Najib, liabiliti buat UMNO.

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari “talian hayat” dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.


“Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Dr Mahathir Mohamad) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa,” katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia.

“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

“Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

“Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti ‘you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)’, beliau sinonim dengan tabiat ‘flip-flop’, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua,” katanya.

Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib.

“Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
PakSu Man
July 31, 2011 at 8:48 PM delete

dlm isu BERSIH 2.0, Agong "Yes", Bang Jib kata "NO". Semua Bapak menteri jadi heran kenapa Bang Jib & Polis "U Turn" cakap Agong.
dlm isu Kak Mah belanja boros....
mcm2 isu lagilah yg menyebabkan Bang Jib jd "liabiliti" pd UMNO.
p/raya ni selamat tinggal Be eNd.
Rakyat tak caya lu dah!

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 10:00 PM delete

ada lah lebih bijak amenot jgn mempertaruhkan njib ... tentu org amenot msih ingat njib mengaku si safool tu dtg berjumpa dia ... dan kemudian satu persatu kesalahan dia akan diperkata kan ...

semua tindakan oleh njib utk memulihkan sebaliknya menunjukan apa yg dilakukan sebelum ini adalah salah dan merugikan kita ..

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 10:07 PM delete

penyokong amprono hny mampu mempertahankan parti tp terlalu sedikit yg mempertahankan pm ...


kalau ikut amno yg lama .. org ni akan di ketepikan dgn cara yg terhormat tp syg zaman it ini semua nya perlu bergerak pantas ... 3 tahun mampu merugikan kita utk 20 tahun ....

Reply
avatar
July 31, 2011 at 10:12 PM delete

Kalau najib mampu menyebabkan UMNO kalah dalam pilihanraya nanti bukankah itu bagus untuk Pembangkang kenapa pula Zul perlu menggesa najib disingkirkan???

Sebenarnya, PAS dan Pembangkang merasakan Najib lebih baik dari paklah dan sukar untuk Pembangkang menang lagi dalam pilihanraya akan datang sebagai nasib baik seperti sebelum ini.

Zul elok mulakan gesa PAS keluar Pakatan kalau mahu melihat PAS masih di hati rakyat.

Reply
avatar
July 31, 2011 at 10:34 PM delete

PAS...

MASALAH SENDIRI TAK DAPAT NAK SELESAI.

1. MURSYIDUL AM NYANYUK. PAGI CAKAP LAIN, MALAM CAKAP LAIN.

2. TIMBALAN PRESIDEN IDOLANYA KARL MARX.

3. HAJI HADI JIWA TERENGGANUNYA BEGITU MENEBAL.

APA YANG PAS ADA LAGI ?

HE!HE!HE!

Reply
avatar
Anonymous
July 31, 2011 at 11:12 PM delete

you help me I help you

bukan ke kata kata keramat perasuah

Reply
avatar
August 1, 2011 at 9:18 AM delete

kalau die berani ceraikan rosmah,aku konfem ramai org umno akan sokong die balik.try la najib,berbaloi2 dan x berbaloi langsung ko simpan badak tu.sebab badak tu ko jadi liabiliti terbesar dalam umno skang ni

1.Koleksi Gambar Bersemuka Dengan Haiwan Daripada Stefano Unterthiner(7 Gambar)
2.Monyet Menyusukan Anak Harimau(Video)
3.Robot Pony Mengeluarkan Api(Video)

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive