Najib anggap Wang Kerajaan itu milik UMNO?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Sebaliknya, Khalid berkata Najib harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.

“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.


“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini.

Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat," Najib dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.

“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak,” katanya.

Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).

Terbaru, program ‘Jom Shopping’ yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.

Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).



TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

16 comments

comments
Anonymous
July 24, 2011 at 3:34 PM delete

Semua orang tahu duit yang diberikan kepada rakyat tu adalah duit rakyat. Ya duit rakyat dikembalikan kepada rakyat melalui Kerajaan BN.

Habis... LGE beri RM 100.00 sorang tu duit poket dia sendiri ka...'Duit judi kan???? bukan duit rakyat..???

Awat bodoh sangat nie...

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 4:17 PM delete

Duit BAPAK Si Najib SIAL....

Reply
avatar
July 24, 2011 at 4:40 PM delete

Itulah antara kesilapan sebilangan masyarakat , yang kononnya terhutang budi dengan kewangan Umno sedangkan ia milik rakyat.

3 Bahagian Sabar

Berdakwah tapi jadi ahli Neraka
.

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 7:08 PM delete

hati puak umno bn semua dah keras tak bolih nak ditarbiah lagi , kalau dah para mentrimya diatas tu ada yang perogol pembunuh perasuah penfitnah pembuat filem lucah apa nak dikato semuanya sama belako

Reply
avatar
PakSu Man
July 24, 2011 at 7:11 PM delete

sapa perintahpun memang kena berbelanja berbilion ringgit maaaa... itu memang t/jwb kerajaan pd rakyat, Bang Jib dok ungkit2 apaaa niii..... PR perintah t/jwb PR pulak maaaa!
Masa tu Be eNd perintah Johor, Be eNd pulak bg duit RM50 pada warga umur 55. amacammm!

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 7:35 PM delete

Ini cerita benar...

Sebuah NGO yang menjaga kebajikan anak2 luar nikah telah dianiaya.
Kalau anda nak tahu, penaungnyer MB Johor sendiri. Katanya peruntukan RM5000 sebulan untuk menampung belanja. Dia sendiri cakap depan orang ramai, pergi saja ke Pejabat Daerah, tunjuk surat tawaran, dan kutip RM5,000.

Apa jadi....

Bila pergi ke Pejabat Daerah, pegawai cuam beri RM1500 ata uRM2500 sebulan...

Mana pergi selebihnya...???

Pegai tu siap cakap, kalau nak duit ni ambik, kalau tak nak balik saje...

Ini dinamakan Ketirisan yang dimaksudkan oleh TS Khalid yang mulia...

Saya org Johor....

Malu ada Mb yang cakap tapi, orang2 bawah, curi duit sesuka hati!

Banyak lagi badan2 NGO yang dianiaya mcm nie di johor..

Takut nak report, kalau report, takut langsung dibekukan saja duit tu... Apa nk buat, ambik saja lah duit yang ada, daripada tak ada...

Sial punya kerajaan BN!!!!

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 8:38 PM delete

bukan setakat wang rakyat saja yg di ingatkan wang UMporNO, malah sistem polis dan kehakiman pun di buat macam negara ni mak bapak pemimpin umno punya.

Reply
avatar
inesiina
July 24, 2011 at 8:43 PM delete

perasan lebih macam tue la..susah2..

Terhangat Dari Oven :
Penjelasan PDRM Mengenai Isu baharuddin Ahmad!!
Jangan Menyampuk !!

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 8:45 PM delete

Berbillion-billion diperuntukkan kdp rakyat (kata najib). Mane duitnya? Apa rakyat dapat? jalan? Babi pun buat jalan. Khalid beri rm100. not 100 tulen bukan tiruan. jelas ada duitnya.

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 9:57 PM delete

tuk jib kata dia bg berbillion ringgit tp bg pada siapa? siapa yg dpt? hakikatnya barang2 semakin naik, terkejut juga dgn kenaikan bil letrik pakai mcm biasa aje spt seblum nya tp melebihi hampir rm 80 makna nya pakai letrik sama spt sebelum kenaikan TARIF letrik tp kena byr hampir rm 80 sebln, menteri2 xpe lah semua free ckp tak serupa bikin, yg tak sedar diri hy pencacai2 umporno sbb hati mrk dah keras dan kotor..Ya Allah dgn Rahmat ZatMu yg bersifat Al Qarim smuga sinar baru akan menyinari bumi bertuah ini dgn Nur Keislaman..amin!!! Yg kaya raya pemimpin2 umporno dan Bee End, kroni2nya yg tertekan adalah rakyat marhaen.

Reply
avatar
July 24, 2011 at 10:50 PM delete

"Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB"....emmm kenapa wang dari kumpulan semesta?? kenapa range nya sangat besar 5 hingga 10juta ?? tapi kumpulan semesta dapat 10.3juta jer dari duit pasir . eemm pandainya MB selangor cover line lepas curi pasir . duit pasir yang pegi ke tabung pilihanraya tak declare ker ??

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 11:29 PM delete

mmg yg kita cite ni duit rakyat ..

anon 3:34 PM ..

tp duit rm 100 tu sepatutnya duit LGE kalau ikut kira kira dan fahaman amenog dimana duit itu masuk dlm saku mereka sendiri ..

ini adalah duit yg terlebih setelah membuat perancangan dan peruntukan .. kalau LGE kebas pun pp tetap maju...

ini lah beza nya pakatan dgn bn..

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 11:35 PM delete

pm tak faham ... jika pakatan bg rm 100 ... maka bn kjaan persekutuan bg lah rm 300 ...


yg aku tahu selalunya org tua tua ni dtg ke majlis atau jamaun pemimpin bn ... mrk hanya diberi hamper spt milo, biskut, susu dan gula... itu pun yg ditaja oleh syarikat ...

Reply
avatar
Anonymous
July 24, 2011 at 11:43 PM delete

pak cik dan makcik...
uncle dan aunty ...
aiya dan achi....

mereka semua dpt 'feel'gi shopping .. kalau tny dia org 'hendak kemana..' tentu dia jawab 'g jom shopping'... tak de org yg g shopping dgn rasa sedih ...

dan ingat duit yg diberi pd mereka adalah duit org tengah .. bukan duit yg di peruntukan kpd rakyat ... itu lain ..dah ditolak ketepi...

najib klau buat mcm ni ... org tengah akan meleleh ...

Reply
avatar
Anonymous
July 25, 2011 at 10:57 AM delete

Ada jugak yang bangang masih nak pertikai pasal isu lapok berkenaan pasir. aku masih igt pada awal2 k'jaan PR selangor atasi masalah pasir..puak2 Khir Toyol dan Noh Omar masing2 tunjuk hero..padahal rupa2nya nak cover barah yang selama ini di bawah UMPORNO. Kroni dh hilang sumber pendapatan mula la mcm cacing kepanasan..bila dah urus dengan sistematik tak sangka plak ada kroni yg dulu makan duit hasil pasir ni dtg komen pertikai hasil pasir..yang penting lebih banyak dari zaman toyol..jelas kehabisan idea mereka2 ini, yang tinggal hanya fitnah

Reply
avatar
MAKpenganutPAS
July 27, 2011 at 5:19 PM delete

penganutPAS
penganutPAS tu. la mak dah pesan.kalau belajar,belajar bagi habis.yg sebuk hal selangor kenape.johor hari2 jual pasir kat singapore.mana duit tu? mana range pasir rm5-10 juta tu.kalau selangor ada juga bunyi range2 tu..tapi johor...jangan kata range....banjir kat johor tempoh hari pun putar belit kata sampah tersumbat yg menyebabkan banjir.pdhal akibat perlombongan pasir.meh balik umah skrg penganutPAS oii..mak nak tarbiah kamu seket.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive