Kontraktor Projek PRK Galas ditipu UMNO/BN?

GUA MUSANG, 25 Julai: Selepas sembilan bulan pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas berlalu, namun belum pun kelihatan janji projek perumahan rakyat seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Projek perumahan berharga RM180 juta itu telah diletak batu asas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya berlangsung.


Jauh sekali untuk melihat projek mega lain dilaksanakan, antaranya Golf Club dan Country Resort bernilai RM856 juta, Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus Universiti Malaysia Kelantan cawangan Gua Musang (RM316 juta).

Lebih memalukan lagi usahkan projek bertaraf mega, projek segera yang dilaksanakan bernilai di bawah RM50,000 pun didakwa belum dibayar kerajaan pusat sehingga sekarang.

Lebih malang lagi masalah itu dialami sendiri anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus yang juga seorang kontraktor.

Beliau mendakwa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran dilaksanakan semasa kempen pilihan raya Galas lalu belum dibayar sehingga sekarang.

Abdul Wahab merupakan kontraktor kelas F diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil di bawah kendalian Kementerian Pelajaran semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya telah mengemukakan tuntutan terhadap projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil Galas sejak Disember lalu.

“Malah pada 10 Julai lalu saya datang menemui pihak terbabit bagi menyelesaikan bayaran tuntutan nilai projek yang telah saya laksanakan.

“Namun segala usaha saya bagi mendapat bayaran projek yang dilaksanakan gagal,” katanya ketika datang mengadu masalah itu kepada penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin di sini baru-baru ini.

Beliau begitu kesal kerana kos yang terpaksa ditanggung bagi menyiapkan projek pilihan raya kecil Galas tidak dibayar kerajaan BN sehingga sekarang.


Harakahdaily

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
July 26, 2011 at 11:03 AM delete

Ok ar tu. Brkorban utk parti Umno. he.. hee..

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 11:55 AM delete

.....by the way, ku Li berterima kasih kpd pengundi Galas. Ku Li tetap yakin yg semua dun dibawah gua musang adalah fix deposit selamat bagi umno.

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 4:54 PM delete

... beginilah nasib kontraktor kita .. tak ambil projek, tak boleh ... ini peluang bisnes utk kembang kan bisnes ... tp kena kencing ..

projek segera selalunya tak de peruntukan .. yg melulusnya amprono .. jd macamana kementerian nak bayar ..

kontraktor ini akan serik dan mungkin akan putus asa... di ganti pula dgn kontraktor baru yg bersemangat .. pun akan kena kencing ... beginilah nasib kamu selagi di jajah ...

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 5:02 PM delete

mohon pencacai amco .. bela lah nasib saudara kita ini .. jgn lah asyik nak bela tuan kamu dng balas hujah kami je ...

kamu selalu salahkan kaum lain .. wal hal puak kamu lah yg menzalimi saudara kamu sendiri ..

dan sedarlah ini lah bukti yg kami katakan kjaan pusat tdak mempunyai wang .. rm 50,000 byk mana sangat lah dr kesan buruknya..

org yg zalim, suka menfitnah, nonton video sek, putar belit dan sombong adalah org yg susah berpegang pd janji...

Reply
avatar
Anonymous
July 26, 2011 at 5:10 PM delete

bila negeri pakatan beri rm 100 pd warga emas .. najib kata dia pun byk menolong rakyat tp tak heboh heboh ..

sebelum najib menolong rakyat dia kena tunaikan janji pd org yg telah membuat kerja dulu dgn membayar upah nya .. kemudian baru dia boleh menolong org lain atau rakyat ..

menyelesaikan masalah pembayaran kontraktor/makenik (kawan aku pun kena) bukan ah menolong tp amanah/tanggung jwb ..

Reply
avatar
July 27, 2011 at 9:32 AM delete

amanah tidak wujud dalam kamus umno!

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:03 AM delete

Nanti lah. Sekejap PR13, akan buatlah pecah tanah. Kemudian kerja henti sja. Itulah cara pornmno punya taktik...hang semua kurang paham ke?

Reply
avatar
Anonymous
July 27, 2011 at 11:06 AM delete

Tonton video ini... betapa korapnya Najib...
Klik

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive