Lagi Alasan Ibrahim Ali kenapa PERKASA batalkan perhimpunan..

Alasan bodohnya kali ini.. "Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu,”

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.


Masih takbur lagi.. "Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA,” dakwanya.

PERKASA batal himpunan bagi elak Melayu bertembung

Presiden PERKASA Ibrahim Ali mendakwa beliau membatalkan perhimpunan 9 Julai bagi membantah perarakan BERSIH 2.0 pada minit terakhir bagi mengelakkan pertembungan di kalangan orang Melayu.

Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.

Menurut Ibraham, keputusan menarik diri itu dibuat selepas kira-kira 50 ahlinya yang dihantar sebagai penyamar menyelinap di kalangan penyokong BERSIH 2.0 bagi memantau perkembangan pada hari tersebut.

"Mereka beritahu saya, peserta (BERSIH 2.0) adalah orang Melayu. Cina hanya sedikit, mungkin satu atau dua peratus, dan India lagi tidak ramai.

"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.

"Jika kita (PERKASA) berkumpul, kita tidak boleh menahan penyokong kita daripada berarak, dan akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.

Keputusan 'berani'

Ibrahim juga mendakwa dua faktor lain yang mempengaruhi keputusan 'berani' yang diambilnya itu bagi membatalkan perhimpunan PERKASA adalah kerana menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu demonstrasi jalanan diadakan.

Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.

"Jadi mengambil kira titah Agong dan Sultan, dan demi orang Melayu serta menyedari polis sibuk mengawal BERSIH, jadi saya buat keputusan berani supaya perhimpunan (PERKASA) tidak diadakan. Saya batalkan perhimpunan pada jam 1 petang.

"Jika saya teruskan pada hari itu, dengan senang saya boleh kumpulkan 3,000 orang. Apabila saya batalkan perhimpunan itu, di Titiwangsa sudahpun berada 300 ahli PERKASA,” dakwanya.

Sambil menafikan dirinya itu pengecut dan dakwaan bahawa PERKASA gagal mengumpulkan penyokongnya, Ibrahim, 61, yang juga ahli parlimen Bebas bagi Pasir Mas berkata menjelang 9 Julai, 15,000 orang telah berdaftar bagi menyertai perhimpunan itu.

Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Malah, dakwanya mereka yang membuat tuduhan seumpama itu adalah golongan yang sakit, bodoh dan banggang yang cuba memprovokasikan dirinya.

Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
PakSu Man
July 29, 2011 at 11:43 AM delete

1)"akan berlaku pertembungan di kalangan orang Melayu”
2)"mengambil kira titah Agong dan Sultan dan demi orang Melayu"
Certia Bang Ali sudah BASI laaaa Bang Ali oiii.
BERSIH beghimpun sekeping cerminpun tak d pecahkan inikan pula sesama manusia, ini maknanya "berghimpun cagha aman"
Sebelah sini okkk.. sebelah sinunn tu yg dok cadang nak bagi koo!
Sudah2 laa Bang Ali, pelita Bang Ali sudah malap... lagi lama cakap lagi KANTOI Bang Berahim Ali niii.

Reply
avatar
July 29, 2011 at 11:53 AM delete

Sebiji cermin memang tak pecah tapi pura pura mati ada lah...

Reply
avatar
bunbinban
July 29, 2011 at 12:47 PM delete

hahaha...tu ari suh cina dok umah. Pastu kata bas kena tahan, tak lepas masuk. Pastu arahan suh batal sbb yg ramai melayu dlm BERSIH. hahaha...last sekali nyuruk belakang sultan. cisssss pantang anak melayu jadi pengecut mcm lu brahim. Udah le. dok umah je berehat. Yg best sekali nak dtg demo siap daftar lagi. BERSIH takde daftar2nye. Dtg sukarela. Lu tak kenal gua, gua tak kenal lu tapi tengok kehadiran penyokong BERSIH, selamba je walaupu roadblock keliling KL. Jadi Perkasa, tak yahlah cakap besar. tak yah nak provok. Lu ingat lu org je ada waris, org lain takde?. Bodoh sasau.

Reply
avatar
Anonymous
July 29, 2011 at 12:59 PM delete

Pak Berahim ni mmg kita semua tau dia mmg tak berapa nak cerdik tp kurang2 dia dh byk kaut RM terutama dari Mamak Mahadey, tp yg aku kesian sekali yang kt orang2 setia yang kat belakang dia tu. Setakat pak berahim janjikan korang dengan projek kecik2 ataupun elaun ribu riban sebulan, nak disamakan dengan maruah diri aku rasa mmg tak berbaloi sekongkol dengan katak pasir mas ni

Reply
avatar
BARISAN NAZIZONISION(BN)AL
July 29, 2011 at 9:37 PM delete

Pak brahim kicapman,zaman mamakdir dan episod jaguh pasar lambak dah berlalu,luu rehat saja brahim,jgn cuakkan org melayu dan bunuh melayu terkukur yg asik menyanggak gigi palsu luu brahim,waa tak hairan kata lu semua dah basi buat makan anjing pun tak makan cerita luu,hanya mereka2 yg haus dan dahaga sedekah perkosa yg sokong luu,sebab perkosa perlu subsidi dr kerajaan utk terus dikutakkatikkan zaman ciberni,jgn membodohkan keturunan kita hanya semata2 nak tunjukan nama brahim kentut kicapman dipesada politik pasar lambak...luu memang cibai,memperbodohkan bangsa sendiri..so renung2lah sahabat..

Reply
avatar
Anonymous
July 30, 2011 at 12:56 AM delete

patuh pd perintah Agong?
dah buat sekerat jalan, tgk pengikut PERKASA pun sikit(rata-ratanya org luar) nak mengaku boleh kumpul 3000 org????
kalau dia ni menurut titah Agong, dah lama dia duduk rumah makan bubur

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive