Imej Najib tak akan pulih dengan bebaskan tahanan PSM

SHAH ALAM 30 JULAI : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mengingatkan Najib Razak bahawa kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia kini terjejas teruk berikutan kegagalan pentadbiranya menangani beberapa isu berhubung Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) termasuk penahanan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.


Malah katanya, pembebasan keenam-enam mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar tidak akan mampu mengubah persepsi rakyat terhadap pentadbiran Najib ke arah yang lebih positif.

"Ia kegagalan terbesar kepimpinan (Najib) sebagai Perdana Menteri hingga menyebabkan kredibiliti beliau hancur. Ini menyebabkan kenyataan beliau mengenai pembebasan PSM 6 di bawah Ordinan Darurat berlaku menurut undang-undang diperlekeh orang ramai.

"Najib salah, apabila memikirkan dengan pembebasan PSM 6 semalam akan dapat memulihkan kredibilitinya," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Najib menyatakan bahawa pembebasan keenam-enam ahli PSM mengikut undang-undang dan tindakan Polis itu mengikut 'pemerhatian mereka'.

Enam ahli PSM yang dibebaskan lewat petang semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.

Bagaimanapun, Kit Siang mencadangkan kepada Najib agar mengambil empat langkah untuk memulihkan imej beliau yang sudah tercalar.

Empat langkah itu ialah mengarahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar meminta maaf secara terbuka kepada enam ahli PSM terbabit, menarik baik EO dan semua undang-undang tahanan tanpa bicara dan zalim, mengangkat pengharaman Bersih 2.0, dan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja berkenaan Pilihan Raya bebas dan adil.

"Hanya bila Najib bersedia menyelesaikan empat perkara 'asas' ini dia boleh berhadap untuk memulihkan kredibilitinya yang tercalar dalam masa lima minggu ini kerana kegagalan menangani Himpunan Bersih 2.0 dan penahanan PSM 6 itu," kata Lim.


TVS News

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
July 31, 2011 at 7:36 AM delete

Najib nie mana ada ramai sokong pun..hantu je banyak...

Terhangat Dari Microwave :
Isu Makcik Hina Islam!!
Maya Karin Dilacurkan!!

Reply
avatar
July 31, 2011 at 9:00 AM delete

DAP cadangkan tubuh suruhanjaya siasatan diraja ????? biar betul ... eeemmm dulu pun macamtu jugak menjerit ,terpekik ,terlolong bila teoh beng hock mati . masa tu SPRM disalahkan 100% hanya kerana nak cover kes rasuah penyelewengan peruntukan DUN yang dibuat oleh wakil rakyat DAP . kali ni apa plak muslihat LKS ni. tah-tah dia ni yang seleweng lebih daftar pemilih kot.

Reply
avatar
TEORI 'RAHMAN' : NAJIB PM TERAKHIR
July 31, 2011 at 5:10 PM delete

SEMASA MENGUNDI BAJET 2010 DULU, HAMPIR2 NAJIB LINGKUP SBB RAMAI WAKIL RAKYAT UMNO SENDIRI TAK DTG SIDANG UNTUK PENGUNDIAN...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive