Ini barulah dikatakan BOHONG!!

Seorang Doktor yang memiliki sebuah klinik di Pulau Pinang menulis didalam blognya panjang lebar mengenai isu kecederaan kaki Mat Sabu akibat dilanggar oleh Land Rover milik Polis, beliau merujuk kepada beberapa perbezaan yang kononnya amat ketara di dalam laporan kecederaan Mat Sabu kerana sebagai seorang doktor perubatan, beliau berpendapat laporan tersebut tidak kena dengan kecederaan yang dialami oleh beliau.

Dipendekkan cerita.. beliau tak percaya akan Mat Sabu akan dibedah jumaat lalu atau dalam lain ayat Mat Sabu bohong perihal kecederaannya itu..


Jumaat jam 3 petang yang lalu Mat Sabu telah selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, ternyata beliau tidak berbohong mengenai kecederaannya itu.. lihat gambar X-Ray di ( SINI.)

Takkan Mat Sabu saja suka-suka nak masukkan skru dalam kaki dia kot… Dr.? Patutlah klinik hang hidup segan mati tak mahu.. buat analisa berjela-jela tapi langsung tak tepat..

Kalau nak tahu apa dan bagaimana itu dikatakan BOHONG kat bawah ni ada contoh.. Pembohongan oleh Pemimpin UMNO..

Berita dari mana entah lah.. aku terjumpa dalam Blog Ketua Penerangan UMNO..

Mula-mula berita itu melaporkan

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.

Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan.

Tapi diakhir berita pula..

Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Mamak tu kata 108,000 tandatangan.. tapi Ahmad Maslan kata 1,263,177 tandatangan..

Siapa bohong? Ahmad Maslan atau Mamak Presiden Kimma tu??

Yang pasti bukan Mat Sabu yang berbohong tapi salah seorang dari dua orang pemimpin yang ada kaitan dengan Barisan Nasional diatas..


Kempen Sejuta Tandatangan berjaya


AHMAD Maslan menurunkan tandatangan selepas melancarkan Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Turut serta, Syed Ibrahim Kader (bersongkok).

KUALA LUMPUR 17 Julai – Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.

Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan.

“Hari ini kempen itu diadakan serentak di 212 lokasi di Semenanjung Malaysia dan ia merupakan cara kreatif bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

“Kaedah aman untuk menyatakan sokongan rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza fahaman politik itu dibuat tanpa perlu membuat porak-peranda di jalanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Sejuta Tandatangan di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Skuad Jom Berdaftar Yakin bagi membantu rakyat terutama ahli Kimma yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melawat dari rumah ke rumah.

Kimma menyasarkan lebih 100,000 India Muslim dapat didaftarkan sebagai pengundi sehingga hujung tahun ini.

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO, mengucapkan terima kasih atas usaha penganjur melaksanakan program baik seperti itu dan tandatangan tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, kempen itu secara tidak langsung membuktikan rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan.

Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Kimma berkeyakinan, sebanyak sejuta tandatangan dapat dikumpulkan petang ini berdasarkan sambutan yang begitu baik diterima.

“Kami juga akan memastikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ataupun revolusi akan ditentang habis-habisan,” ujarnya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
July 19, 2011 at 2:21 AM delete

2 NGO Muslim diperalatkan untuk menyokong propaganda 1 Malaysia?

3 Bahagian Sabar

Berdakwah tapi jadi ahli Neraka?

.

Reply
avatar
July 19, 2011 at 3:30 AM delete

Ahmad Sabu 2, Maslan 5, dah tahukan jawapannya?

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 7:27 AM delete

Menipu ni dah jadi darah daging pemimpin2 UMporNO. Budaya menipu ni di ilhamkan sendiri oleh presiden UMporNO sekarang najib bini rosmah. Tapi penyokong2 UMporNO ni ibarat lembu gila yang tak mengaku lembu tapi dok tuduh orang lain menipu.
-----------------------------------
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.
“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).
Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.
Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 7:28 AM delete

ingat umno teringat PENIPU, ingat PENIPU teringat umno.

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 9:27 AM delete

Aku ada tempat depa tandatangan tu. Setiap org yg lalu kat area tu dipaksa org sain kat kain putih tu.
Tapi cuba hangpa cabar depa minta baca apa yg org ramai sain kat kertas tu... ramai yg sain dan kutuk PM.... bermacam2 komen depa tulis!

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 9:58 AM delete

saya boleh confrim cerita Fathilullail, kain rentang kat supermaket Haniffa tu ada macam2 komen negetive pasal najib. Tapi takut3 depa dah padam macam padamnya rekod keluar-masuk altantuya kat imegresen.

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 10:11 AM delete

PERGI JAHANAM DGN UMPORNO DAN KUNCU2NYA!

Reply
avatar
July 19, 2011 at 11:44 AM delete

Di pihak Pakatan kita ada Mat Sabu. Di pihak UMNO depa ada Bung, Nazri dan Ibrahim. Kita ada 1 mulut laser, depa ada 3. Bila 1 lawan 3 tentulah yang 1 itu hero, yang 3 itu pak sauk. Atau yang 1 itu memang handal sampai nak lawan dia mestilah dengan 3. Sebab tu UMNO memang akan kerjakan Mat Sabu sebab dia ni memang handal dan dia Hang Jebat! UMNO mana suka hang jebat.

Reply
avatar
Anonymous
July 19, 2011 at 4:07 PM delete

mmg dia org ni bonggok !!

satu juta tu sasaran ukt najib letak jawatan...oleh itu dia org kena dptkan yg menyokong dia org ..2 kali lebih dr jumlah sasaran survey guna internet.. Fecebook, Group

yg pakai kain pemidang tu .. seseorg boleh ttgan 10 kali... dan sape yg nak buat keje gila nak kira satu satu ttgn tu utk mengesahkan cukup 1 juta... dan ada ttgn yg sama ... sdgkan survey guna internet tu dikira cara auto..

jd dia org guna cara ini supaya senang dia org berbohong...

Reply
avatar
Anonymous
July 20, 2011 at 7:56 PM delete

JIKA BN URUS DANA KERAJAAN DENGAN TIADA RASUAH...
1)rakyat malaysia tiada yang miskin tegar...
2)gaji kakitangan awam bley dinaikkan rm300-500 sebulan
3)pelajar dapat belajar secara percuma dari darjah 1 hingga ke university.
4)harga barangan harian,minyak, tol,cukai,dll jauh lebih rendah.
5)air percuma setiap negeri.
JIKA 5 perkara diatas dilaksanakan. Aku pasti.... hidup rakyat malaysia lebih "Bahagia". TAK GUNA NEGARA MAJU@KAYA TETAPI RAKYAT HIDUP TERTEKAN.

"BANGKITLAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA....BERI PELUANG KEPADA PR"

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive