Najib kata nak pertahan Islam.. tapi dia guna Blogger Pro Israel..

Petubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membela orang Melayu dan Islam di dalam negara ini.

Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin berkata, janji itu dibuat oleh perdana menteri dalam perjumpaan dengan pemimpin NGO Islam dan masyarakat agama tidak lama dulu.

“Dalam pertemuan tersebut, Najib berkata dia akan mempertahankan Islam dan saya tidak ragu dengan ketegasannya.


“Saya yakin Najib akan membela Islam kerana beliau sendiri beragama Islam dan beliau juga tahu tanggungjawab semasa mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui, sepenuhnya sila baca di Free Malaysia Today..

Itu janji Najib.. katanya beliau akan mempertahankan Islam.. tapi bagaimana agaknya beliau mahu mempertahankan Islam sedangkan dalam masa yang sama beliau membiayai sekumpulan blogger Amerika pro Israel untuk membina imejnya..

Lebih teruk lagi, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika ‘Red State’ dan ‘New Ledger’ dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Apa cerita ni Najib?? Kata nak pertahankan Islam.. tapi dalam masa yang sama membiayai Blogger yang jelas menentang Islam..


Najib guna blogger Amerika pro Israel

Belum pun reda isu kerajaan menggunakan khidmat Apco dengan bayaran RM77 juta setahun, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didedah menggunakan khidmat sekumpulan blogger Amerika pro Israel.

Selain Najib, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga dikatakan menggunakan khidmat blogger yang sama bagi tujuan meningkatkan imej, seperti dilapor sebuah portal berita semalam, Free Malaysia Today.

Lebih memalukan, salah seorang blogger itu, Caleb Howe, dikesan memburuk Islam pada laman twitternya 23 April tahun lepas dengan menghina junjungan besar umat Islam, Nabi Muhammad.

“Saya melukis gambar (nabi) Muhammad hari ini. Saya menunjukkan beliau mengahwini kanak-kanak sebelum sunti.

Pada mesej twitter yang sama selepas itu, beliau menulis “Boleh kah saya berkahwin dengan pra-sunti? Maaf…itu kesalahan ejaan saya. Maksud saya merogol”.

Howe dan blogger lain dilihat bukan kali pertama telah membuat kenyataan yang menghina dan memburukkan Islam secara keterlaluan terutama di laman twitter.

Beliau juga dikaitkan dengan Josh Trevino, penulis blog berhaluan kanan di belakang blog Amerika ‘Red State’ dan ‘New Ledger’ dan juga syarikat yang dipanggil Rogue Strategic Services.

Rogue Services dilapor menyediakan perkhidmatan untuk Barisan Nasional sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Howe juga penyumbang tetap kepada laman web utama Trevino ‘Red State’ , juga pembantu akaun Twitter ‘Malaysia Matters’ yang mana berkait dengan laman web Malaysia Matters- satu daripada projek Trevino untuk mempromosikan pemimpin BN.

Laman web Malaysia Matters telah dimulakan dalam 2008 oleh Trevino dan seorang rakan sekerja Jerome Amstrong.

Armsrong, yang juga profesional ‘blogger upahan’, ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk khidmat berkenaan- beliau menyenaraikan Malaysia sebagai pelanggan di laman web syarikatnya, Webstrong.

Trevino sendiri bukan lagi menjadi rahsia dengan pandangannya yang pro israel sehingga dia berbalas cicipan twitter sesama rakan Amerika yang berasa kasihan dengan rakyat Palestin dan isu kapal flotilla yang diserang tentera Israel.


Keadilandaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
Anonymous
July 26, 2011 at 9:38 PM delete

Najib ataik fulus ataik babio

Reply
avatar
July 26, 2011 at 10:34 PM delete

tahniah ASD kerana masuk syer dengan FMT manjadi tukang bawak fitnah . lepas cerita taib mahmud upah perunding imej cyber pro-israel tak mendapat sambutan , sekarang hentam najib plak . biasalah mentaliti pembangkang dibawah teraju PKR . pusing dan reka cerita walaupun tiada kaitan jadi perkara biasa. itulah yang diajar PKR kepada PAS , matlamat menghalalkan cara . so najib baiklah letak jawatan sebagai PM dan diganti dengan anwar ibrahim yang langsung tiada kaitan dengan israel . hinggakan nak nyatakan sokongan pada flotila pembebasan gaza pun tak berani apalagi nak buat ucapan kutuk yahudi . buat ucapan pluralisma galak sangat.

Reply
avatar
PakSu Man
July 26, 2011 at 10:36 PM delete

Dah nak posa Bang Jib oiii, khamis ni Bang Jib nak tengok bola siaran lansung M'sia-S'pore nga-nga ramai2 d Kedah.
Kalau nak tegak Islam, khamis mlm ni anjur la ceramah sempena kedatangan Ramadhan d Negeri Kedah yg d perintah PAS baru cunnn... ni ajak org lalai dlm hukum Islam.
Islam Bang Jib ikut Rasulullah SAW kaaa... ikut penasihat yg d import khas dari USA ? sapa mau ikut luuu!
"Orang kaya, Orang miskin ;
Cakap tak serupa bikin"

Reply
avatar
July 27, 2011 at 6:23 AM delete

PenganutPOS,

Apa dah kau posting kat blog orang ni, kau punya blog hidup segan mati tak mau ke atau mati segan hidup tak mau? Bila Najib kau kata fitnah, bila Anwar kau tak kata fitnah, bagus betul mentaliti Islam kau ni ye? Mentaliti Islam PenganutUMNO memang songsang!

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 7:48 AM delete

Dr sudut sisi mana lah presiden JIM ni boleh percaya dgn janji PM .. cukup lah banding kan islam PM dgn Pak Lah ...

Mmg lah beliau beragama islam tapi tak semesti nya cara hidup nya benar benar sbg Islam...

JIM seolah olah merestui permainan video sex dan kes liwat .. tak gitu !

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 7:59 AM delete

apakah angkat sumpah yg menybbkan org itu menjadi amanah atau apakah imam itu yg menjadi org itu amanah..?

komen jim hny lah satu langkah yg terhasil dr pertemuan najb dng pope ..

jib amat ragu ragu dan takut dgn pertemuan itu ... pope dia nak ambil kesempatan dng jim pun dia nak ambil kesemaptan ...

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 8:04 AM delete

cara yg mengaku penganut pas komen mcm sgt sgt berharap anwar kutuk yahudi ... seolah olah kata kata anwar itu lebih berkesan dr najib ..

kalau anwar betul betul dpt sokongan yahudi ... dah lama dah pakatan ambil kuasa ...

sbb bagi untung bisness pd yahudi lah najib berani kutuk yahudi ...

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 8:30 AM delete

selain dr caleb howe dan Josh Tervino .. jib juga mengunakan perkhidmatan yg hampir sama dgn khidmat bloger ala ala yahudi .. di percayai menguna nama samaran penganutpas ... utk mengelirukan peminat peminat ASD..

org lemah mencari sokongan mmg mcm tu .. bila bola dia pun bola .. nanti dia kata lah org dtg tenguk bola sbb dia...

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 9:52 AM delete

Bak kata Nik Aziz, takpe kalau bukan Islam tak faham Islam. Sebab mereka tak faham tentang Islam.

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 10:29 PM delete

Tak nampak korang ni ke? Najib yg dah sesat ugama kan nak mempermainkan org Melayu supaya berbelah-bagi. Najib yg telah cemari Islam serta bankrupt moral sememang nya harus menjadi contoh teladan sebelum membuka mulut dia tu....

Reply
avatar
July 27, 2011 at 10:38 PM delete

cerita macam ni pun ramai jugak yang percaya . emmm bila lah korang dapat jumpa dengan najib dan mintak maaf sebab mereka cerita karut untuk menjatuhkan aib nya . kalau tak bawak ke akhirat lah dosa tu . macam tu jugak lah hujah PAS bila timbul kes video seks anwar dengan pelacur cina tu .

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive