murah adalah penggunaan dakwat kekal, kalau k'jaan brani sila gunakan dakwat kekal sudah pasti 1001 mcm alasan yg akan diberikan terutama ketua KDN tu, utk PR buat pemantauan dgn serius tubuhkan Jawatankuasa bertindak di mana PATI YG SERAMAI 2 juta org tu pegi.

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 7:29 PM delete

selagi spr mcm spr skg .. pakai dakwat pun dia boleh belitkan ..

aku ingat komen mengatakan apa jd kalau jika ada botol dawkat tu hilang dan ada org yg belum mengundi .. ulang org yg belum mengundi.. datang utk mengundi dan didapati (sengaja sabotaj) dakwat di jari dia ttp rekod spr tak menunjukkan dia tlh mengundi maka ini akan menybb keputusan praya itu dibatal...

nawaitu dia org tu .... bukan utk praya yg telus dan adil .. tp utk kemenangan bee end..

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 7:32 PM delete

sambg .. kalau botol dakwat didapati hilang ... aku tak tahu lah mcm mana pihk pembangkang boleh hilang kan?? sb org yg kebas botol dakwat ni mesti org yg senang access tempat kotak kotak botol dakwat disimpan...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive