Kos Sara Hidup Menigkat, Sokonglah UMNO/BN lagi..

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Peningkatan kos hidup dilihat akan menyulitkan Barisan Nasional (BN) dalam menarik sokongan pada pilihan raya umum ke-13 khususnya di kalangan pengundi kawasan bandar yang berhadapan dengan kesan pendapatan kekal tidak berubah sedangkan paras inflasi pula mengalami kenaikan.

Pugutan suara di kalangan 100 warga kota oleh The Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan 44 peratus menuding jari ke arah kerajaan berhubung kenaikan kos berbanding 41 peratus mengaitkan dengan faktor global dan hanya lima peratus mempersalahkan golongan peniaga.


Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kadar inflasi pada Mei 2011 adalah 3.3 peratus, masih rendah daripada paras lima peratus yang boleh diterima oleh kerajaan.

Pentadbiran Najib tidak mengatakan bila akan memanggil pilihan raya umum tergempar, tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberitahu ahli-ahli Umno agar bersedia memandangkan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.

Daripada 86 orang, yang merupakan pengundi berdaftar, seramai 40 responden berkata kos sara hidup kemungkinan akan memberi kesan ke atas pendirian sokongan mereka dalam pilihan raya umum manakala 31 yang lain mengatakan tidak mungkin ada kesan ke atas mereka. Seramai 15 pemilih berkata kos sara hidup akan memainkan peranan berkecuali dalam menentukan siapa yang mereka akan mengundi kelak.

Seorang pesara Rohani Saad, 57, memberitahu The Malaysian Insider, dia percaya undi ketika pilihan raya umum merupakan satu-satunya cara boleh melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kenaikan kos sara hidup.

“Jika kerajaan mengatakan harga tak naik, harga tentu naik,” kata Rohani yang kini bergantung pada simpanannya.

Meskipun Rohani berjimat cermat, membelanjakan sekitar RM100 seminggu untuk barang-barang runcit bagi suami dan dirinya, dia merasakan kedudukan kewangan semakin buruk tahun ini.

Malah mereka yang agak berada pun merasakan mereka “miskin” sekarang ekoran peningkatan inflasi.

Seorang pengurus pejabat yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, kerajaan seharusnya memantau harga barang khususnya harga barang-barang keperluan seharian seperti makanan bagi membolehkan kos sara hidup dapat dikawal.

Meskipun pendapatan Anne dan suaminya mencecah RM10,000 sebulan tetapi dia terpaksa memotong bajet membeli ikan sebab ia terlalu mahal sekarang.

“Kami suka makan ikan, tetapi kami juga rasa perit (kenaikan harga),” katanya lagi.

Meskipun pentadbiran Najib menggerakkan program-program transformasi ekonomi tetapi kesannya belum dirasai rakyat memandangkan mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga barangan khususnya di kawasan-kawasan bandar berbanding kadar pendapatan.

Perkara ini juga dikesan menerusi pungutan suara yang diadakan.

Kira-kira 34 peratus responden berkata mereka merasakan kedudukan kewangan mereka lebih buruk berbanding setahun lalu manakala 43 peratus merasakan tiada sebarang perubahan dan 23 peratus mengatakan keadaan mereka lebih baik.

“Kehidupan di sini semakin buruk sekarang,” kata Choong, 40, seorang pemilik restoran di Subang Jaya.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki barangan keperluan berbanding negara-negara lain seperti England.

Selain perbelanjaan isu rumah yang semakin meningkat, katanya, bisnes restorannya merasai kesan memandangkan ramai pelanggan sudah kurang makan di luar ekoran kenaikan kos.

Bagaimanapun beberapa orang yang ditemui tidak bersetuju dengan Choong dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia lebih baik berbanding mereka yang tinggal di luar negara.

“Rakyat Malaysia yang tidak pernah tinggal di luar negara tidak tahu yang mereka sebenarnya bernasib baik kerana semuanya ada di sini,” kata Muhammad Zafran Kadir, seorang pengurus komunikasi dari Subang Jaya.

“Berbanding kepercayaan popular, Malaysia merupakan salah satu bandar raya paling rendah kos hidup. Ketika saya berada di Australia, saya mengeluarkan A$400 (RM1,280) seminggu untuk sewa. Jika bukan kerana pinjaman kerajaan, saya tidak boleh hidup,” katanya lagi.

Pun begitu, penganalisis memberi amaran bahawa kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara akan menjadi isu utama pilihan raya.

“Kos hidup sentiasa menjadi isu serius bagi kerajaan apabila berhadapan dengan pilihan raya,” kata James Chin, penganalisis politik dari Monash Univeristy kampus Malaysia.

“Ketika keadaan ekonomi tidak baik, kerajaan berhadapan dengan kesukaran,” katanya.

Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan berkata kos sara hidup merupakan isu paling ketara di kalangan orang ramai.

“Sejauh mana baiknya keadaan ekonomi, ia memainkan peranan signifikan dalam arah aliran pengundian,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Saiful juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan pilihan sukar memandangkan beliau terperangkap dalam dilema sama ada wajar memotong subsidi, sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal bagi mengimbangkan bajet kerajaan, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan situasi tekanan kenaikan harga barang.

Menurutnya, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak pada 1970 telah membawa kepada pergantungan ke atas campur tangan kerajaan dan subsidi, sekali gus mewujudkan budaya subsidi yang sukar bagi Najib untuk keluar.

“Bagaimana Najib boleh memberitahu publik bahawa subsidi tidak boleh berkekalan?” kata Wan Saiful.

“Beliau tidak boleh kata bapanya salah apabila melaksanakan DEB,” katanya lagi sambil menambah, “sesuatu yang malang bagi kerajaan buat masa sekarang.”

Wan Saiful berkata, Pakatan Rakyat memperoleh kelebihan politik daripada tindakan Putrajaya memotong subsidi dan impaknya ke atas kos sara hidup tetapi menurutnya, ia pendekatan popular dan tidak bertanggungjawab.

Malah kata beliau, sebagaimana kerajaan semasa, Pakatan Rakyat tidak dapat mengekalkan subsidi untuk jangka masa yang panjang.

Kata Wan Saiful, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding menentang pelarasan subsidi.

Sementara parti-parti politik berusaha memikat undi, pengundi sendiri kelihatan sinis dengan mendakwa bahawa sokongan mereka hanya dikira ketika pilihan raya tetapi bukan dalam persekitaran realiti.

Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, meskipun dia sudah banyak kali mengundi tetapi tidak merasakan undinya ada membawa sebarang perubahan.

Lee yang berusia 70 tahun berkata, dia kecewa kerana harapannya agar kehidupan akan bertambah baik tidak mendapat perhatian ahli-ahli politik.

Katanya, bilangan mereka yang mengunjungi gerainya semakin menurun memandangkan ramai mahu makan di rumah.

“Saya tidak tahu ke mana pergi mereka semua,” katanya dengan nada kesal.


The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
Anonymous
July 25, 2011 at 8:11 PM delete

johor Baru, area Tampoi, Pasaraya Kipmart

Ayam sekilo RM8.00


Apa nak jadi...? Sapa yang perintah negara sampai jadi mcm nie...?

BN kan... BN kan...

Macam nie aku tak sanggup nak undi BN lagi...

Sebagai rakyat Johor... I say Good Bye to BN...

Kali ni memang betul aku undi DAP!!
Tak kira aper pun janji bukan BN.

Reply
avatar
July 25, 2011 at 8:51 PM delete

hello bro, aku kat muar ni dah lama x undi BN,harap harap yang lain pun sedar.

PR tawan johor lah plak

Reply
avatar
July 25, 2011 at 9:23 PM delete

Saudara2ku sekalian.. adakah kerana harga barang naik terus kita nak salahkan BN dan menjatuhkan maruah dan moral kita dengan mengundi DAP.. Apakah yang DAP dan PR buat untuk kawal kenaikan harga barang.. Kita menyalahkan kerajaan tapi kita juga yg menyebbkan harga itu naik.. kalau tiada permintaan takkan harga boleh naik.. sedarlah wahai saudara2ku... Ikutlah seruan kerajaan agar berjimat cermat dalam berbelanja.. beli hanya untuk alas perut.. amalkan berpuasa isnin dan khamis... Duduk di rumah plet tanam sendiri sayur, sawi, kobis, serai, kailan secara hidroponik.. Ayam itik boleh juga dibela bagi mengelak terlalu bergantung pada ayam di pasar.

Heheheh.. aku bercakap bagi pihak UMPORNO.. sebb itu la yg ada dalam kepala otak diorang.. sesungguhnya tiada alasan munasabah utk kerajaan nak naikkan harga barangan. dalam masa mereka terus mentekedarah harta rakyat.. duduk di hotel dubai sehingga RM100,000 semalam..

Apa yg aku tahu sejak umur aku 21 tahun aku mmg tak pernah beri undi pada BN. dan aku pastikan kesepuluh adik beradik aku takkan beri walau satu undi pun pd barisan perompak negara

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 12:17 AM delete

aku semenjak berhenti dari tentera memang aku tak pangkah pun dacing sbb aku tahu timbangan nya tak betul, dah dlm tentera tak pernah pun mengundi tak tahu lah siapa pangkah utk aku..bila minyak di naikkan k'jaan bg alasan negara jiran lg mahal tp mengapa tak bg tahu bahawa singapore duit nya lg besar dari rm kita. rm 2.60 kita baru sama S$1.00 jadi kalu minyak mrk mahal dari kita memang patut pun mrk bukan pengeluar kita yg jd pengeluar..agak2 nya kalau msia ini takde minyak ntah mcm mana jadi nya yer. yg penting PRU ke 13 ini BN jd pembangkang!!! makin BN memerintah makin barang naik mampus rakyat di buat nya..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 1:03 AM delete

Tak serik ke dgn prmainan BN ni?? Mrk yg kaya-raya je sokong BN. Klu lu miskin, depa gunakn waktu PRU je. Lepas tu goodbye le.

Meh sy tolong tp ingat jgn pangkah BN lagi. http://goldprofit2u.blogspot.com

Reply
avatar
akula
July 26, 2011 at 8:37 AM delete

salam semua..

smlm aku pergi pasar basah di kuantan..

berikut harga2 barang semasa yg rata2 peniaga kata TERPAKSA dinaikkan walaupun sudah melebihi harga brg2 kawalan..

aku x marah pun diaorang,sbb diaorang dapat brg tuh pun dh mmg mahal dr pembekal..

so,korang pergilah pasar tmpt korang,tgk ar baper hengget harga brg2 berikut..

1. ayam tanpa kepala,limpa,perut etc = $8.50 /kg

2. ikan kembung = $15 /kg

3. ikan selar = $12 /kg

4. ikan tenggiri = $25 /kg

5. udang putih saiz sedehana = $ 12 /kg

6. bawang india = $9 /kg

7. lada merah = $18 /kg

8. daging tempatan = $25 /kg

9. roti gardenia (kecik) = naik $0.10 berbanding bulan lepas (mula2 aku x perasaan, tp bila check klip plastik penutup roti lama2 yg aku simpan, ropanya harga dh naik dah!!..)hampeh..

so,rata2 brg2 di atas adalah lebih mahal $5 hingga ke $10 (kecuali ayam) berbanding sebelum subsidi diesel super ditarik balik untuk kenderaan perdagangan..

so,RENUNG2KAN LAH..
DAN SELAMAT BERSEKSA2 LAH..
:)

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 12:49 PM delete

salut..utk org2 johor kerana berani..kasi pecah itu tembok "UMNO" sbb djohor lah umno bermula..

Reply
avatar
Batu Nisan(BN)
July 26, 2011 at 11:22 PM delete

99 dulu aku dah cakap jgn undi BN kita semakin papa kedana,menteri semakin kayaraya,sebab mereka pegang duit rakyat,kita pegang buntut ayat,setiap kempen pru melayu kita dibodo oleh pak menteri kata jgn entot2 hak melayu kita akan berpecah jika undi parti pembangkang,maksudnya jika kita tak undi mereka BN parti akan kalah dan tak dpt jdi menteri kuasa nak rampas duit rakyat akan berkecai,miskin balik lah BN so papa kedana mcm rakyat semua,itulah najib bermati2an nak pertahan BN/umnok kerabat pencacai,yg kena tipu rakyat...kalau rakyat dpt tahan siksa hidup hari2 ...waa saran UNDILAH BN/UMNOBROK sampai tutup mata,itu bukan pembela rakyat namanya,itu pembunoh..so masih byk melayu tertipu belum sedar,kaum lain dah kepenghujung kita masih berteka teki nak maju....itulah asik2 berpandu pada nasib,kuno betullah ..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 11:39 PM delete

kalu duit cukup sedapla cakap jimat.kalau masa dulu2 jimat cukup skrg dh jimat macam2 xcukup lg memang patut aku pangkah DAP.aku cina suke ati la

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive